Makanan yang menambah tenaga kelakian. Tenaga kelakian adalah sesuatu yang penting bagi setiap lelaki, terutama dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.
Makanan Yang Menambah Tenaga Kelakian
Sama ada untuk kekuatan fizikal, kecergasan mental, atau prestasi dalam hubungan suami isteri, pemakanan memainkan peranan yang besar. Jika anda ingin meningkatkan tenaga dan stamina, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu.
1. Madu – Sumber Tenaga Semulajadi
Madu telah lama dikenali sebagai makanan yang mampu meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh. Ia mengandungi gula semula jadi seperti fruktosa dan glukosa yang memberikan tenaga segera kepada badan. Selain itu, madu juga mengandungi mineral seperti boron yang membantu meningkatkan tahap testosteron dalam badan lelaki.
1.Ambil satu sudu besar madu asli setiap pagi sebelum sarapan.
2.Boleh dicampur dengan air suam atau diminum bersama susu kambing untuk kesan lebih baik.
2. Tiram – Tingkatkan Hormon Testosteron
Tiram adalah makanan laut yang kaya dengan zink, iaitu mineral penting untuk meningkatkan kadar testosteron. Kekurangan zink dalam badan boleh menyebabkan keletihan, kurang tenaga, dan masalah kesuburan lelaki.
1.Makan tiram segar atau yang telah dimasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
2.Jika tidak dapat makan tiram, ambil suplemen zink sebagai alternatif.
3. Pisang – Sumber Tenaga Segera
Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B6 yang membantu dalam penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan stamina. Ia juga mengandungi bromelain, sejenis enzim yang dikatakan dapat meningkatkan tenaga kelakian.
1.Makan sebiji pisang sebelum bersenam atau sebelum melakukan aktiviti fizikal.
2.Boleh dijadikan smoothie bersama susu dan madu untuk tenaga tambahan.
4. Kacang Badam – Baik Untuk Kesihatan Reproduksi
Badam mengandungi asid lemak omega-3, zink, dan selenium yang sangat baik untuk kesihatan lelaki. Ia juga membantu meningkatkan aliran darah dan menyokong kesihatan jantung, yang penting untuk prestasi lelaki.
1.Makan segenggam kacang badam setiap hari sebagai snek.
2.Boleh dicampurkan dalam oat, yogurt, atau salad untuk hidangan lebih berkhasiat.
Ads
5. Daging Merah – Sumber Protein Dan Zat Besi
Daging merah seperti daging lembu dan kambing mengandungi protein tinggi serta zat besi yang membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan otot. Ia juga kaya dengan kreatin, yang terkenal dapat meningkatkan prestasi fizikal dan mental.
1.Makan daging merah dalam jumlah sederhana (2-3 kali seminggu).
2.Pilih daging tanpa lemak untuk kesihatan jantung yang lebih baik.
6. Halia – Melancarkan Peredaran Darah
Halia mempunyai sifat pemanasan yang membantu melancarkan peredaran darah, sekali gus meningkatkan tenaga kelakian. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan libido dan kesihatan reproduktif lelaki.
2.Campurkan halia dalam masakan harian untuk kesan yang lebih baik.
7. Coklat Gelap – Meningkatkan Mood Dan Stamina
Coklat gelap kaya dengan antioksidan dan arginin, sejenis asid amino yang boleh membantu meningkatkan aliran darah dan tenaga. Selain itu, ia juga merangsang pengeluaran serotonin, hormon yang membantu mengurangkan stres dan meningkatkan mood.
1.Pilih coklat gelap dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70%.
2.Makan dalam jumlah sederhana untuk mengelakkan lebihan gula.
Pemakanan yang betul bukan sahaja membantu meningkatkan tenaga kelakian, tetapi juga menyokong kesihatan keseluruhan. Selain mengambil makanan yang disebutkan, amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidur yang cukup, dan mengawal stres untuk memastikan tenaga kekal bertenaga dan bersemangat setiap hari.
Jadi, mulai hari ini, masukkan makanan-makanan ini dalam diet harian anda dan rasai perubahannya!
Kaum lelaki lazimnya mempunyai dada yang leper dan tidak besar, namun dalam sesetengah kes, ada segelintir lelaki yang mengalami pembesaran tisu payudara. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil sebagai gynecomastia.
Gynecomastia bermaksud penambahan tisu payudara pada lelaki dan perempuan. Kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone estrogen dan testosterone. Ia boleh berlaku pada satu payudara sahaja atau kedua-duanya sekali. Kadangkala, pembesaran itu juga tidak seimbang.
Menurut Dr. Iskandar Mirza, gynecomastia ini bukanlah satu masalah besar, ada masanya pesakit akan mengalami kesukaran apabila merasa sakit dibahagian payudara dan kebanyakkannya juga, mereka akan rasa hilang keyakinan diri.
Apa simptom gynecomastia yang perlu korang tau?
• Payudara membesar/membengkak
• Sakit dibahagian payudara
Dan bila waktu yang memerlukan korang berjumpa dengan doktor?
• Jika ia membengkak
• Terasa sakit
• Ada pengeluaran cecair pada puting
• Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
• Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
• Berasa bimbang atau malu
Ia berlaku apabila hormone estrogen melebihi hormon testosterone di dalam badan. Testosterone mengawal ciri-ciri lelaki seperti kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di badan, manakala estrogen mengawal ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.
Ramai menyangka estrogen hanya dihasilkan oleh wanita, namun ia adalah salah sama sekali kerana estrogen juga dihasilkan oleh lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, apabila hormone estrogen tinggi pada lelaki, mereka akan mendapat gynecomastia.
Ada juga beberapa penyebab yang lain dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
• Anti androgen untuk merawat penyakit prostat seperti Finasteride atau ubat jantung seperti spironolactone
• Anabolic steroid dan androgen: ini banyak digunakan oleh atlet untuk membina otot dan meningkatkan stamina
• Ubat pesakit AIDS seperti efavirenz
• Ubat anti-anxiety seperti diazepam
• Tricyclic antidepressant
• Sesetengah antibiotics
• Sesetengah ubat kanser
• Ubat jantung yang lain seperti digoxin dan calcium channel blockers
• Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
• Hypogonadism – kurang penghasilan testosterone
• Proses penuaan – semakin kita tua, hormone testosterone akan berkurangan
• Tumor – tumor dibahagian testis, kelenjar adrenal atau pituitary
• Hyperthyroidism
• Kegagalan buah pinggang
• Kegagalan hati
• Kurang nutrisi
Kebiasaan penyakit ini ia akan hilang dengan sendirinya. Jika tidak, doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pengimejan serta rawatan berdasarkan penyebab gynecomastia.
Oleh yang demikian, cara untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan mengambil dadah dan alkohol, serta sentiasalah berkomunikasi dengan doktor sekiranya korang sedar gynecomastia ini berlaku semasa korang mengambil ubat yang baru.
Tiada apa yang mustahil, seperti penurunan berat badan sebanyak 114kg pempengaruh YouTuber terkenal Nikocado Avocado, atau digelar ‘Raja Mukbang’.
Lelaki ini berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.
Penampilan terkini Nikocado Avocado
Nikocado atau Nicholas Perry, 32 tahun, mendedahkan bahawa penurunan berat badan drastiknya itu telah dilakukan secara rahsia sejak dua tahun lalu.
Bagi memastikan ‘rahsia’ tersebut kekal tersembunyi, pempengaruh yang berasal dari Ukraine itu kerap memuat naik video-video lamanya secara konsisten di salurannya sambil memberi tumpuan kepada dietnya.
Dalam video bertajuk ‘Dua Langkah ke Depan’, Perry menceritakan bagaimana dia berdedikasi menurunkan berat badan daripada 186kg kepada berat asalnya ketika mula menceburi dunia YouTube.
Video berdurasi 25 minit itu telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan dalam beberapa hari sejak dilancarkan di saluran YouTube.
“Ini adalah percubaan sosial paling hebat dalam hidup saya. Walaupun terdapat sedikit kebimbangan, ia masih menarik dan seperti mimpi kerana saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114kg,” katanya.
Pendedahan Perry ini kini menjadi tular dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya terkejut dengan perubahan fizikal Perry.
“Perry hanya selangkah lagi untuk menjadi YouTuber kecergasan,” kata seorang netizen.
Limau Mandarin dan perayaan Tahun Baru Cina memang sinonim.
Sama ada sebelum atau selepas perayaan Tahun Baru Cina limau mandarin akan banyak dijual di pasaran. Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.
Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.
Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau!