“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
Ads
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Ads
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Rutinnya begini, anda bangun setiap pagi bersiap rapi menyusun setiap langkah ke pejabat dan dalam fikiran sementara tiba ke pejabat menyusun apa yang harus dilaksanakan. Mungkin ada yang ekstrem dan detail setiap jam masuk, sudah ada susunan jadualnya. Namun rutin begini bukanlah sukar terutama jika anda sudah melakukannya bertahun lamanya. Dan jika rutin begitu yang anda harapkan setiap hari, beban bukan lagi beraja namun dilakukan atas nama minat dan keinginan melakukannya. Buat anda yang menghadapi sindrom I Hate My Job, MASKULIN berkongsi memupuk minat terhadap kerjaya yang anda lakukan sekarang. Bagaimana?
1-Bezakan kemahuan dengan kehendak
Memahami akan perbezaan kemahuan dan kehendak akan membuatkan anda lebih menghargai kerja yang dilakukan. Ingat, tidak semua yang ingin anda lakukan adalah yang terbaik buat diri anda, dan buang sifat serta pemikiran negatif yang ada kerana ia adalah hal utama penyebab anda tidak suka dengan pekerjaan sekarang. Ingat juga bagaimana sukar untuk anda mendapat pekerjaan yang dilakukan sekarang dan nilai positif terhadap pilihan yang dilakukan.
2-Bangkitkan elemen pembakar semangat
Kumpulkan segala elemen yang boleh membangkitkan semangat untuk anda bekerja. Rakan sekerja yang membantu, bakat yang anda ada dan mungkin peluang seterusnya yang boleh anda kutip daripada pengalaman di tempat kerja sekarang. Jadikan salah satu dari hal ini sebagai semangat untuk anda bertahan. Pastikan setiap kali anda berasa keliru tentang sesuatu hal, cari opsyen untuk menyelesaikannya. Setiap permasalahan yang datang pasti ada penyelesaian. Sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan akan membuatkan anda lebih prihatin dan berjaga-jaga. Dan hal ini sudah tentu membuatkan anda lebih menghargai persekitaran luaran serta dalaman ketika anda berkerja.
3-Ubah pemikiran dan rebut peluang
Peluang bukan sahaja datang dalam bentuk pekerjaan berskala besar, namun juga datang dari dalam diri sendiri. Adakah anda merasakan pekerjaaan yang dilakukan mampu memberi kelebihan buat masa depan yang lebih baik? Terutama buat anda yang pertama kali bekerja, bertahan dan kumpul sebanyak mana pengalaman yang boleh anda dapat. Ini kerana anda harus berfikiran panjang untuk membentuk masa depan yang baik. Ia tidak hanya bergantung pada seberapa banyak sijil, diploma, atau ijazah yang anda ada, tetapi seberapa pengalaman yang anda miliki juga dipandang bagi meletakkan anda di kedudukan selesa. Ubah pemikiran daripada seorang yang merasakan anda layak mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang kepada pemikiran ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Ini penting kerana jika anda tidak memahami dan merasai pengalaman berkerja di bawah, sukar buat anda untuk memahami orang bawahan sekiranya anda menjadi ketua satu hari nanti. Hal-hal ini jelas akan membuatkan anda lebih menghargai kerja yang dilakukan sekarang. Ingat peluang yang baik tidak hadir pada semua orang, namun jangan sesekali memandang remeh akan peluang yang diberi.
4-Elak gangguan negatif
Lihat pada kelebihan yang ada pada apa yang dilakukan sekarang. Tolak ketepi segala perkara yang boleh membuatkan anda berasa kurang senang. Wujudkan suasana lebih ceria dengan bergaul bersama orang yang tepat berbicara topik yang membangkitkan semangat anda untuk berkerja. Penting untuk sekali-sekala mengalihkan seketika fokus dari melakukan kerja kerana ia akan membuatkan anda sama ada menjadi bosan, tertekan sehingga mengakibatkan anda tidak lagi produktif dalam melakukan kerja.
5-Jangan terpengaruh dengan politik pejabat
Masalah seperti saingan, bos berat sebelah dan macam-macam hal lain yang sepertinya antara penyebab utama sindrom I Hate My Job . Usah terlalu memikirkan tentang hal tersebut. Ya ia mungkin kadang-kala kelihatan seperti beban yang harus anda tangung dan siapa saja yang suka didiskriminasi, tetapi nasihat terbaik untuk anda adalah fokus terhadap apa yang anda lakuka. Usah biarkan diri hanyut melayan hal-hal politik pejabat yang tidak membawa apa-apa faedah kepada produktiviti kerja anda. Lakukan apa yang patut anda lakukan sebaik mungkin dan pasti satu hari nanti apa yang inginkan akan tercapai. Ingat! tidak ada jalan mudah untuk mencapai apa yang anda inginkan. Jangan mencari alasan namun carilah jalan untuk mencapai kepuasan maksimum dalam apa yang anda ingin lakukan.
INI ADALAH SEBUAH PERKONGSIAN DARI RAKAN DI TWITTER MENGENAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT YANG DIALAMINYA SEJAK EMPAT BULAN YANG LALU. SUHAILA YANG MENGAKUI DIA MEMULAKAN RUTIN PENJAGAAN INI SEJAK NOVEMBER YANG LALU KINI TELAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA.MANA TAHU ABANG-ABANG DI LUAR SANA BOLEH CUBA CARA INI KERANA PRODUK YANG DIGUNAKAN JUGA MACAM SESUAI DENGAN KULIT KEPALA LELAKI.
INI EMPAT CARA YANG PATUT DIAMALKAN UNTUK PASTIKAN RAMBUT KEMBALI SEGAR.
1.Gunakan Pre-Wash hair
2.Syampu seperti biasa
3.Hair Conditioner / mask
4.Serum
AMALKAN RUTIN INI SELAMA 2 HINGGA 3 MINGGU.
1.PRE-WASH HAIR OIL
Sapukan pada scalp dan shaft, pastikan ia benar-benar rata. Pakai banyak pun tidak mengapa dan biarkan selama 20 minit. Kalau rimas boleh gunakan showe cap.
Boleh dibeli di Mydin sahaja dalam harga sekitar RM 8 sahaja.
-Boleh juga gunakan Castor Oil untuk melebatkan kembali rambut, tekstur sangat pekat dan cuba campurkan dengan minyak lain sebelum diletakkan di kepala.
2.SYAMPU RAMBUT
Selepas 20 minit, ini adalah masa untuk syampukan rambut anda. Syampu betul-betul untuk hilangkan kesan minyak tadi. Cuba urut-urut kepala dengan betul supaya tiada kesan langsung pada rambut.
3.HAIR CONDITIONER
Hair cond ini digunakan selepas cuci rambut dengan syampu. Sapu rata macam syampu juga dan ia akan mengembalikan dan melembutkan tekstur rambut anda.
4.SERUM
Boleh guna serum ini hari-hari, selepas mandi ke. Memang berbeza bila selalu guna serum rambut ni, rambut jadi lebih sihat dan sangat bersinar. Bolehbeli dekat Watsons je pun serum ini.
Lakukan rejim ini secara berterusan walaupun telah menampakkan hasilnya kelak. Jangan cepat mengalah dan terus berusaha.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Isu petak letak kereta bukanlah satu perkara yang asing terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan flat. Ini kerana rata-rata rumah flat tidak memperuntukkan ruang parkir khas untuk setiap unit rumah.
Konsepnya muda. Siapa cepat, dia dapat. Tapi sejak bertahun-tahun lama senario ‘booking’ parkir secara haram telah berlaku secara berleluasa di kawasan rumah flat. Malah ada yang berani meletakkan objek-objek tertentu seperti kon, tong, pasu bunga dan pelbagai jenis objek lagi bagi menghalang orang lain meletakkan kenderaan di ruang parkir yang dianggap milik mereka.
Dua hari lepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan Ops Halangan Petak Parking di sekitar flat Blok Seksyen 1, Parlimen Wangsa Maju.
Dalam operasi tersebut Penguatkuasa DBKL telah mengambil tindakan secara bersepadu bagi mengatasi masalah ini. Mereka telah merampas pelbagai jenis objek yang diletakkan oleh segelintir penduduk setempat yang ‘booking’ ruang parkir secara tidak sah.
Menurut laporan dari Harian Metro, Pengarah Penguatkuasa DBKL berkata setiap parkir disediakan adalah kemudahan umum atau awam untuk semuan penduduk dan bukan parkir tetap mereka.
Tambah beliau lagi konsepnya muda iaitu siapa cepat dia dapat dan semua penduduk boleh menggunakan ruang parkir yang kosong.
Antara objek yang dirampas ialah tong mintak, bekas minyak hitam, tong sampah, tayar dan tong mengandungi kayu dan besi. Jelas DBKL lagi, tindakan meletakkan objek sebagai petunjuk parkir berkenaan miliknya adalah satu perbuatan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
Menerusi sebuah posting Facebook yang di muat naik DBKL, ramai netizen terutamanya penduduk flat dari pelbagai kawasan turut meluahkan pendapat mereka. Rata-rata memang cukup bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh DBKL.
“Dengan segala hormatnya saya menjemput DBKL untuk datang ke Pantai Dalam. Lihatlah sendiri kawasan2 parkir di flat Sri Angkasa, PPR Kerinchi dan kawasan2 sekitarnya. Bukan setakat perangai suka cop tempat parkir je ada, macam2 lagi ragam lain yang “menakjubkan” ada di sini. Dah nak masuk 2020 pon mentaliti buruk masyarakat kat sini langsung tak berubah. 🙂 Sekian daripada saya warga Pantai Dalam yang dah 20 tahun tinggal dan membesar di sini.”
“Good job dbkl! Macam ni baru terbaik Bossku! Parking awam tapi buat mcm diaorg punya. Sape balik awal dpt la parking dlm. Kalau dh balik lewat Tu parking la kotak luar. Sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Dah masuk tahun baru tolong ubah Gaya hidup. Jgn pentingkan diri. Angkut je baldi ke, kerusi ke, motor buruk ke..itulah yg terbaik!”
” Ini biasa..ade yg jenis siap sambung dapur lagi..lps tu buat garaj bumbung..dh 3 petak dpt kt dye..siap dlm garaj buat ruang santai letak kurusi meja..keta plk pakai 2 stu yg dlm garaj stu lgi kt sebelah garaj..jd 4 parking dye ambik..hbs org lain nk parking mane woiii..nsb la duk rmh sewa..”
Itu antara komen-komen yang menarik perhatian MASKULIN. Nampaknya ramai yang sudah lama menyimpan rasa tak puas ati di atas tindakan sesetengah pihak yang mengambil ruang parkir secara haram.
Mungkin ada solusi yang terbaik boleh diketengahkan oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah ini. Secara pemerhatian kasar, MASKULIN merasakan ruang parkir yang disediakan oleh puhak berwajib tidak mencukupi. Pergilah ke mana kawasan rumah flat di Lembah Klang pasti kita dapat saksikan berlakunya limpahan kenderaan, sehingga ada yang terpaksa double park dan meletak kereta di bahu jalan.
Semoga isu ini dapat diangkat sebagai antara perkara yang harus diberi perhatian penting dalam era Malaysa Baharu.
FOTO: Facebook DBKL
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.