Anda nak bakar lemak tapi malas ke gym? Jangan bimbang, ada senaman mudah untuk anda bakar lemak yang boleh dilakukan di rumah.
Dengan melakukan teknik bakar lemak ini, badan akan tampil lebih fit dan segak. Barulah rasa selesa bila lemak di perut ataupun pinggang dah tak ada.
Jom lakukan mulai hari ini. Jika konsisten pasti badan anda lebih ringan dan segak.
1. Triceps Dip
Ads
Manfaatkan kerusi di rumah anda untuk menampung berat tubuh. Posisikan tubuh anda berlawanan dengan kerusi, kemudian lekukkan siku untuk menurunkan tubuh. Setelah itu, posisikan tangan untuk menahan pada kerusi. Lakukan gerakan naik turun tubuh sebanyak 20 kali.
2. Incline Press-up
Ads
Jika tidak memiliki papan seperti dalam gambar, anda boleh manfaatkan tangga di rumah sebangai alatan dalam gerakan ini. Aturkan posisi tubuh anda seakan-akan gerakan push-up, manakala hujung jari kaki dijengketkan. Lakukan gerakan naik turun sebanyak 20 kali.
3. Bicycles Crunch
Ads
Gerakan ini mungkin biasa anda temui dalam setiap senaman. Caranya, angkat kedua-dua kaki seperti anda sedang mengayuh basikal, kemudian pusingkan tubuh sehingga siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Lakukan secara berganti selama 40 saat.
4. Lateral Lunge
Posisikan kedua-dua hujung kaki ke depan. Dorong kaki kanan kembali ke posisi tegak dan ulang. Lakukan rutin gerakan ini setiap sesi selama 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PERKONGSIAN DARI FACEBOOK DR ZUBAIDI MENGENAI PENYAKIT SCURVY, SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
BENARKAH VITAMIN C DAPAT MERAWAT PENYAKIT SCURVY?
Benar, sejarah perubatan moden membuktikan bahawa penyakit scurvey dapat dirawat dengan sempurna dengan pemberian vitamin C. Malah penyakit scurvey ini sebenarnya adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam tubuh.
GUSI MUDAH BERDARAH
Pesakit yang mengalami penyakit scurvy akan mengalami tanda coklat pada kulit, dan gusi yang mudah berdarah. Tanda ini banyak terdapat pada kuit di bahagian peha dan kaki. Ini berpunca dari pembentukan darah beku yang semakin mencair. (mula-mula darah beku akan membentuk tanda berwarna merah gelap dan kemudian menjadi coklat).
PUCAT
Pesakit juga kelihatan pucat, rasa kemurungan dan tidak dapat banyak bergerak. Jika tidak diberikan rawatan, lama kelamaan pesakit akan mengalami luka yang membusuk, kehilangan gigi dan akhirnya menyebabkan kematian.
PERLUKAN VITAMIN C
Tubuh manusia hanya mampu menyimpan sebahagian kecil vitamin C. Jika ia tidak ditambah dengan pengambilan makanan, penyimpanan ini akan berkurangan. Oleh kerana kebanyakan sumber vitamin C adalah dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, mereka yang tidak suka mengambil kedua-dua jenis makanan ini (terutama mereka yang mengambil makanan yang segera dan berproses) akan mengalami masalah penyakit scurvy di peringkat subklinik. Tanda-tandanya ialah pesakit akan berasa mudah penat, gusi mudah berdarah, banyak lebam bila terlanggar dinding atau perabut dan tidak berdaya untuk bergerak.
Untuk mencapai tahap penyakit yang lebih jelas, ia mengambil masa antara 6-12 bulan. Ini bergantung kepada penyimpanan vitamin C yang sedia ada dalam tubuhnya dan kadar pengambilan vitamin (yang selalunya terlalu sedikit) dalam pemakanan.
SUMBER : Facebook DR Zubaidi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki berdepan dengan masalah bau badan yang berpunca daripada masalah kulit bawah lengan atau ketiak.
Malah ia boleh jadi satu kondisi kesihatan yang serius jika seseorang itu jenis mudah berpeluh. Tapi adakah sebab mudah berpeluh menjadi penyumbang utama ia ‘berkerak’ dan menjadi hitam?
Bayangkan anda sedang bersenam di gym mengenakan t-shirt tanpa lengan. Dalam tak sedar ketiak anda akan menjadi sebahagian daripada anggota badan yang terdedah.
Mungkin anda fikir ia dapat disembunyikan dengan ‘rambut’ bawah lengan namun ia tidak semudah itu.
Menjaga kebersihan kulit bawah lengan merupakan satu amalan yang baik. Selain dapat menghindarkan daripada penyakit kulit anda juga dapat elakkan diri daripada berbau.
Tapi apakah punca sebenar ia menjadi hitam?
Jangan Cabut
Awas, jangan sebarang cabut ya. Tabiat cabut bulu ketiak juga boleh menyebabkan kehitaman. Ia boleh mengganggu kulit bawah lengan terutamanya bila ia dicabut secara keseluruhan.
Tabiat Mencukur
Mungkin ramai di antara anda memilih untuk mencukur ketiak kerana ingin lebih selesa. Namun dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit lantas menyebabkan ia menjadi hitam. Cara yang salah serta penggunaan perlatan mencukur tidak sesuai juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Jangkitan Bakteria
Ini merupakan antara punca lazim yang menyebabkan keadaan kulit bawah lengan menjadi hitam. Ia bukan sahaja jadi hitam tetapi bau badan juga akan menjadi sangat busuk. Bakteria yang sebabkan keadaan ini dikenali sebagai corynebacterium minutissimum.
Pakaian Ketat
Memakai pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bawahan lengan dapat meningkatkan risiko kehitaman ketiak. Ini kerana kulit di baawah lengan tidak dapat ‘bernafas’ dengan baik akibat tidak memiliki ruang mencukupi.
Antara punca utama ketiak menjadi hitam ialah akibat jarang membersihkan di bahagian tersebut. Lantas ia menybebkan banyak sel kulit mati terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan bahagian kulit bawah lengan menjadi gelap.
Merokok
Umum sudah mengetahui bahawa tiada satu pun faedah yang anda boleh dapat jika merokok. Malah, ia hanya boleh mendatangkan pelbagai jenis keburukan. Bagi perokok tegar lama-kelamaan kulit di bawah lengan mereka akan menjadi gelap. Oleh itu, jauhilah dari rokok!
Hormon
Setiap orang mempunyai perubahan hormon yang berbeza-beza. Dan untuk sesetengah orang yang hormonnya tidak stabil mereka akan selalu berpeluh terutamanya bahagian bawah lengan. Usah risau, jika berdepan dengan keadaan ini dapatkan nasihat daripada doktor. Untuk seimbangkan kadar hormon pastikan terlebih dahulu anda mengambil makanan yang sihat.
Sel Kulit Mati
Kulit kita akan sentiasa melalui proses regenerasi kulit. Begitu juga dengan bahagian bawah lengan yang akan sentiasa menghasilkan sekl kulit mati. Jadi bila anda mandi gunakan sabun skrub yang sesuai untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati.
Deodoran
Setiap orang mempunyai jenis kulit, kadar respirasi dan juga kondisi hormon yang berbeza. Oleh itu, anda harus bijak memilik deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika tersalah memilih jenis deodoran yang tidak sesuai ia juga boleh sebabkan kehitaman ketiak.
Gangguan Pigmentasi
Acanthosis Nigricans merupakan sejenis kondisi gangguan pigmentasi kulit yang berlaku kepada sesetengah orang. Antara petanda utama kondisi ini ialah kulit berwarna lebih gelap dan tekstur yang kasar. Kawasan yang dijangkiti juga akan berbau dan kondisi ini biasanya terjadi kepada orang yang memiliki masalah obesiti. Anda boleh mengatasinya dengan salicylic acid bagi mengurangkan warna hitam di ketiak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari-hari ke gym untuk bersenam namun hasilnya badan tak sado juga. Benda ni boleh buat korang putus harapan.Betul Tak? Okay…langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Lelaki mana yang tak mahukan badan yang tegap dn mantap. Buat senaman tak tentu hala pun tak guna kalau kita tak tahu bentuk badan kita tergolong dalam kategori mana. Jom kenal jenis tubuh badan korang.
BENTUK SEGI TIGA
* Dada kecil berbanding pinggul
* Bawah badan lebih berat dari atas
* Garisan bahu jatuh
Lelaki dengan bentuk badan sebegini termasuk dalam kategori ectomorph yang selalunya nampak atletik dengan dada yang kecil. Tapi bila situasi berat badan bertambah-biasanya ‘berat’ itu pergi ke bahagian dada, wajah, abdomen hingga kadang-kadang menampakkan bentuk tubuh tak seimbang. Lelaki sebegini biasanya punyai kandungan lemak yang rendah dan mudah turunkan berat badan. Cuma kalau nak jadikan tubuh tu sasa payah sedikit kerana badan segi tiga agak sukar untuk membina lean muscle.
BENTUK BUJUR
* Lengan atas besar
* perut buncit
* kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan
Bentuk badan macam ni mempunyai bahu jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah, di samping belakang badan besar, punggung leper dan leher yang pendek. Lelaki macam ni aset dia terletak pada kaki yang kurus.
BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
* Pinggang/Pinggul kecil-Atas badan yang lebar
* Binaan otot baik pada bahu, dada dan lengan
* Atas badan lebih besar dari bawah.
Untungnya pemilik badan begini ialah mereka mudah mengenakan apa sahaja stail pakaian klasik kerana dada yang bidang dan pinggang yang kecil.
BENTUK SEGI EMPAT SAMA
* Dada, pinggang dan pinggul sama saiz
* Bentuk Tubuh yang tegak
Lelaki yang miliki badan macam ni senang-Bahu, pinggang dan pinggul mereka selari macam pembaris. Nak gayakan apa saja jenis pakaian mudah asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Cuma, masalahnya pemilik bentuk badan macam ni kena berusaha lebih sedikit untuk dapatkan otot yang sasa.
BENTUK TRAPEZOID
*Bahagian atas badan lebih besar
*Dada dan bahu yang lebar
*Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
*Perkadaran tubuh yang seimbang
Trapezoid boleh dikatakan ciri pada bentuk badan lelaki yang seimbang. Dada bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil. Untung lelaki kalau sudah semula jadi badan macam ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.