Makan Putih Telur Demi Cepat Kurus

Share

Pernah dengar tentang amalan diet dengan putih telur? Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang agak berbeza dengan kuningnya yang lebih berlemak. Berdiet dengan putih telur dianggap benda kecik yang remeh tetapi sebenarnya berdiet dengan cara ini memberikan impak yang besar terhadap penurunan berat badan dan bentuk fizikal. Mahu cuba? Jom, kami kongsikan sedikit tips bagaimana kaedah pengamalannya agar matlamat untuk kurus menjadi kenyataan.

Pertama sekali, untuk turunkan kadar gula dalam badan yang menjadi salah satu punca kegemukan adalah dengan memakan putih telur. Makanlah putih telur seberapa banyak yang anda mahu kerana ia tak memberi kesan kepada peningkatan berat.

Cara memasaknya terpulang kepada anda, cuma jangan gunakan minyak untuk menggoreng dan jangan makan bersama sos. Namun, jika anda ingin menggunakan minyak untuk mempelbagaikan selera, pilihlah minyak yang berasaskan minyak zaitun.

Perlu ditekankan di sini, hanya telur putih semata-mata. Telur kuning? Boleh makan, tetapi pengambilannya tidak boleh lebih dari 2 biji sehari.

 

Amalkan selama 7 hari.

Dan minumlah air masak (kosong) dengan banyak kerana ia menggalakkan buah pinggang untuk mencuci sistem tubuh dan menyingkirkan toksin dalam badan.

 

Selepas 4 hari, anda boleh rasai perubahan yang agak ketara pada perubahan berat badan. Teruskan dengan petua selanjutnya iaitu memakan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut setiap tengahari, dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam). Cara masaknya juga mengikut kreativiti sendiri, asalkan tanpa minyak dan sos.

Untuk keluarga, masaklah seperti biasa dan dalam masa yang sama makan bersama mereka dengan menu ‘istimewa’ anda itu. Untuk menampung keseimbangan nutrisi, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

Nasi, mi dan apa sahaja produk makanan berasaskan tepung putih adalah tergolong sebagai makanan berat, jadi anda belum boleh mengambilnya untuk hidangan harian.

Perkara penting untuk program kurus anda, diari atau buku catatan mestilah dipantau selalu. Pastikan anda dapat meruskanlah usaha ini selama 2 minggu. Selepas langkah yang ketiga, bolehlah beransur-ansur mengambil makanan ruji kita, tapi berhentilah makan sebelum kenyang dan untuk waktu tengahari sahaja.

 

Salah satu perkara penting yang semua orang tahu patut diamalkan iaitu amalan pengambilan makanan seimbang. Walaupun diet pengambilan putih telur tidak menggambarkan keseimbangan, namun itu cuma untuk menurunkan paras kandungan gula, seterusnya memudahkan proses pengurangan lelemak badan yang mungkin dah lama jadi ‘kilang haram’ dalam badan.

 

Walau bagaimanapun, putih telur sebenarnya mempunyai kesan sampingannya. Kesan sampingan itu adalah seperti;

  1. Alergi

Oleh kerana putih telur mengandungi protein yang cukup tinggi, maka ia juga boleh menimbulkan alergi pada sistem tubuh seseorang. Oleh sebab itulah bayi di bawah usia setahun tidak digalakkan pemberian telur atau putih telur ke dalam makanannya. Namun biasanya seiring dengan bertambahnya usia, alergi seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.

  1. Kandungan Natrium yang tinggi

Natrium yang tinggi dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Jadi, dinasihatkan jika anda ingin berdiet dengan kaedah ini, sebaik-baiknya berjumpa doktor dan periksa tekanan darah sama ada anda boleh meneruskan pengambilan putih telur dalam diet makanan anda atau tidak.

 

 

Published by
Kim Rahim