Negara kita kini berdepan dengan kondisi yang semakin kritikal dengan penularan wabak Covid-19. Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan langkah drastik untuk menguruskan situasi Covid-19.
Antara langkah yang diambil ialah Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah ini meliputi beberapa larangan seperti:
1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Ads
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Ads
Kesemua langkah Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan bagi mencapai misi merendahkan kadar jangkitan. Dan kesemuanya melibatkan social distancing. Tapi apakah yang anda faham tentang social distancing?
SOCIAL DISTANCING
Mengikut definisi adalah istilah yang merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa atau individu untuk mengurangkan dan merendahkan kadar merebaknya sesetengah penyakit dan wabak.
Untuk memastikan matlamat social distancing ini tercapai setiap apa jua program melibatkan jumlah orang yang ramai perlu dibatalkan.
Ads
Ini bagi memberi peluang kepada sistem kesihatan untuk lebih bersedia menjaga pesakit yang sedia ada dan kes baru pada jumlah yang tidak terlalu tinggi.
Selain membatalkan acara besar, setiap individu juga boleh membantu dengan tinggal di rumah. Bekerja di rumah juga merupakan salah satu bentuk social distancing yang sangat baik.
Jika terpaksa keluar, pastikan diri berada 1 hingga 2 meter daripada individu lain. Batalkan sebarang mesyuarat secara terbuka dan lakukan secara online.
Semoga kita semua dilindungi dan sama-sama berganding bahu membanteras penyebaran wabak Covid-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan bintang Bollywood yang amat terkenal. Namun baru-baru ini netizen terkejut apabila dia membuat penampilan luar pada fizikal badannya di usia 52 tahun. Beliau muncul dengan six pack abs yang sempurna dalam “Om Shanti Om”, rutin senaman Shahrukh untuk Om Shanti Om adalah rutin senaman yang sangat baik untuk diikuti.
Transformasi yang dilakukan keatas dirinya telah mengejutkan ramai pihak dan beliau kelihatan menjadi semakin terkenal apabila memiliki tubuh badan yang sado. Jadi, mari kita lihat pada rutin senaman dan pelan diet Shahrukh Khan yang kelihatan begitu mantap pada six pack abs yang sempurna dalam “Om Shanti Om” dan “Ra One”.
DIET PLAN
Beliau mengelak dari memakan semua jenis roti dan beras, dan juga makanan yang tinggi lemak yang diperbuat dengan mentega dan gula.
Rahsia diet beliau adalah seperti berikut:
Minum minuman protein selepas selesai melakukan latihan beban atau kardio.
Makan makanan yang mengandungi serat tinggi karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, kekacang dan kesemua jenis bijirin.
Minum sebanyak 2-3 liter air sehari.
Makan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, putih telur, kekacang, susu skim dan daging tanpa lemak.
Mengelak dari makanan manis, minuman beralkohol dan makanan goreng.
RUTIN WORKOUT
100 push ups
60 pull ups. Menurut beliau melakukan push ups dan pull ups dengan kerap selama sebulan akan mula menunjukkan keputusan yang menakjubkan.
Setengah jam dikhaskan untuk mengangkat berat untuk otot abdomen. Beliau menasihatkan untuk melakukan latihan beban hanya perlu dilakukan 4 kali seminggu sahaja dan sehari untuk rehat diantaranya.
30 minit senaman kardio seperti jogging, berlari dan berbasikal.
TIPS
Minum sekurang-kurangnya 10 gelas air dalam sehari.
Ikuti beberapa senaman kardio setiap hari untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk membakar lemak badan.
Elakkan makanan manis. Jika anda mempunyai keinginan untuk sesuatu yang manis, anda boleh memakan buah sebagai ganti gula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Coklat merupakan makanan yang paling popular dan disukai oleh masyarakat kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Dan pada hari ini kita boleh lihat banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran.maka wajar, jika saat ini coklat menjadi produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, masih ramai masyarakat kita beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.
Coklat boleh menggemukkan
fakta: Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!. ?
Coklat ialah makanan tidak berkhasiat
fakta: Coklat dengan kandungan lebih 70% mempunyai manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Fenol berfungsi sebagai antioksidan yang mampu mengurangi kolestrol dalam darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dapat mencegah daripada serangan kanser,stroke dan darah tinggi. dengan Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiat cokelat akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.
Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi
fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
selain memberi manfaat untuk kesihatan coklat juga memberi manfaat untuk kecantikan.
Anti penuaan
Coklat boleh dijadikan rawatan untuk kawasan kulit luar dimana kandungan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan berperanan untuk menegangkan kulit badan sehingga anda akan kelihatan selalu muda dan segar. Lakukan ramuan coklat ini secara rutinn sebanyak 2-3 kali seminggu.
Detoksifikasi kulit.
Detoksifikasi ialah proses pembuangan racun pada kulit. Coklat juga boleh diaplikasikan menjadi satu produk kecantikan iaitu dengan campuran coklat bubuk (cocoa powder) dan kafein ia sangat bermanfaat bagi detoksifikasi kulit. Bukan itu sahaja campuran coklat dan kafein mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan kusam
Scrub Alami
coklat juga boleh dijadikan scrub alami untuk perawatan kulit. dengan menggunakan scrub coklat, maka dapat mencerahkan kulit tubuh serta menghilangkan sel-sel kulit mati dalam tubuh. Caranya iaitu dengan melelehkan bubuk coklat, lalu campurkan dengan susu sehingga berbentuk krim. Lalu, aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher anda.
Sumber : DiariKurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di antara topik yang hangat diperkatakan setiap hari di laman media sosial pada ketika ini ialah bagaimana negara kita sedang dilanda cuaca yang sangat panas. Walaupun di sesetengah ada turunnya hujan namun rata-rata cuaca seharian terasa sangat panas.
Kejadian strok haba pula menjadi ancaman terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan juga kanak-kanak. Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes berkaitan cuaca panas di terima di seluruh negara sehingga semalam.
Lebih membimbangkan cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga bulan Ogos tahun hadapan. Sebagai langkah pencegahan dari berlakunya perkara tidak diingini terhadap ahli keluarga kita perlu bijak mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan rasa panas ini terutamanya di dalam rumah.
Selain menggunakan penghawa dingin, ada beberapa tip yang boleh kita amal dan guna bagi menyejukkan ruang dalaman rumah. Bertikut MASKULIN kongsi 10 cara bagaimana untuk menyejukkan suhu di dalam rumah ketika cuaca panas.
Gunakan Kipas Angin
Bukan dipasang hanya untuk halakan angin pada wajah sahaja. Kipas angin boleh di pasang di beberapa lokasi dan ruang dalam rumah bagi meningkatkan tahap kitaran udara dan membantu menurunkan suhu.
Tutup Tirai
Tutup tirai atau langsir di tingkap untuk elak sinar matahari masuk secara langsung ke dalam rumah yang sekali gus boleh memanaskan suhu di dalamnya.
Gunakan Kain Basah
Letakkan kain basah di depan kipas untuk menghasilkan efek dingin di saat udara melalui kain yang basah.
Kurangkan Penggunaan Peralatan Elektrik
Matikan atau kurangkan penggunaan peralatan elektronik seperti oven, dapur gas dan lampu yang memproduksi panas.
Guna Bahan Penebat
Pastikan rumah anda memiliki asas penebat yang baik terutamanya di bahagian atap. Ini bagi memastikan bahang panas tidak meresap mudah masuk ke ruang dalam rumah.
Penutup Tingkap Reflektif
Lekatkan penutup tingkap reflektif di luar rumah untuk memantulkan sinar matahari dan mengurangkan bahang panas yang masuk.
Pokok Hiasan
Anda boleh letakkan pokok hiasan hidup di dalam rumah untuk membantu menurunkan suhu dan meningkatkan kualiti udara.
Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin
Gunakan penghawa dingin dengan bijak dan atur suhu yang nyaman. Kurangkan penggunaannya ketika tidak diperlukan untuk mengelakkan penggunaan tenaga berlebihan.
Aliran Udara
Buka jendela ketika waktu malam atau ketika suhu luar lebih rendah untuk mengalirkan udara segar ke dalam rumah.
Kurangkan Pasang Lampu
Nampak macam remeh tapi sebenarnya berkesan. Untuk lebih baik gunakan lampu yang kurang menggunakan tenaga. Ini sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan rasa panas yang di dalam ruang rumah.
Semoga dengan menggunakan beberapa tip ini anda mampu mengurangkan suhu panas di dalam rumah. Semoga ia mambantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.