Makanan ‘Magis’ Yang Lelaki Elok Amalkan Untuk Miliki Kulit & Diet Sihat

Share

Selain bersenam, jika lelaki nak kulit cantik dan diet sihat, kena selalu ambil makanan yang berkhasiat. Ini kerana kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga.

Namun masih ramai yang tidak sedar sehingga ditimpa penyakit kronik. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.

Malah pepatah ada mengatakan, “Diri anda ialah apa yang anda makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan terutamanya bagi lelaki.

Jadi kami kongsikan sembilan makanan yang seeloknya lelaki ambil untuk kulit dan diet kekal sihat.

BACA: 7 Makanan Terbaik Ini Bantu Bakar Lemak ‘Malas’ Secara Efektif & Jadikan Anda Kurus!

1. Tomato

Kajian mendapati lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat. Buah yang popular ini juga memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.

2. Kacang Brazil

Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

3. Kubis

Brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

BACA: Selain Pudarkan Parut Jerawat, Makanan ‘Superpower’ Ini Boleh Buat Kulit Flawless & Maintain Kacak!

4. Telur

Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.
Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

5. Beri biru

Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.

6. Delima

Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki. Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

BACA: Untung Kalau Suka Makan Ikan Sardin. Bukan Je Kulit Flawless, Otot Pun Boleh ‘Solid’!

7. Bawang putih

Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.

8. Salmon

Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.

9. Bijirin

Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Published by
Roselinda