Realiti kehidupan pada zaman sekarang ialah kita sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan sama ada di tempat kerja, menguruskan perniagaan atau pun hal-hal berkaitan keluarga di rumah.
Kadangkala sampai nak makan pun ramai di antara kita sampai terlupa. Sesetengah pula bukannya terlupa tetapi sengaja melengah-lengahkan waktu makan kerana lebih pentingkan perkara yang disebut tadi.
Walhal makan pada waktu yang sesuai telah lama terbukti bukan sahaja baik untuk kesihatan malah memberikan pengurusan masa yang baik.
Kita beruntung kerana pada era ini pelbagai jenis makanan dijual walaupun pada waktu lewat malam. Bahkan ia menjadi trend pula terutamanya di kalangan orang muda untuk makan lewat. Walhal perkara itu sebenarnya boleh menjadi punca berat badan naik.
Makan larut malam boleh membawa risiko kepada kesihatan. Apabila makan pada waktu lewat malam, tubuh badan tidak akan mempunyai banyak masa untuk mencernakan makanan dengan baik sebelum tidur.
KESAN KETARA KEPADA KESIHATAN
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian yang dilakukan oleh Dr Samhan, figura pakar perubatan yang cukup popular di laman media sosial.
Ads
Menurutnya selain menyebabkan berat badan bertambah, makan pada lewat malam juga boleh memburukkan kesihatan metabolisme. Ia boleh merosot dengan mudah lalu menjelaskan mengapa berat badan amat mudah untuk naik.
Selain itu kadar gula dalam badan juga boleh meningkat, meningkatkan risiko sakit jantung, meningkatkan tahap asid refluks, mempengaruhi konsentrasi dan menjejaskan kualiti tidur.
Lalu perkara-perkara ini boleh menjadi punca kepada masalah serius seperti peningkatan berat badan, gangguan tidur dan pencernaan yang tidak selesa.
Ads
RISIKO PENYAKIT KRONIK
Amalan makan lewat malam juga boleh meningkatkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Tambahnya lagi, waktu paling sesuai untuk makan malam ialah sebelum jam pukul 7. Ini kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan malah menghalang kita dari makan ketika tidak lapar atau terlalu banyak sebelum tidur.
Berikut merupakan beberapa manfaat jika tidak makan selepas pukul 7 malam.
1. Bantu diet dan penurunan berat badan dengan baik
2. Tidur lebih lena
3. Kurang rasa pedih ulu hati
4. Badan akan rasa lebih sihat
5. Jantung lebih tahan lama
Selain itu MASKULIN juga berpendapat andai kata anda perlu juga makan lebih lewat dari biasa pilihlah makanan ringan mudah dicerna. Ia sangat penting untuk memberikan tubuh waktu yang mencukupi untuk mencerna makanan sebelum tidur untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kesihatan anda.
Kalau selama ini kita makan beras putih, bermula hari ini bertukarlah ke beras parboiled atau dikenali seagai beras rebus. Ini kerana beras parboiled dikatakan lebih berkhasiat dan bagus berbanding beras putih yang kita biasa makan itu.
Malah beras perang pun kalah dengan beras parboiled ini kerana penyerapan mineralnya lebih baik. Bukan itu sahaja beras parboiled ini juga mempunyai glisemik indeks yang rendah sesuai untuk anda yang nak kurus.
Apa sebenarnya beras parboiled ini? Rasanya ramai juga yang tak tahu atau kurang pengetahuan tentang khasiat beras parboiled ini.
Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus atau distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran dan lain-lain) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
Beras parboiled atau rebus ini mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese. Rupa beras parboiled ini agak keruh sedikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Dari segi harga, tidak dinafikan beras parboiled dan beras perang ini agak mahal sedikit berbanding beras putih biasa. Namun tak rugi bertukar ke beras ini kerana ia berkhasiat untuk kesihatan dan juga diet.
Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian ilmu daripada Nizam Herbalist tentang khasiat beras parboiled. Semoga perkongsiannya ini memberi manfaat kepada anda
Khasiat beras parboiled
Inilah makna “makanan adalah penawar dan ubat adalah makanan.”
Khasiat beras rebus or parboiled.
Beras parboiled memang sangat berkhasiat berbanding beras putih biasa. Malah dengan beras perang pun beras parboiled lebih baik dari segi penyerapan mineral seperti kalsium dan iron dsb. Harga tak berapa mahal i.e sekarang dalam RM3.00 lebih je.
Rasanye yang lebih lemak n rich taste n lembut n gebu n tak lembik desebabkan complete nutrients n pyhtonutrient n serat jika kadar air yang tepat digunakan i.e 1 : 1.5 – 2.0 @ beras parboiled : air.
Boleh pilih parboiled asmathi or parboiled organik or parboiled biasa yang jauh lebih murah.
Tapi alah membeli menang memakai. Memang terbaik n sedap.
Sebenarnya beras parboiled lebih baik khasiat daripada beras perang sbb nutriennya lebih tinggi n lebih mudah diserap dari segi penyerapan kandungan zat besi n mineral. Yakni 11x ganda daripada beras perang dari segi penyerapan mineral yang 90% lebih tinggi. Kalau banding dengan beras putih sangat jauh bezanya.
Sama macam Bulgur wheat i.e parboiled wheat grains. 55x ganda khasiat daripada biji gandum asli yang perang tu.
Parboiled rice. Tinggi kandungn protein, B complex, mineral, iron, calcium, fiber, index glycemix yang lebih rendah tapi kadar penyerapan mineral n vitamin 90% lebih tinggi, antioksidan. Lembut n gebu. Mengenyangkan selalu, jadi kita terelak daripada food cravings. Perut pun rasa kenyang lama. Perut tak meragam. Elok untuk sembelit. Natural detox. Membina sel darah. Merawat anemia. Menguatkan tulang n organ n tubuh. Awet muda. Kulit sentiasa lembap n cantik. Elak diabetes n darah tinggi n kolesterol n sakit lutut n sendi. MasyaaAllah.
Elak penyakit angin dalam usus n badan n sembab. Elak n boleh rawat penyakit beri-beri yang kurang vitamin B1 n B2 n folate n B6 n B12. Elok untuk baby dalam kandungan untuk pertumbuhan saraf yang normal.
Vitamin B kompleks asli yang terdapat dalam bijirin beras parboiled ini sangat penting untuk ekspresi gen yang normal dan seimbang yakni terkawal untuk:
1. Pembaharuan sel yang normal dalam tisu kulit yang sihat dan cantik dsb.
2. Pembentukan pelbagai molekul protein n enzim untuk molekul pembawa n penuetralan/ detoksifikasi bahan toksik dalam sel dan macam-macam dalam sel n organ.
3. Kekuatan otot n organ jantung n peparu.
4. Tisu saraf n otak.
5. Fungsi penghadaman n kelawasan pembuangan. Elak kembung n makanan kurang hadam.
6. Elak badan daripada dimasuki angin terutamany wanita bersalin.
7. Elak badan sembab angin or air.
8. Untuk hemoglobin n sintesis sel darah merah.
9. Pembentukan janin n saraf n otak yang normal.
10. Keutuhan DNA n gen n terlibat dalam gene expression yang normal.
11. Sangat bagus sebagai makanan semi solid pertama diperkenalkan untuk baby 4 bulan ke atas sebagai bubur nasi.
12. Jika dimakan bersama diet seimbang makanan alami wholefoods yang lain dan soluble fiber seperti selasih or chia seed or arabic gum maka dapat mengelak n merawat sembelit kronik.
13. Tubuh lebih robust n tak sensitif.
14. Tubuh lebih tahan sejuk or panas.
Dan banyak lagi khasiat vitamin B kompleks asli. Walaupun diperlukan dalam kuantiti yang sedkit sebagai co-factor, ia sangat penting dalam memelihara fisiologi n kesihatan tubuh.
Beras parboiled kaya dengan bahan antioksidan yang hanya ada dalam beras asli yang tak polish macam parboiled ni i.e ‘oryzanol’.
Kandungan karbohidrat dalam beras parboiled n beras putih or beras perang hampir sama je. Perbezaan tak signifikan.
Tapi berbeza bila kite start kunyah n masuk perut n darah. Metabolismenya berbeza sedkit sebab kandungan nutriennya. Diserap dgn pilihan yakni time released.
Nilai GI yang lebih rendah kerana absorption secara berperingkat. Bukan penyerapan secara drastik macam beras putih. Ini dapat kawal rembesan insulin dalam darah.
Lagi ada complete nutrients untuk metabolisme karbo yang efektif. Sebab itulah boleh kawal gula dalam darah, juga bagi pesakit diabetes sangat bagus.
1. Insulin overshoot partially. Kalau lama boleh jadi gemuk n pelbagai penyakit darah tingi n obes.
2. Insulin resistant. Jadi diabetes type 2.
3. Rasa mengantuk n berat badan n mata lepas makan.
4. Kurang cergas.
Makan beras parboiled badan jadi cergas n cerdas, ringan, kulit cantik n lembap, awet muda, badan kuat, tenaga pun tahan lama, rasa kenyang lama sebab sel kenyang dengan nutrien, tiada food craving terutamanya sweets.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak perlu ambil masa yang lama, cukup hanya selama empat minit sahaja. Lebih menarik lagi anda boleh lakukan sebanyak empat jenis senaman berbeza iaitu squats jump, push up, burpees dan sit up.
Tapi untuk melakukan speed work out seperti ini anda perlu meracangnya dengan baik. Selain itu pastikan juga badan anada boleh biasa dengan senaman pantas seperti ini. Buat beginner MASKULIN nasihatkan lakukannya dengan sedikit perlahan. Usah paksa diri kerana kelak nanti anda juga yang merana.
Apa yang penting ia perlu dilakukan secara konsisten setiap hari. Dalam masa yang sama anda juga perlulah realistik. Dengan melakukan senaman empat minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Untuk video workout yang menarik, follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi setiap pelari aktif di antara perkara paling penting buat mereka ialah kasut larian. Tanpa kasut larian yang baik mereka bukan sahaja tidak mampu melakukan larian dengan baik malah ia boleh menyebabkan kecederaan.
Perkembangan teknologi penghasilan kasut larian pada masa kini sedang berkembang dengan cukup pesat sekali. Sebagai salah satu pemain utama dan pengeluar yang cukup dipercayai ramai pelari di seluruh dunia, New Balance sentiasa hadir dengan inovasi dan teknologi terkini terbaik di pasaran.
Baru-baru ini, New Balance Malaysia telah menjalankan satu kempen ‘New Balance Fuel Ground’ di mana mereka mengajak orang ramai terutamanya penggemar aktiviti larian untuk mencuba sendiri teknologi terkini mereka.
Berlangsung di Desa ParkCity, ‘New Balance Fuel Ground’ dilangsungkan selama dua hari yang sarat dengan pelbagai aktiviti. MASKULIN juga cukup bertuah kerana turut dijemput secara eksklusif oleh New Balance untuk merasainya sendiri.
Acara ini merupakan jemputan terbuka kepada pelari yang bercita-cita tinggi dan berpengalaman yang mencari sepasang kasut yang sesuai untuk larian harian mereka atau semasa mereka bertanding.
Para peserta turut diberikan sebotol kopi percuma oleh ONO selepas mereka menamatkan larian 3km mereka dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada New Balance apabila mereka menamatkan kedua-dua Infinity Speed Challenge dan FuelCell Treadmill Challenge dengan menempuh jarak paling jauh dalam masa 3 minit.
Lebih menarik, New Balance turut membawa trak mobil New Balance yang lengkap mempamerkan koleksi terbaru kasut larian mereka dari siri Fresh Foam dan juga FuelCell. Di antara yang paling menarik perhatian ialah Fresh Foam X Morev4, 1080v12, 880v12 dan HierroV7. Manakala bagi siri FuelCell pula adalah SuperComp Trainer, SuperComp Pacer, SuperComp Elite v3 and Rebel v3.
Seperti mana yang kita tahu kasut New Balance FuelCell dihasilkan eksklusif buat pelari yang inginkan pulangan tenaga tinggi di bawah tapak kaki dan mencatatkan masa larian lebih baik. Manakala Fresh Foam pula untuk pelari yang inginkan keselesaan larian pada jarak yang agak jauh.
Dalam acara ini juga peserta dan pengunjung turut berpeluang mencabar diri mereka dengan bengkel Strength 101 yang dijalankan oleh MotionLab. Ia merupakan aktiviti yang memberikan fokus bagi membina kekuatan serta keseimbangan diri sambil menggunakan kasut New Balance X 1080v12.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk membantu setiap orang untuk lebih cergas dan bergerak dengan lebih baik. Dalam pada masa yang sama, New Balance Running Club (NBRC) turut hadir untuk mencuba sendiri kasut larian terbaru mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.