Tidak dinafikan semua orang suka makan telur kerana tahu tentang khasiatnya pada tubuh badan.
Ia juga antara makanan yang penting untuk membina otot tubuh dan menjadi sajian kegemaran ramai.
Selama ini kita cukup takut untuk mengamalkan pengambilan telur setiap hari kerana kita sering dimomokkan dengan pelbagai mitos.
Namun hakikatnya, makan telur adalah menyihatkan bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan malah, ia juga boleh membuatkan kulit wajah bertambah glowing.
Perkara ini dikongsikan Dr Hafiz Sulaiman menerusi facebooknya.
Artikel berkaitan: Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat
Artikel berkaitan: Jauhi 8 Perkara Ini Jika Tak Nak Wajah Nampak Tua Daripada Usia
TIPS KURUS SIHAT WAKTU PKP
Satu makanan yang wajib makan setiap hari untuk kurus dan sihat time PKP ni. Telur.
FAKTA
# Telur mengenyangkan kerana lemak tinggi menyebabkan kenyang. 2-3 biji telur lebih kenyang berbanding 3 keping roti.
# Telur tak meningkatkan gula darah. Bagus untuk diabestes. Bagus untuk kurus. Lulus keto cemerlang.
# Telur beri tenaga lebih lama berbanding karbo/gula sebab telur lebih lambat serap masuk darah.
# Telur makanan padat nutrisi. Superfood.
Protein, lemak kolesterol penting, antioksida zeaxanthin, choline, biotin, sulfur, vitA, vitD, vitB.
# Telur juga akan cantikkan kulit kerana tinggi lemak omega, tinggi sulfur yang akan boost antioksida glutathion. Lama-lama makan telur banyak, kulit jadi glowing insha Allah 😉
MITOS
# Telur tinggi lemak tepu bahaya untuk jantung. Banyak kajian menunjukkan lemak tepu telur baik untuk jantung.
# Telur tinggi kolesterol jadi strok dan sakit jantung. Garipanduan pemakanan USDA 2015 menyatakan tiada bukti saintifik kukuh.
# Telur sebabkan kolesterol rosakkan organ macam buah pinggang dan organ hati <— dakwaan langsung takde asas. Sumber mana ni?
# Telur tinggi kolesterol jadi sebabkan badan penat dan tekanan darah tinggi <— haa? Sebab kolesterol??
Ini tidak saintifik langsung.
# Selamat 3butir seminggu saja.<– Itu syor lama yang berdasarkan garispanduan outdated (kolesterol bahaya). Jadi, tiada masalah makan telur hari-hari sebenarnya.
INFO TAMBAHAN
# Biasanya yang jadi “angin” lepas makan telur ni ialah orang ada masalah sistem pencernaan…atau alah telur. Biasa berlaku pada orang ekzema, asma, GERD, psoriasis, diabetes.
# Jangan makan telur lama atau busuk. Telur lama ini tinggi histamin, yang akan berisiko sebabkan keradangan, alahan jadi teruk. Sakit kepala, cirit, loya, sakit gastrik dan muntah.
Jom, kita kurus dengan keto, jom kita makan telo.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI