Berasal dari Sri Lanka, pencuci mulut yang diberi nama yang agak ganjil ini hanya boleh didapati di restoran The Fortress’ Wine³. Jika dilihatkan hidangannya, ia kelihatan sangatlah kecil, mampu dihabiskan dengan sesuap sahaja. Kek yang berperisa krim Irish ini telah diisi dengan buahan melalui teknik “infusion”.
Asas pencuci mulut ini dihasilkan melalui gabungan antara mangga, delima serta champagne Dom Perignon. Hiasan yang mengiringi kek ini adalah struktur besi dan nelayan yang diperbuat daripada coklat yang diukir secara handmade. Ia kemudiannya disempurnakan oleh batu Aquamarine 80 karat.
Mana lagi mahal, harga pencuci mulut ini atau kereta anda?
Tak sangka sebiji pai boleh dijual dengan harga sebegini rupa, boleh beli Myvi tunai. Pai daging dan cendawan yang tersangat mewah ini disumbat dengan daging lembu Wagyu yang bernilai RM4,280, cendawan matsutake (RM428 untuk 100 gram), truffle hitam, daun emas dan wain merah Chateau Mouton Rothshild 1982.
Walaupun harganya tersangat mahal, tetapi pai ini boleh dihidangkan dan dikongsi oleh 8 orang. Jadi anda jangan risau, seorang hanya perlu bayar RM8,506 sahaja. Ia boleh didapati di Fence Gate Inn di Lancashire, England dan menurut chef yang menghasilkan pai termahal di dunia ini, pai ini lebih sedap daripada pai versi asal, dan sememangnya berbaloi denga harga yang diletakkan. Lepas makan pai ni, mesti anda akan rasa menyesal kerana RM68,050 berakhir di loji najis dan menjadi tahi paling mahal di kawasan rumah anda.
Kalau anda seorang penggemar pencuci mulut, pastinya makanan ini membuatkan air liur anda meleleh. Tapi, apabila melihatkan balik harganya, mungkin anda perlu sedut balik air liur anda. Ais krim coklat yang sangat menyelerakan ini diperbuat daripada 28 jenis koko dan 14 daripadannya adalah koko yang paling mahal di dunia
Kalau di Malaysia emas menjadi kebanggaan di lengan-lengan dan leher-leher si gadis dan makcik, tapi pada pencuci mulut ini juga dihiasi dengan emas yang boleh dimakan. Cawan yang diletakkan aiskrim ini juga mempunyai lapisan emas yang boleh dimakan.
Bukan itu sahaja, dengan memesan aiskrim ini, anda juga akan menerima sebentuk gelang tangan emas 18 karat bertatahkan berlian 1 karat. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh membawa pulang sudu emas tersebut yang juga mempunyai berlian, jadi kalau anda tak cukup duit nak bayar ansuran kereta bulan-bulan boleh bayar guna sudu ini.
Nak rasa aiskrim ini? Bolehlah mengunjungi Serendipity 3 di New York City.
Dah macam nama jenama makanan kesihatan kat Malaysia pula kan. Penulis tak sangka, harga telur ikan boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Seumur hidup penulis hanya pernah makan telur ikan kembung je, itu pun berebut. Tapi, telur ikan ini bukannya telur ikan biasa-biasa. Telur ikan yang diberi nama Almas ini diambil daripada ikan yang sangat jarang ditemui iaitu Albino Beluga Sturgeon. Ia berwarna putih mutiara dan mempunyai tekstur seperti span.
Sudahlah ikannya jarang ditemui, telur ini pula diambil daripada ikan-ikan ini yang berusia daripada 60 hingga 100 tahun sahaja dan boleh mencecah seberat 900 kilogram, lebih kurang berat Volkswagen Beetle. Kalau belum sempat cecah umur 60 dah mati, kan tak sempat nak dapat hasil.
Ia biasanya dijual dalam bekas emas yang diperbuat daripada emas 24 karat. Memang sangat rare, sampai boleh cecah harga RM112,000 untuk sekilogram, tapi kalau anda nak rasa sedikit, boleh beli dalam bekas yang lebih kecil dengan harga RM5,360.
Kalau telur ikan ini dah habis, boleh isi dengan telur ikan kesukaan anda di rumah. Kalau sayang nak isi telur ikan lain, jangan lupa simpan bekas ini dalam peti besi ya.
Dengan harga satu puding coklat yang sangat mewah ini, anda boleh membeli sebuah kereta Honda Civic secara tunai atau memulakan perniagaan yang anda inginkan. Pencuci mulut yang sangat menarik dan sudah tentunya sangat enak dihasilkan oleh ketua chef di Lindeth Howe Country House Hotel yang terletak di Cumbria, England.
Pencuci mulut ini dihasilkan menggunaan 4 jenis coklat Belgian dan ditambahkan perisa pic, orange dan juga whiskey. Bukan itu sahaja, terdapat daun emas yang boleh dimakan dan caviar di atasnya. Ia disempurnakan dengan sebutir berlian yang boleh dimakan, dan dihidangkan bersama Chateau d’Yquem, sejenis wain pencuci mulut yang tersangat mahal.
Ini bukan makanan orang biasa-biasa, dah taraf lain dah. Kalau tadi hanya emas yang boleh dimakan, tapi ini sampai berlian pun nak makan juga. Penulis kalau dapat makan ni, sebelum makan memang sejuta gambar penulis selfie. Itu cerita “kalau”, cerita sebenarnya memang tak mampu la kan.
sumber: iluminasi.com