Makan Nasi Ikut Aturan Waktu Betul Barulah Berat Sentiasa Ideal

bgfv-18_14_204029

Nasi adalah makanan ruji yang memang sudah sebati dengan kehidupan kita di Malaysia. Pada waktu pagi sahaja pun tengoklah berapa benyak jenis juadah nasi yang boleh kita beli dan makan.

Begitu juga dengan makan tengahari. Pelbagai lauk-pauk yang menjadi hidangan santapan makan yang disertakan dengan nasi. Dan malam pula usah ceritalah, memang meriah dengan pelbagai menu nasi.

Tapi sejak kebelakangan ini ramai orang terutamanya yang ingin menurunkan berat badan mula menjauhi nasi. Tak keterlaluan MASKULIN katakan mereka juga anggap nasi ini sebagai ‘musuh’ utama yang membuatkan berat badan naik sebelum itu.

NASI TAK SALAH

Ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya ya, nasi boleh mengakibatkan berat badan naik tetapi jika ia diambil dengan berlebihan. Dan salah jika anda nak anggap nasi itu sebagai musuh. Nasi tak pernah salah. Anda boleh makannya setiap hari cuma perlu ambil dalam kuantiti yang mencukupi sahaja.

Seperti MASKULIN pernah kongsi sebelum ini, gunakan formula makan suku-suku-separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah.

Selain makan dalam kuantiti atau jumlah yang tak kerterlaluan anda juga perlu menjaga bila masa sesuai untuk makan nasi. Jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

WAKTU TERBAIK

Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda nmakan dengan baik.

Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.

Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.

JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI

Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur. Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.

Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.