Malu Nak Berborak Sebab Gigi Berbau & Karang Gigi Menempel, Ini Trik Mudah Patut Cuba.

Share

Pernah tak tiba-tiba gigi korang berdarah time gosok gigi tu, Ha…itu sebenarnya bukan gigi yang berdarah tapi gusi korang  mungkin berdarah.Gusi yang kerap berdarah sering dikaitkan dengan karang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.

Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.

 Jom try cara ini, mana lah tahu berkesan mesti ramai gadis mula tertarik dengan kamu.

 

Cara Hilangkan Karang Gigi

  1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
  2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
  3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan tadi.
  4. Gosok gigi dengan perlahan-lahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang dinginkan..

 

Berikut beberapa cara mengelakkan karang gigi dari muncul semula yang boleh anda lakukan:

1. Memberus Gigi Secara Teratur

Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.

2. Perbanyakan Minum Air

Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang.Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.

3. Makan Buah Epal

Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.

4. Khasiat Buah Tembikai

Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.

Published by
Ruziana Zainal