KALAU MALAS SANGAT NAK BERSENAM, MUNGKIN ANDA BOLEH BUAT SEDIKIT RUTIN RINGKAS DI RUMAH SEPERTI DI BAWAH INI. SELAGI IA MELIBATKAN GERAKAN, IA AKAN MEMBAKAR KALORI. JADI LEMAK PUN TAK LA TERSEKAT DALAM BADAN TU LAMA SANGAT KAN. JOM BUAT KERJA RUMAH SEKARANG!
1.Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman.
MEMBASUH KERETA SELAMA SETENGAH JAM MEMBANTU MEMBAKAR 143 KALORI.
Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
2.Berkebun
Ads
BERKEBUN MEMBAKAR 265 KALORI
Melakukan senamansquad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
3.Membasuh pakaian
Ads
MEMBASUH PAKAIAN MEMBAKAR 144 KALORI
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
4.Mengemop Lantai
MOP LANTAI MEMBAKAR 112 KALORI DALAM SETENGAH JAM
Ads
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.
MEMBERSIHKAN PERMAIDANI, MENGEMOP LANTAI TIGA KALI SEMINGGU MEMBANTU BAHU DAN TANGAN ANDA BERSENAM DENGAN CARA MUDAH.
Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
5.Memasak
MEMASAK BOLEH MEMBAKAR 150 KALORI
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar aktiviti hiking atau mendaki gunung di antara lokasi idaman mereka yang terdapat di Malaysia atau di Sabah secara tepatnya ialah Gunung Kinabalu.
Melakukan pendakian Gunung Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah. Malah cukup ramai yang hanya berjaya melakukannya separuh jalan sahaja akibat kepenatan, sesak nafas dan pelbagai masalah lain.
Selain persediaan fizikal dan mental para pendaki juga perlu menyiapkan diri dengan pakaian, kasut serta peralatan yang sesuai untuk melaksanakan mizi menawan Gunung Kinabalu.
Nobutaka Sada
Tetapi lain pula dengan lelaki berusia 49 tahun dari Jepun yang telah tular sejak semalam kerana pendekatannya yang unik mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut. Apa yang menariknya dia melakukan pendakian lengkap dengan memakai sut dan juga kasut kulit.
Seolah-olah dia ada temu janji perniagaan di atas gunung tersebut!
Menerusi satu hantarannya di laman Facebook, Nobutaka Sada berkongsi beberapa keping foto kejayaannya mendaki hingga ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Rupa-rupanya dia adalah seroang tukang jahit yang melakukan misi tersebut sebagai satu gimik pemasaran yang unik.
Nobutaka Sada yang lengkap memakai sut berwarna biru dan kasut kulit pada mulanya tular selepas aksinya dirakamkan oleh pemunggah barang atau porter. Video berdurasi 10 saat itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian warganet.
Dalam perkongsiannya di Facebook bapa kepada dua orang anak ini juga mahu menunjukkan betapa sut yang dihasilkan syarikatnya sangat tahan lasak dan selesa.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, Malaysia dengan memakai sut SADA!” jelasnya di hantaran tersebut. Dia turut berkongsi bahawa Gunung Kinablu adalah lebih tinggi dari Gunung Fuji.
“Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki pendakian yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung,” tambahnya lagi.
Dia turut berkongsi bagaimana cabaran mereka mendaki ketinggian kira-kira 2,300 meter dalam cuaca tropika berkelembapan tinggi. Malah turut berdepan cuaca hujan namun misinya berjalan dengan lancar.
Mantap betul cabaran yang dia lakukan ini. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mendaki gunung lengkap memakai sut, bertali leher dan berkasut kulit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab.
Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan.
Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan.
Gejala
Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:
Sakit dada terutama ketika menarik nafas
Penat
Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
Demam
Nafas laju
Berpeluh waktu malam
Kurang selera makan
Penurunan berat badan tanpa dirancang
Penyebab batuk berdarah:
Radang paru-paru (pneumonia)
Tibi
Kanser paru-paru
Bronkitis kronik
Bronchiectasis
Nanah paru-paru
Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
Paru-paru berair ( pulmonary edema)
Jantung lemah (congestive cardiac failure)
Hipertensi pulmonari
Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
Kecederaan kepada paru-paru
Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
Salur darah pecah selepas batuk yang kuat
Ujian yang dijalankan
Ujian yang dijalankan adalah ujian makmal termasuk ujian kahak dan darah serta xray paru-paru. Bergantung kepada punca dan bentuk batuk darah tersebut, ujian bronkoskopi dan imbasan CT mungkin diperlukan terutama jika kanser paru-paru disyaki. Selain dari itu, bronkoskopi juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi pendarahan dan pendarahan tersebut boleh cuba dihentikan. Angiografi pulmonari juga boleh dibuat untuk mengesan lokasi pendarahan.
Komplikasi
Lemas (asphyxia)
Ketidakstabilan hemodinamik
Anemia (kekurangan darah merah)
Jangkitan kuman paru-paru
Kegagalan buah pinggang
Rawatan
Rawatan batuk berdarah terbahagi kepada tiga:
Menghentikan pendarahan
Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru
Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah
Rawatan batuk berdarah bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca ia berlaku. Darah yang keluar dalam kuantiti yang sedikit tidak memerlukan rawatan yang spesifik dan serta-merta. Walau bagaimanapun, punca batuk berdarah tersebut perlu dikenalpasti dan dirawat. Sebagai contoh, jika punca batuk berdarah adalah dari keradangan paru-paru (pneumonia) dan nanah paru-paru maka pesakit memerlukan antibiotik. Jika batuk berdarah berpunca dari tibi, ubat anti-tibi akan diberi.
Bagi kanser paru-paru, jenis dan tahap kanser serta keupayaan pesakit amatlah penting untuk menentukan rawatan yang selanjutnya. Agen antifibrinolitik (contoh: tranexamic acid) adalah salah satu pilihan yang ada untuk memberhentikan pendarahan.
Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.
Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan.
Antara cara-cara menghentikan pendarahan yang boleh diambil adalah:
Intubasi bronkial terpilih (Selective bronchial intubation)
Dimana tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru yang tidak berdarah dan bantuan pernafasan diberikan kepada paru-paru tersebut. Ini dapat mengelakkan darah mengalir masuk ke dalam paru- paru yang normal.
Bronkoskopi
ubat adrenaline
cecair yang sejuk
kaedah tamponade
kauterizasi (cauterisation)
laser koagulasi
Embolisasi salur darah arteri bronkial ( bronchial arteri embolisation)
Angiografi pulmonari dibuat untuk mengenalpasti salur darah yang luka dan gam atau gegelung (coil) akan dimasukkan untuk menutup luka tersebut.
Pembedahan
Pembedahan selalunya adalah pilihan yang terakhir di mana paru-paru yang berdarah akan dibuang.
Pencegahan
Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu
Hidup sihat
Berhenti merokok
Bersenam
Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika anda memikirkan serangan jantung, anda mungkin akan beranggapan bahawa penyebab yang paling umum adalah merokok, kolesterol tinggi atau obesiti. Masalah kesihatan mental mungkin tidak menjadi salah satu penyebab menurut anda. Hal itu adalah salah sama sekali.
Kesihatan mental sebenarnya berupaya untuk menjadikan keadaan kesihatan jantung seseorang itu bertanbah parah. Kemurungan dikatakan boleh menimbulkan risiko yang cukup besar untuk kesihatan jantung. Dalam analisis baru, peneliti di Jerman memeriksa 3.428 lelaki Eropah antara usia 45-74 tahun selama 10 tahun.
Hasilnya kematian yang diakibatkan oleh penyakit kardiovaskular selama tempoh masa penelitian ini sering berkaitan dengan kemurungan. Dalam penelitian ini, kemurungan termasuk perasaan cemas dan perasaan lelah yang difikirkannya. Maksudnya, kesihatan mental pada kebanyakan pesakit jantung harus sentiasa stabil.
SEORANG PENELITI JANTUNG KARDIOVASKULAR DI INTERMOUNTAIN MEDICAL CENTER HEART INSTITUTE DI SALT LAKE CITY, HEIDI MEI, PHD MENGATAKAN, PENELITIAN BARU SANGAT SEIRING DENGAN APA YANG KETIKA INI DILAPORKAN OLEH PENELITIAN YANG LAIN.
“Ada pengakuan yang berkembang tentang keperluan untuk menyaring dan mengubati kemurungan untuk mengurangkan risiko kardiovaskular negatif,” kata Mei, seperti dilansir dari Fox News, Minggu (29/1).
Oleh itu pesakit jantung digalakkan untuk berjumpa dengan pakar terapi untuk meluahkan masalah mereka agar kemurungan itu boleh dielakkan demi kesihatan yang lebih baik. Berbincang dengan teman juga boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca dan semoga kta bertemu lagi di masa akan datang.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.