Suatu masa dahulu, perkhidmatan dron menghantar barangan dari pusat operasi ke halaman rumah cuma boleh dilihat dalam filem fiksyen sahaja.
Namun tahukah anda bahawa di Cyberjaya, perkhidmatan tersebut sudah menjalani proses pilot dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun 2019.
Maknanya, orang-orang di sana sudah boleh memesan makanan tanpa perlu keluar dari rumah atau membazir minyak kereta lagi.
Maju betul ya?
Memetik laporan Bernama, perkhidmatan itu diuruskan oleh syarikat Average Dron Sdn. Bhd. yang sudah berpengalaman dalam industri dron sejak tahun 2014.
Dalam masa sama, syarikat itu turut bekerjasama dengan syarikat di bawah pengurusan Cyberview iaitu Futurise.
Ads
Khidmat hantar makanan dalam masa singkat
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone, Hamdee Hamdan, Futurise berkongsep menghantar makanan dalam masa singkat di kawasan berdekatan.
Perancangan percubaan itu melibatkan tempoh tiga bulan dan membabitkan penghantaran makanan di kawasan yang berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.
Dalam erti lain, dron boleh terbang dalam radius 2 kilometer atau jarak terbang dalam 15 minit selepas tempahan dibuat.
Ads
Caj cuma RM2.50 jer?
Antara menu yang ada ditawarkan setakat ini cuma melibatkan mee, nasi, burger, sandwich, kuih-muih serta buah-buahan.
Menariknya lagi, perkhidmatan yang menggunakan perkhidmatan dron ini cuma mengenakan cas tambahan sebanyak RM2.50 sahaja.
Ads
Selain itu, aplikasi mudah alih juga sedang dibangunkan pada peringkat akhir bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan makanan.
Dikenali sebagai Express Food
Dron yang memiliki 8 bilah itu dikenali sebagai Express Food dan ia mampu membawa makanan seberat 800 gram untuk setiap penerbangan.
Jika berjaya, jumlah berat yang boleh ditampung pada masa depan akan ditambah selain dron tersebut juga sedang menjalani ujian penerbangan dalam suasana hujan.
Itulah senario yang mungkin atau pernah berlaku kepada anda apabila kereta tidak dapat dihidupkan di waktu pagi. Sedang anda bergegas ingin cepat mahu ke pejabat atau hantar anak ke sekolah, kereta pula buat hal tak dapat dihidupkan.
Sebenarnya masalah kereta tidak dapat dihidupkan bukanlah satu masalah besar. Tapi ia lebih kepada situasi yang menyusahkan kita.
Tapi ia juga bukan salah orang lain melainkan salah kita sendiri. Kecuaian tidak menjaga servis atau memeriksa kondisi kereta dari semasa ke semasa menyebabkan masalah ini melarat hinggalah kereta tidak dapat dihidupkan.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa masalah utama yang menyebabkan enjin kereta tak dapat dihidupkan. Jika berdepan masalah seperti ini, anda boleh periksa komponen seperti berikut.
AIR RADIATOR BERLUMUT
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru. Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
MASALAH FUEL PUMP
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter.
Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Isuzu MU-X 2017 ke pasaran tempatan. Model facelift berkenaan menerima kemas kini pada bahagian dalaman, luaran dan ciri keselamatan dipertingkatkan. Berikut senarai pembaharuan yang dilakukan pada model MU-X facelift.
LUARAN:
1) Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED bersama cahaya spektrum biru.
2) Lampu depan digabungkan dengan ciri pelarasan cahaya.
3) Lampu kabus belakang baharu.
4) Bampar belakang baharu.
5) Lampu belakang dengan grafik bahagian dalam baharu.
6) Spoiler dan rim rekaan baharu.
7) Tambahan warna baharu Havana Brown Mica (coklat).
KABIN:
Tidak ketinggalan bahagian kabin turut menerima pembaharuan antaranya:
1) Menerima kemasan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka.
2) Panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) bersama paparan multi-info (MID).
3) Kabin dengan warna baru Beige (kuning air) bersama kerusi kemasan kulit dengan corak terkini.
4) Sistem hiburan dikemas kini dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor yang boleh dilipat untuk penumpang belakang bagi varian 4×4. Sementara varian 4×2 dilengkapi dengan skrin sentuh DVD 7 inci.
5) MU-X juga kini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk memberikan sistem audio lebih jelas.
CIRI KESELAMATAN:
MU-X didatangkan dengan enam beg udara berbanding versi sebelumnya hanya dua beg udara. Versi 2017 turut dilengkapi dengan sistem keyless entry sebagai standard.
Ciri keselamatan lain termasuk ABS, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan HSA.
HARGA:
-MU-X 2.5L 4×2: RM176, 640.40
-MU-X 2.5L 4×4: RM183,000.40
(Harga atas jalan termasuk insurans dan GST).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat kereta khususnya perkara paling ‘basic’ mereka boleh tukar penampilan kereta mereka ialah dengan menggunakan sport rim mengikut trend terkini. Menukar sport rim ini seumpama kitalah yang menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tersilap pasang atau pulih ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
UKURAN LEBAR RIM
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda! Jangan lupa subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.