Gaya Hidup

Makan Ulam Dalam Diet Harian, Anda Akan Nikmati Banyak Khasiat Hebat

Share

Sebagai orang Melayu dan juga orang Malaysia, ulam merupakan antara diet makanan yang cukup sinonim dengan budaya pemakanan kita.

Malah ia sudah menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam sesetengah masakan atau menu tradisi Malaysia. Ada yang digunakan secara mentah dan ada juga yang dicelur, distim dan direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.

Uniknya ulam bnoleh datang dalam pelbagai bentuk seperti pucuk, daun, batang, umbut, buah, ubi dan juga bunga. Dan kebiasaannya ulam akan dimakan dengan bahan penambah rasa seperti sambal belaca, budu, cencaluk dan pelbagai kondimen lain lagi.

Bagi seseorang yang empunyai kesihatan yang baik, ulam dapat memberikan pelbagai khasiat jika diambil dengan kadar sesuai.

Nak tahu apa kelebihan ulam? Jom MASKULIN bawakan anda khasaitnya seperti di bawah!

Tinggi Pottasium

Pottasium merupakan mineral di mana fungsinya adalah untuk mengawal urat saraf dan otot. Ia juga sangat bagus untuk mengurangkan risiko penyakit jantung kerana pottasium bertindak untuk membantu denyutan jantung yang normal.

BACA: Sedang Berdiet Tapi Anda Jenis Suka Makan, Ini Petua & Solusinya!

Tinggi Antioksidan

Bertindak menghalang anda dari mangsa kanser. Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan molekul lain. Jadi, tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas, yang membawa kepada tindak balas rantai yang boleh merosakkan sel.

Tinggi Serat

Ulam disifatkan sebagai sayur yang tinggi seratnya. Untuk mereka yang sedang berdiet, ulam boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan bagus untuk penghadaman. Selepas ini kalau keluar lunch

, bila nampak ulam anda boleh mengambilnya sebagai pelengkap makanan.

Tinggi nutrien

Kalau anda ingin berdiet tidak semestinya kena ikut cara pemakanan orang Barat semata. Jangna ingat bila amalkan diet kena mengambil makanan ala-Barat sahaja. Anda boleh anggap ulam sebagai sejenis salad Melayu. Ulam mempunyai nutrien yang sangat banyak kerana ia segar dan semula jadi.

Published by
Farizul Izwany