Oleh kerana COVID-19 ini masih tidak mempunyai ubat dan penawar, orang ramai masih boleh mengawal pemakanan agar seimbang dan dapat meningkatkan sistem imun.

Tetapi, makan makanan sihat sahaja tiada gunanya kalau kita masih ambil mudah langkah-langkah pencegahan yang disarankan KKM.

Ini adalah senarai makanan yang sihat untuk diambil sepanjang COVID-19 ini…

#1: Buah Tinggi Vitamin C

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Vitamin C ini bagus untuk membantu system imun dan meningkatkan pegeluaran sel darah putih yang penting untuk melawan jangkitan. Pengambilan buah-buhan yang kaya dengan vitamin C seperti Jambu batu, Limau, oren dan Lemon sangat digalakan buat masa ini.

#2: Brokoli

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Ads

Sayur hijau ini adalah makanan yang paling sihat. Ia kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, C dan E. Malah ia juga kaya dengan antioksidan dan serat penting untuk sistem imun. Untuk mengekalkan khiasatnya, jangan masak terlalu lama sehingga lembik. Sebaiknya celup sedikit dengan air panas dan makan.

#3: Bawang putih

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Bawang putih sangat terkenal dengan membantu menurunkan tekanan darah, memperlahankan pengerasan arteri dan memerangi tubuh dari tekena jangkitan. Ia juga bagus untuk meningkatkan sistem imun anda dan sebagainya.

#4: Lada Banggala Merah

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Ads

Jangan terkejut ya, walaupun dia tidak semanis limau namun sebenarnya ia mengandungi vitamin C dua kali ganda dari buah citrus. Lada ini kaya dengan beta carotene yang masa baik untuk tingkatkan kesihatan mata dan kulit.

#5: Halia

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Halia bukan sahaja bagus untuk buang angin, tetapi ia juga bagus untuk mengurangkan keradangan yang dapat mengurangkan sakit tekak. Ia boleh mengurangkan rasa loya dan dapat memanaskan badan dengan kandungan gingerol dalam sebijik halia. Malah ia juga digunakan sebagai kurangkan sakit kronik dan menurunkan kolestrol.

#6: Almond

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!
Thanks to a genetic mutation thousands of years ago, modern domesticated sweet almonds are delicious and safe to eat.

Selian dari kaya dengan vitamin C dan E, kekacang seperti almond ini mempunyai fungsi dan mengandungi lemak baik yang akan membaik pulih sistem imun anda, malah jika di ambil kira-kira 46 biji ia mempunyai hamper 100% saranan vitamin E harian anda.

Ads

#7: Sup Ayam

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

 

Sup memnpunyai fungis mengurangkan sejuk dan demam, ayam pula jika diambil sekitar 85g ayam ia mempunyai 40% – 50% jumlah B-6 yang disyorkan. Vitamin B-6 bagus untuk membentuk sel darah merah baharu dan sihat. Sup ayam bukan sahaja bagus untuk mengekalkan sistem imun anda malah melancarkan penghadaman anda.

#8: Makanan Bercengkerang

Makan Makanan Bercengkerang Untuk Tingkatkan Imunisasi & Elak Covid-19!

Ketam, kerrang lobster dan kupang mempunyai kandungan zink yang tinggi. Zink adalah mineral yangdiperlukan badan untuk sel-sel imun berfungsi dengan baik. Namun janganlah ambil dalam kuantiti yang banyak, kerana akan mengakibatkan penyakit seperti gout dan sebagainya, cukup bersederhana dalam pengambilan. Bagi lelaki dewasa keperluan zink Cuma 11mg manakala wanita 8mg sahaja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI