
Tidak dinafikan nasi merupakan salah satu sumber makanan karbohidrat utama di kalangan rakyat Malaysia. Namun tahukah anda selain nasi roti mentega juga boleh memberikan khasiat yang tidak kurang hebatnya?
Dalam usaha untuk menambah variasi dan kenikmatan dalam hidangan harian, ada pilihan lain yang tidak kurang hebatnya. Salah satu produk yang kini menjadi perhatian ialah dari SHUNSHINE iaitu Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD.
Produk berinovatif ini menggabungkan kelembutan dan kegebuan tekstur roti Shokupan Jepun dengan kelazatan mentega roti Brioche Perancis. Lantas menjadikan roti harian anda lebih istimewa dengan rasa yang serba mewah.
Shokupan, roti popular dari Jepun, terkenal dengan teksturnya yang lembut dan gebu, sementara Brioche, roti klasik Perancis, digemari kerana rasa menteganya yang kaya dan tidak terlalu manis.

Gabungan kedua-dua gaya unik ini menghasilkan Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD, yang meraikan ketelitian seni masakan Jepun dan kehalusan seni pembuatan roti Perancis.
Sumber Karbohidrat dan Tenaga
Bagi lelaki yang menjalani gaya hidup aktif, Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD bukan sahaja menawarkan karbohidrat kompleks yang diperlukan untuk bekalan tenaga yang berterusan.
Ia juga mampu menjadi sumber lemak yang baik dari mentega berkualiti tinggi. Karbohidrat dalam roti ini membantu memastikan tahap tenaga yang stabil sepanjang hari.
Manakala lemak dari mentega membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak yang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Sebagai pengeluar, Sunshine Bakeries mengatakan pihaknya memahami keperluan rakyat Malaysia yang menghargai kemewahan rasa dan kemudahan.
Lalu terhasillah Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD untuk memenuhi kedua-dua keperluan ini.
Setiap keping roti dihiris lebih tebal, dengan rasa mentega yang enak dan tekstur yang lembut, membolehkan anda menikmatinya terus dari bungkusan tanpa perlu menambah apa-apa lagi.
Ini menjadikannya pilihan yang sempurna untuk lelaki yang sentiasa sibuk tetapi tetap ingin menikmati hidangan yang berkualiti dan mewah.
Dengan menggunakan ramuan premium dan berkualiti tinggi, roti ini bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga anda, tetapi juga memberikan kepuasan rasa yang luar biasa dalam setiap suapan.
BACA: 10 Minyak Wangi Lelaki Paling Mendapat Pujian Dari Wanita
Jika anda sedang mencari alternatif yang hebat kepada nasi, yang tidak hanya memberikan tenaga tetapi juga memanjakan deria rasa anda roti mentega boleh menjadi pilihan yang ideal.
Kombinasi unik Shokupan Jepun dan Brioche Perancis dalam roti ini menjadikannya lebih daripada sekadar makanan. Ia adalah pengalaman mewah yang dapat dinikmati dalam setiap hari anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Minum Air Kelapa Untuk Berbuka Puasa

Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.
Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.
BANTU TURUNKAN BERAT
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan.
Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.
MELEGAKAN & MENYEJUKKAN
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.
CEPAT PULIHKAN DEHIDRASI
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.
BAGUS BUAT KENCING MANIS
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi.
Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
BANTU KURANGKAN SAKIT KEPALA
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia.
Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala.
Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.
MUDAHKAN PENGHADAMAN
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
BANTU KAWAL TEKANAN DARAH
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
MENYIHATKAN JANTUNG
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol.
Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gus mempengaruhi kesihatan jantung.
KAYA NUTRISI
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa.
Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
TINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH
Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.
Selamat berbuka!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Minuman Boleh Hilangkan Dahaga Cepat Ketika Berbuka Puasa

Salah satu cabaran paling besar untuk kita semua sepanjang Ramadan sebenarnya bukan menahan lapar. Tetapi lebih kepada menahan rasa dahaga. Apatah lagi negara kita merupakan beriklim tropika yang sering panas.
Disebabkan itulah bila masuk sahaja waktu berbuka ramai yang akan capai gelas untuk terus hilangkan dahaga. Di bulan mulia ini pelbagai jenis aneka minuman dijual untuk berbuka puasa. Tapi apakah minuman yang boleh menghilangkan rasa haus dan dahaga? Dan yang paling menyihatkan untuk kita minum semasa berbuka puasa?
Ingat kalau tersilap minum nanti anda boleh sakit perut dan berulang-alik masuk tanda. Lalu menjejaskan aktiviti ibadah anda pada waktu malam. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis minuman terbaik untuk anda berbuka puasa.
AIR PUTIH
Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.
AIR KELAPA

Antara minuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi
AIR BARLI
Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.
JUS TEMBIKAI

Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.
SUSU KURMA
Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.
TEH
Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.
MINUMAN DETOKS
Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Refleksi Budaya Kulinari Tempatan, Chef Azreen Shah Tonjolkan ‘Warnarasa’ Di Royale Chulan Seremban

Ramadan memang tak lengkap tanpa menjamah pelbagai hidangan buffet yang menggugah selera, khasnya saat berbuka puasa. Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan, menjadi salah satu destinasi iftar pilihan yang tak boleh dilewatkan tahun ini.
Dengan tema ‘Warnarasa’ yang sudah menjadi tradisi tahunan, Royale Chulan Seremban menyajikan hampir 150 jenis menu yang dijamin akan memuaskan selera seisi keluarga.
Dari tangan terampil Eksekutif Chef, Suresh Mathavan, dan Sous Chef, Chef Azreen Shah Ab. Rahman, hadir hidangan seperti asam pedas ekor dan masak lemak daging salai yang pasti akan membuat tetamu terpikat.
Pengurus Besar, Abdul Rahman Ahmad, mengungkapkan bahwa tema ‘Warnarasa’ dipilih untuk merefleksikan kekayaan budaya dan masakan Malaysia yang ikonik.
Bagi tahun ini, Chef Azreen Shah menjanjikan lebih banyak variasi masakan tradisional kampung dan aneka pencuci mulut. Salah satu keistimewaan adalah asam pedas ekor, yang hanya bisa dinikmati di Royale Chulan Seremban, menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang tak terlupakan.
“Selain itu, pada tahun ini kami bawakan hidangan istimewa bagi peminat asam pedas iaitu asam pedas ekor dan pastinya akan membuka selera anda. Hidangan ini hanya boleh dirasai di Royale Chulan Seremban,” katanya.
Tidak hanya itu, pelbagai menu istimewa lain seperti rendang pucuk ubi, kerabu pegaga, sambal tempoyak, bubur lambuk, dan tom yam siap menggoyang lidah. Jangan lewatkan juga daging salai lemak mangga muda, ayam percik, udang goreng kunyit, ayam beriani, ketam masak lemak nanas, dan beragam kuih-muih tradisional.
Menambah keseruan, tersedia 11 gerai makanan yang menawarkan martabak, pasembor, pisang goreng, nasi beriani, dim sum, apam balik, dan banyak lagi.
Bagi penggemar menu panggang dan barbeku, jangan khawatir, karena Royale Chulan Seremban juga menyediakan kambing panggang, sotong, sate, dan ikan panggang sebagai pilihan utama.
BACA: Kelebihan & Kekurangan Tiga Waktu Berbeza Melakukan Senaman Di Bulan Ramadan
Dengan harga RM120 per orang untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak serta warga emas, buka puasa di sini pasti berkesan. Manfaatkan juga tawaran khusus bagi pembeli awal dengan baucar early birds seharga RM100, tersedia hingga 10 Mac.
Warnarasa Bufet Ramadan di Royale Chulan Seremban
- Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024
- Harga: RM120 untuk dewasa, RM78 untuk kanak-kanak dan warga emas
- Waktu: 6 pm – 11 pm
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI