Maskulin berbesar hati kerana sekali lagi dapar kongsi pengalaman seorang insan yang berjaya menurunkan berat badan dari 130kg- 85kg dalam masa 2 Tahun! Ikuti kisah lelaki yang bernama Mohamad Hafizee yang berusia 26 tahun ini.
Ceritakan sikit kisah anda
Saya gemuk sejak kecil lagi. Dari umur 7 tahun lagi badan sudah mula berkembang seiring dengan umur. Ditambah pula ibu bapa saya merupakan pengusaha restoran makanan Thai (kami asal Pattani, Thailand), jadi hidup saya tidak lari dari makanan, makan dan sentiasa makan. Lebih parah, apabila saya sendiri adalah tukang masak di restoran tu, memang makan tu dah sebati dengan gaya hidup saya.
Badan saya makin besar dan terus membesar dengan jayanya. Ketika umur 12 tahun, saya merupakan antara budak yang paling gemuk di sekolah. Tetapi dalam masa yang sama, saya gemar bermain sukan. Walaupun gemuk, saya aktif bersukan seperti bola sepak, ragbi sentuh (pernah mewakili sekolah ketika tahun 4), tarik tali, lontar peluru, lempar cakera, badminton dan bola tampar. Saya pernah mewakili sekolah menegah untuk sukan ping pong dan bola sepak. Tapi itu tidak membuatkan saya kurus. Cuma gemuk yang aktif.
Berat badan saya paling teruk naik ketika berumur 20 tahun. Sebabnya pada ketika tu, saya dah tak aktif bersukan. Saya berhenti 100% dari bersukan dan badan naik secara mendadak, tanpa henti. Satu persatu baju dan seluar sudah tidak boleh di pakai. Disebabkan sukar mendapatkan saiz baju, selama 3 tahun saya memakai baju yang sama.
Sehinggakan ada orang yang mula perli, “kau ni dah tak ade baju lain ke nak pakai?“. Siapa tak malu bila dihina macam tu? Tapi masa tu masih tak ada inisiatif untuk berubah. Kadang kala bila kesedaran tu datang, saya mula diet, itu pun dikutuk!
Antara penghinaan yang paling memalukan adalah saya dipanggil naik ke atas pentas dan kemudian diisytiharkan kepada orang ramai pada Hari Kecemerlangan Sekolah.
“Inilah budak paling gemuk disekolah“
Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Serius, malu gila. Orang ramai yang ada di situ gelak tanpa henti. Ingat ni pentas Maharaja lawak gamaknya!
Ikutkan hati masa tu, rasa macam nak tumbuk dan terajang sampai patah riuk orang yang ketawakan saya tu. Tapi saya tahan je. Sampai sekarang saya masih ingat kisah tu walaupun dah 8 tahun berlalu.
Ads
Bila mula berubah?
Jujur, saya menjadikan Arif Sykri , baca juga “Kau Diet Lah Macam Mana Pun, Gemuk Tetap Akan Gemuk” sebagai idola saya ketika dia kongsi kisah kejayaannya dalam diet. Kalau dia mampu, kenapa tidak saya kan? Jadi dipendekkan cerita, tarikh saya mula berubah ialah 26 jun 2015 dan aku mula jaga diet pada 27 jun 2015.
Senaman yang diamalkan
Setelah berhenti bersukan selama 6 tahun, jadi mustahil untuk saya bersukan balik secara drastik seperti dulu. Jadi saya mulakan dengan berjalan kaki di stadium setiap pagi. Berjalan sahaja dalam 5 pusingan. Mujur saya masuk salah satu program yang dianjurkan oleh Kevin Zahri Jom Kurus, jadi dari situ saya mengorak langkah.
Kemudian saya mula berjoging secara perlahan-lahan. Bila penat, berhenti. Dari berat 130kg ke 113kg saya selalu senaman dengan berjalan dan bodyweight training (biasa-biasa sahaja). Setelah saya capai 113kg, saya dah mampu melakukan Freeletics Bodyweight Workout.
Saya banya bermain dengan Bodyweight Training ataupun senaman menggunakan bebanan badan. Style saya bersenam lebih kepada Street Workout.
Ads
Antara senaman yang ‘wajib’ ialah:-
1) Push Ups 2) Burpees 3) Squat 4) Plank
Walaubagaimanapun jangan workout setiap hari. Bagi badan anda rehat sebab dia pun penat. Dalam masa yang sama, rajinkan diri cari leboh banyak info dari internet sebab dari situ banyak perkara anda akan dapat dan banyak ilmu anda boleh kutip.
Pernah Plateau tak?
Jangan takut pada plateau kerana plateau itu bermaksud badan kita tengah nak sesuaikan dengan berat kita yang terbaru. Bayangkan kalau kita tak kena plateau pada sesi penurunan berat badan, mungkin tinggal tulang saja kita dibuatnya. Itu sebab, apa-apa yang Allah cipta pasti ada kebaikannya. Jangan pernah sangsi dengan Allah.
Ads
Saya plateau pada berat 113kg selama 3 minggu. Apa yang saya buat ialah ubah cara makan dan cara senaman.
Siapa yang sentiasa menyokong perjuangan anda?
Orang yang paling banyak memberi sokongan ialah ummi saya sendiri. Dia yang selalu belikan barang-barang kelengkapan ‘diet’ untuk saya. Berjaya saya disini adalah disebabkan oleh ibu yang sentiasa menyokong saya. Dia tidak tunjukkan sokongan tersebut dengan kata-kata tapi lebih kepada tujukkan sokongan dengan perbuatan.
Apa pesanan kepada mereka yang struggle nak turunkan berat badan?
1) Kawal pemakanan dan jaga kesihatan
2) Rajinkan diri untuk bersenam
3) Jangan mudah mengalah untuk capai kejayaan
4) Utamakan ilmu dalam gerak kerja
5) Bersabar dalam menjalankan misi anda
6) Tutup aurat ketika bersenam di luar rumah.
7) Sentiasalah berdoa kepada Allah disamping usaha dan tawaka
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
2.Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.
3.Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
4.Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.
5.Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
6.Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.
7.Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
8.Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.
9.Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.
10.Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
11.Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebelakangan ini bukan orang Islam je melakukan proses bersunat atau berkhatan, malah lelaki bukan islam juga mengakui kebaikan dari prosedur ini. Kajian baru yang dijalankan telah menemui fakta bahawa ketika lelaki disunat, hubungan intim akan menjadi lebih menyeronokkan. Pengkaji menyatakan, lelaki bersunat mengalami improvisasi tenaga. Sensasi pun turut berubah. Kajian ini dilakukan di University of Chicago terhadap lebih daripada 360 lelaki selepas enam bulan dan 24 bulan selepas bersunat.
Hampir semua lelaki tersebut, 98 peratus, melaporkan berasa lega kerana bersunat. Sementara 95 peratus mengatakan, pasangannya lebih puas selepas pasangan lelaki bersunat. 67 peratus pula menikmati seks yang lebih baik setelah bersunat.
Hasil kajian juga menyatakan, 94 peratus lelaki sangat puas atau cukup puas dengan seks yang mereka perolehi, terutamanya masalah pada zakar seperti kegatalan yang terjadi dengan atau tanpa bersunat.
Dengan rawatan yang tepat, tidak ada perbezaan dalam menjaga kebersihan organ intim lelaki ini. Walaupun masih ada peningkatan risiko jangkitan saluran kencing kepada yang tidak bersunat, khususnya bayi di bawah satu tahun, risiko itu masih lagi kurang dari satu peratus.
Bersunat juga merupakan prosedur bedah terancang tertua di dunia yang dilakukan dalam agama tertentu, khususnya Judaisme dan Islam. Sunat juga lazim dipraktikkan di kalangan masyarakat Afrika. Mereka menyunat lelaki ketika mereka masih bayi, walaupun ada juga budaya yang menyunat anak lelaki sebagai tanda anak tersebut sudah menjadi remaja.
Sunat juga dipercayai mampu mengurangkan penularan HIV/AIDS dari wanita kepada lelaki sehingga 60 peratus.
Prosedur sunat berlangsung selama lebih kurang 30 minit yang bermaksud, orang yang disunat tidak perlu dirawat di hospital.
Bius adalah salah satu cara untuk menjalankan proses menyunat dan biasanya diberikan bius setempat.
Sunat memerlukan masa untuk pulih selama hampir empat hingga enam minggu dan di saat penyembuhan luka, lelaki tidak boleh melakukan onani atau melakukan hubungan seks.
Semoga memberi manfaat…
Sumber artikel: sentiasapanas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua memerlukan tidur untuk menjaga kecantikan, dan ternyata rehat malam yang baik sangat membantu keajaiban pada kulit anda. Apabila terlalu sering berjaga malam, adalah perkara biasa bangun pada waktu pagi dengan bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering. Bagaimana tidur oleh mempengaruhi kecantikan kulit anda?
Memburukkan keadaan kulit
Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, kadar kortisol atau tekanan anda secara semula jadi meningkat. Badan anda pada dasarnya memberi isyarat bahawa anda memerlukan lebih banyak rehat, dan pembebasan kortisol memburukkan keadaan sistem imun dan kulit kulit anda. Keradangan yang meningkat menerusi sistem badan anda, sehingga tidak dapat mengawalnya secara berkesan. Ini meninggalkan kulit yang lebih sensitif yang mudah terdedah kepada keadaan kulit seperti psoriasis dan ekzema.
Mempercepatkan penuaan
Semasa tidur yang yang lena, terdapat peningkatan hormon pertumbuhan yang membolehkan sel-sel baru untuk mengisi semula yang lama. Tanpa tidur yang lena atau kitaran REM, kulit anda tidak dapat sepenuhnya mendapat faedah penjanaan semula sel. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, sel-sel tidak disegarkan, mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diterbalikkan semalaman.
Merosakkan diet
Mengejutkan, tidur membantu mengekalkan berat badan anda, yang sebenarnya mempunyai kelebihan untuk kulit anda sebagai balasannya. Walaupun tidur membantu menjaga berat badan anda terkawal dengan regulasi badan, tidur dengan baik juga menghalang anda daripada mengambil makanan tidak sihat pada waktu malam. Apabila diet anda menjadi lebih sihat dan anda mula mengurangkan snek lewat malam, akhirnya anda akan membuang makanan yang berminyak dan makanan sampah yang menimbulkan kesan buruk pada kulit anda.
Mengeringkan kulit
Semasa anda tidur, badan anda mengimbangi tahap penghidratannya, membolehkan kulit memulihkan kelembapan yang diperlukan. Apabila anda tidak cukup tidur, penghidratan badan anda tidak seimbang di seluruh badan, menyebabkan kembung. Anda juga akan mendapati diri anda mempunyai bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering apabila anda tidak mendapat rehat yang berkualiti.