Malas Bersenam Pada Waktu Pagi Membuatkan Metabolisme Anda Lemah

Share

 

Tak kira apa jua zaman, para lelaki akan berasa kurang bersemangat apabila mendapati tubuhnya kurang memuaskan tatkala bermain gym pagi hinggalah ke malam. Kesihatan menjadi titik utama untuk menjadikan anda lebih produktif dan menjalani kehidupan harian dengan tenang. Sebelum anda lebih obses dengan perubahan tubuh anda dengan berlari berbatu-batu dan hadam salad hari-hari, terdapat beberapa strategi yang boleh anda buat saat anda bangun pagi. Walaupun hakikatnya tubuh anda dan prosesnya berfluktuasi sepanjang hari, beberapa jam pertama setelah anda bangun tidur penting untuk capai target anda.

 

Mengapa metabolisme penting di waktu pagi?

 

Jujur kami katakan metabolisme merupakan metrik rumit yang hanya akan bergantung pada tubuh seseorang. Namun pakar mengatakan ia boleh dikawal sedikit pada waktu pagi. Bagaimana? Apabila anda mendengar bunyi jam penggera anda, badan dan minda anda sedang dalam proses menilai sumber tenaga yang ada. Sumber-sumber ini adalah tenaga dari makanan yang masuk ke dalam tubuh dalam jam pertama untuk bangun dan menyimpan tenaga seperti glikogen dan lemak. Untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik, ia memerlukan tenaga dengan banyak. Otak menggunakan 20 peratus tenaga setiap hari.

Ini bermakna semua yang anda hadapi dan pergerakan yang anda buat sebelum tengah hari boleh membuatkan anda capat goal anda. Sekiranya nutrien yang betul tidak dimakan pada waktu pagi, ia boleh melumpuhkan tumpuan, tenaga dan stamina sepanjang hari.

 

Fokus pada rutin anda

 

Adakah metabolisme anda menjunam ketika waktu makan tengahari atau kemerosotan pertengahan hari yang tidak dapat dielakkan? Ia bergantung, kata pelatih peribadi yang diperakui Jill McKay, menerusi artikel Ask Men,  setiap orang mempunyai circadian rhythm tersendiri yang ditentukan oleh genetik dan hormon, anda mungkin tidak berasa mengantuk pada waktu malam atau memerlukan kopi pada 3 pagi agar tidak mengantuk pada siang hari. Metabolisme penting sepanjang masa kerana ia adalah proses yang membuat anda terus hidup dengan menghasilkan tenaga. Kadar metabolisme akan turun naik sepanjang 24 jam sehari bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan dan bagaimana anda menggunakan tubuh anda, yang turut dijelaskan oleh ahli fisiologi senaman Jerry Snider.

Pendekatan gaya hidup yang ideal akan berfungsi apabila anda mempunyai tenaga yang paling banyak dan mendapat manfaat yang paling banyak daripada metabolisme yang tinggi jatuh bangun itu kan lumrah! Jarang berlaku dalam persekitaran pejabat untuk membolehkan anda keluar beriadah selama dua jam pada waktu tengah hari agar badan anda berada pada prestasi paling tertinggi. Apa yang boleh membantu ialah lakukan rutin normal dalam anda melaksanakan kewajipan anda. Kebanyakan kajian menunjukkan orang lebih cenderung untuk berpegang pada komitmen mereka pada waktu pagi, lebih baik anda mencabar diri sendiri untuk lakukan rutin pada waktu pagi berbanding malam.

 

Jadikan amlan bersenam di waktu pagi

 

Inilah persamaan apabila menggabungkan peluh di pagi hari. Ia tidak perlu terlalu intensif untuk menjadikan ia berkesan. Sekurang-kurangnya tiga hingga lima minit aktiviti cukup untuk meningkatkan aliran darah anda, bangun badan anda di peringkat selular dan mitokondria dalam sel anda untuk bersedia melakukan aktiviti yang lebih lama dengan peningkatan metabolisme. Ini kerana apabila anda jadual masa anda siap-siap, mengamalkan senaman yang melibatkan semua kumpulan otot anda, sama ada menggunakan dumbbells, mengamalkan calisthenics, dari push-up dan squats ke lunges tanpa stress, setiap satu ini memberi kesan yang berbeza ke atas keseluruhan badan anda, tahap kandungan, dan seperti yang dijangkajan, metabolisme anda! Untuk keputusan yang terbaik, beralih ke latihan sepanjang minggu untuk memperbaiki badan anda sepenuhnya.

 

Jangan makan banyak, dan tidur seperti umur anda

Anda pasti tahu umur memainkan peranan tahap metabolisme anda jika anda tidak mengasah ia dari muda. Tanyalah ayah, abang, kakak, dan saudara-mara yang berusia anda, pasti mereka mengadu sakit sana sakit sini dan pastinya pergerakan mereka terhad akibat faktor umur. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh seseorang kehilangan jisim otot, menjadikannya lebih sukar untuk bekerja seperti yang anda lakukan pada tahun 20-an ketika anda mendekati 50, dan mungkin anda kurang aktif semasa zaman sekolah, dan habiskan masa dengan melepak di kedai mamak setelah bekerja. Ini menjadikan gaya hidup anda menjadi semakin tidak aktif. Malangnya bagi anda, ini bermakna anda bukan sahaja perlu mendapatkan lebih banyak tidur dan bekerja lebih kerap, tetapi juga mengambil lebih sedikit kalori untuk memberikan metabolisme anda peluang untuk bekerja.

 

Sarapan secara sihat

 

Selain dari minum segelas air masak ketika anda bangun dari tidur, sarapan merupakan makan paling penting di waktu pagi disamping kesibukkan anda di pejabat. Jangan ke pantri dan buat secawan 3 dalam 1, nutrien yang tepat mampu memberi manfaat pada metabolisme anda. Sarapan pagi yang sihat menggabungkan protein, lemak yang baik, dan serat untuk memberikan tenaga tubuh anda sepanjang pagi. Ini penting kerana semasa air dan senaman menyerap metabolisme anda dengan cepat, jika anda tidak membekalkan sumber tenaga metabolisme anda, ia akan perlahankan tenaga anda sebelum makan tengah hari.

Published by
Maiya Deen