Malas Bersenam? Ini 5 Rutin Di Rumah Paling Cepat Membakar Lemak

Share

KALAU MALAS SANGAT NAK BERSENAM, MUNGKIN ANDA BOLEH BUAT SEDIKIT RUTIN RINGKAS DI RUMAH SEPERTI DI BAWAH INI. SELAGI IA MELIBATKAN GERAKAN, IA AKAN MEMBAKAR KALORI. JADI LEMAK PUN TAK LA TERSEKAT DALAM BADAN TU LAMA SANGAT KAN. JOM BUAT KERJA RUMAH SEKARANG!

 

1.Membasuh kereta

Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman.

MEMBASUH KERETA SELAMA SETENGAH JAM MEMBANTU MEMBAKAR 143 KALORI.

Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!

2.Berkebun

BERKEBUN MEMBAKAR 265 KALORI

Melakukan senamansquad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.

3.Membasuh pakaian

MEMBASUH PAKAIAN MEMBAKAR 144 KALORI

Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad

apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.

4.Mengemop Lantai

MOP LANTAI MEMBAKAR 112 KALORI DALAM SETENGAH JAM

Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.

MEMBERSIHKAN PERMAIDANI, MENGEMOP LANTAI TIGA KALI SEMINGGU MEMBANTU BAHU DAN TANGAN ANDA BERSENAM DENGAN CARA MUDAH.

Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.

5.Memasak

MEMASAK BOLEH MEMBAKAR 150 KALORI 

Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!

Published by
Kim Rahim