
Sekitar April lalu, pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengesahkan akan memasarkan model scrambler klasik Benelli Leoncino. Akhirnya model berkenaan rasmi berada di pasaran tempatan pada harga RM29,678 (termasuk GST) seunit.
Buat anda yang tidak punya masa untuk membaca. Infografik di bawah merangkumi informasi lengkap tentang Scrambler Itali itu:
Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya klasik, tetapi juga digabungkan dengan teknologi moden. Ia dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS), instrumen digital dan teknologi lampu LED.
Benelli Leoncino dipasang di Malaysia dan hanya akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Pelanggan boleh memilih Leoncino warna hitam atau merah dan model tersebut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Panduan Tukar Warna Kereta Dengan Kelulusan JPJ, Penting Buat Untuk Cover Insurans

Bagi seorang pemilik kereta yang sentiasa mempunyai citarasa berubah-ubah warna memainkan peranan sangat penting. Terdapat banyak faktor mengapa seseorang itu mahu menukar warna kereta mereka dari warna asal.
Salah satunya ialah mengikut trend terkini atau bagi membuatkan kereta mereka tampil lebih menonjol bila di jalan raya. Tidak dinafikan warna yang lain dari yang lain memang akan secara tidak langsung menarik perhatian ramai.
Apatah lagi pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis warna yang mampu dihasilkan dengan teknologi terkini. Malah ada yang mampu berubah warna apabila terkena cahaya mahatari.

Namun seperti mana modifikasi besar yang lain menukar warna kereta perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Salah satu sebab mengapa perlu dibuat permohonan ini ialah kera ia penting dalam perlindungan insurans untuk kereta anda.
Jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini anda tidak berdepan masalah untuk membuat tuntutan insurans.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa panduan mudah untuk anda yang berminat nak tukar warna kereta dan mendapat kelulusan dari JPJ.
CAT DULU
Pertama sekali anda boleh teruskan hajat menukar warna. Cat kereta terlebih dahulu sampai siap.

HADIR KE JPJ
Selepas cat siap dan anda pun sudah berpuas hati pergilah ke pejabat JPJ berdekatan.
WARNA DOMINAN
Jika anda mewarnakan kereta anda lebih dari satu warna, pilih warna yang banyak banyak atau paling domninan untuk diisytiharkan.
ISI BORANG K8
Selepas itu dapatkan borang K8 di JPJ atau anda boleh muat naik sendiri di sini. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sediakan segala dokumen yang diperlukan dengan baik. Selesai isi serahkan borang K8 tersebut kepada pegawai JPJ.
KEMAS KINI
Jika segalanya lengkap anda pasti tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan menukar warna kereta. Jika lulus pegawa JPJ akan mengemas kini warna kereta anda ke dalam sistem mereka iaitu MySikap.
Mudah bukan? Jadi janganlah anda menukar warna kereta secara semborono tanpa kelulusan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
TEMPAHAN MYVI KINI DIBUKA- HARGA BERMULA RM44, 300

Perodua mengumumkan tempahan model Myvi serba baharu dibuka bermula esok.
Myvi baharu didatangkan dengan pilihan enjin 1.3 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (1NR-VE) dan 1.5 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (2NR-VE). Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan pilihan transmisi 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Pasaran tempatan akan menerima lima pilihan varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh nama Myvi dikekalkan kerana produk berkenaan sudah mendapat tempat dalam kalangan pengguna tempatan.
“Myvi baharu mengalami revolusi daripada segi desain dan fungsi secara keseluruhannya.
“Ia direka sendiri oleh pereka reka bentuk dan jurutera Perodua,” katanya.
Menariknya selain didatangkan dengan logo Myvi baharu, model hatchback lima pintu itu didatangkan dengan lampu LED bersama fungsi ‘auto off’ dan follow me home, lampu belakang dengan ‘Light guide’, butang start/stop dan rim aloi 15 inci dwi tona warna (model 1.5L) dan rim 14 inci (model 1.3L).
Selain itu, Myvi serba baharu lebih panjang, rendah dan lebar berbanding generasi terdahulu.
HARGA MYVI SERBA BARU:
1.3L Standard G (MT)- RM 44, 300
1.3L Standard G (AT)- RM 46, 300
1.3L Premium X (AT)- RM 48, 300
1.5L High (AT)- RM 51,800
1.5 Advance (AT)- RM 55, 300
PILIHAN WARNA:
1) KELABU METALIK
2) HIJAU PEPPERMINT METALIK
3) MERAH LAVA METALIK
4) UNGU MYSTICAL METALIK
5) PERAK GLITTERING METALIK
6) PUTIH IVORY
CIRI KESELAMATAN:
Myvi 1.3L: 4 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Myvi 1.5L: 6 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Manakala varian 1.5 Advance (AT) memiliki ciri tambahan iaitu Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Uniknya Motosikal Elektrik Diperbuat Dari Kayu Bernilai RM288 Ribu

Kebiasaannya motosikal berkuasa besar diperbuat daripada bahan yang cukup terkenal dengan ketahanannya. Sebagai contoh penggunaan karbon fiber. Tapi berbeza dengan motosikal yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat dari Perancis, Newron Motors.
Baru-baru ini mereka telah melancarkan model terbaru motiskal berkuasa besar. Menariknya ia adalah motosikal elektrik yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayi.
Digelar dengan nama EV-1 motosikal tersebut adalah rekaan custom dan dijual pada harga USD67 ribu (RM288 ribu). Pelanggan mereka yang berminat boleh melakukan tempahan dengan deposit sebanyak USD2,250 (RM9,860).
Tampil dengan kemasan berbeza seperti oak, cedar, white ash dan eboy. Motosikal eksklusif Newron Motors ini dijana oleh bateri lithium-ion yang boleh dicaj penuh selama 40 minit sahaja.
Dalam kondisi caj penuh ia boleh ditunggang sejauh 300 kilometer untuk penggunaan dalam bandar manakala kira-kira 220 kilometer untuk perjalanan lama menggunakan lebuh raya.
Selain kayu, ia turut menggunakan rim daripada karbon ultra-ringan. Tumpuan utama rekaan EV-1 pastinya terletak pada bateri pack yang besar dan terletak di tengah-tengah badan motosikal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI