Ikan sardin juga mempunyai 1001 khasiat yang mungkin kita tidak ketahui. Mungkin ada yang merasakan menu sardin ini menu masa kecemasan kerana senang di masak dikala memerlukan.
Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang dengan protein. Protein yang dimakan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada badan kita.
Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik malah bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ianya kaya dengan lemak Omega 3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit lebih sihat.
Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan minyak ikan sardin dapat meningkatkan sel-sel sistem antibodi.
Lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Bahkan lemak tersebut juga membantu menurunkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan penyakit jantung.
Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.
Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah Osteoporosis.
Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung. Jadi, lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan sardin ini baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku.