Sembelit adalah satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pasti pernah mengalami sembelit terutamanya lelaki. Selalunya ia disebabkan amalan pemakanan yang tidak baik.

Antara tanda dan gejalanya ialah anda sukar buang air, tisak membuang air besar beberapa hari, najis anda mengeras serta kering dan perut kembung atau kejang.

Makan Kunyit Untuk Elakkan Sembelit, Ini Beberapa Tip Lain Untuk Anda!

Antara sebabnya adalah ketika anda makan, makanan tersebut bergerak menerusi kolon (kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis). Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Jika dibiarkan akan menjadi buasir kerana menahan untuk membuang air besar atau koyakan pada kulit di sekeliling anus.

IKLAN

Jika anda ada tanda-tanda seperti ini, anda boleh amalkan untuk menggelakkan diri dari terkena gejala sembelit!

1. Minum Air Kosong

Makan Kunyit Untuk Elakkan Sembelit, Ini Beberapa Tip Lain Untuk Anda!Perbanyakan minum air suam atau air kosong tiga litter sehari. Cara ini akan melancarkan lagi proses pembuangan air besar anda.

2. Ambil Serat

Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan anda seperti bijirin, sayur-sayuran serta buah-buahan. Malah nasi dan roti gandum juga bagus untuk melancarkan proses ini.

IKLAN

3. Lakukan Senaman Cangkung

Apabila anda melakukan senaman ini, ia akan memberi tekanan pada bahagian perut dan usus, sekali gus akan memudahkan dan memgesa anda untuk membuang air besar.

4. Makan Herba Dan Rempah

Makan Kunyit Untuk Elakkan Sembelit, Ini Beberapa Tip Lain Untuk Anda!

Selalunya lelaki memang jarang makan herba atau rempah ratus. Tetapi tahukah anda, dengan memasukan beberapa bahan ini seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jitan manis ia bukan sahaja sedap di makan, tetapi sebenarnya ia membantu memudahkan proses penghadaman anda. Ia juga boleh membantu membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

IKLAN

5. Jauhi Rokok

Perokok tegar selalunya mudah terkena gejala ini, oleh itu jauhi rokok. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan masalah sembelit, tetapi juga ia dapat menggalakkan anda hidup dengan sihat.

6. Belajar Tangani Masalah Tertekan

Tertekan juga boleh menyebabkan anda sembelit serta beberapa kesan kepada fungsin badan. Oleh itu, belajar menangani masalah tekanan dan amalkan kehidupan yang sihat.

7. Makan Pisang Atau Betik

Makan Kunyit Untuk Elakkan Sembelit, Ini Beberapa Tip Lain Untuk Anda!

Pisang dan betik mempunyai satu enzim yang baik untuk melancarkan proses pencernaan. Oleh itu, amalkan makan pisang atau betik di setiap pagi dan malam anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI