Makanan Tiada Khasiat Bukan Saja Tidak Elok, Malah Jejaskan Ketampanan Lelaki

Share

Pernah tak dengar istilah, “you are what you eat”. Percaya atau tidak makanan memainkan paranan sangat penting dalam pembentukan keperibadian anda dari segi fizikal dan mental.

Sejauh mana kesannya mungkin berbeza-beza bagi sesetengah orang. Makanan yang tak berkhasiat seperti makanan ringan, jajan, minuman berkarbonat dan segala macam snek juga mempunyai kandungan garam dan perisa makanan tiruan yang tinggi.

Bayangkan tabiat pemakanan anda tidak dijaga pastinya berat badan akan naik. Malah ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi menjadikan diri tidak bermaya dan letih. Dan bila itu berlaku ia memang akan menyebabkan ‘seri’ muka anda berubah menjadi semakin suram dan tidak menyihatkan.

Foto: pressfoto – www.freepik.com

Mungkin ada di antara anda masih keliru bagaimana nak kenal pasti yang mana ada khasiat atau tidak. Ikuti sedikit perkongsian MASKULIN di bawah:

1. Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Bahan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Mnakala sumber berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

2. Terlalu banyak gula

Sumber yang diproses dan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan bahan berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

BACA: Paha Lebih Pejal & Besar, Ini Beberapa Rutin Senaman Boleh Dilakukan Di Mana Saja

3. Terlalu banyak garam

Makanan segera, tin, daging yang diawet dan ‘jajan’ bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

4. Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda agar terus kacak dan tampan!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah:

Published by
Farizul Izwany Ibrahim