Jom tengok beberapa tip mudah untuk menghilangkan lemak di dagu secara semulajadi.
KUNYAH GULA-GULA GETAH
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
GUNA KETULAN AIS
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
SENAMAN WAJAH
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.
DONGAK KEPALA
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
JAGA PEMAKANAN
Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
URUTAN
Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.
TIDUR TANPA BANTAL
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.
NGANGAKAN MULUT
Buka seluas-luasnya mulut anda dan cuba jelirkan lidah sejauh yang anda mampu. Kemudian, cuba sentuh dagu dengan lidah anda. Kalau dah, tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Nanti akan rasa bahagian dagu dan otot leher mengetat.
GANTUNGKAN KEPALA
Nak bunuh diri ker? Bukan. gantung kepala maksudnya anda baring atas katil atau sofa dan cuba lebihkan kepala keluar dari kawasan katil atau sofa, seolah-olah tergantung. Kemudian, angkat dagu dan hampirkan ke dada anda. Tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Jaga-jaga jangan sampai sakit leher!
CHIN LIFT
Ini paling senang untuk anda lakukan. Tegakkan badan anda dan luruskan bahagian leher. Perlahan-lahan panjangkan leher ke atas dan muncungkan bibir anda juga ke atas. Nanti anda dapat rasakan bahagian leher dan muka anda menegang. Tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali.
PUSINGKAN KEPALA
Tegakkan badan anda dan luruskan bahagian leher. Kemudian, pusingkan kepala anda ke bahagian kanan dan selarikan dagu anda dengan bahu. Perlahan-lahan pusingkan ke bawah pula diikuti ke bahagian sebelah kiri. Ulang sebanyak 10 kali.
SENAMAN PLATYSMA
Pernah nampak muka orang meneran atau marah? Cuba buat muka seperti itu, iaitu tarikkan bahagian bibir lebih daripada gigi dan tarik ke bawah pula. Tahan dalam postur itu selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Kalau anda buat menghadap cermin, anda akan lihat bahagian dagu dan leher anda menegang.
GUNAKAN BOLA KECIL
Ambil bola bersaiz kecil seperti bola lesut atau bola tenis, letakkan di bawah bahagian dagu anda dan kepitkkan di antara dagu dan leher. Sama juga, ketatkan dalam tempoh 10 saat dan ulang 10 kali