TURUNKAN BERAT BADAN
Berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan di University of Georgia, minyak ikan memang kaya dengan DHA. Ia dipercayai berupaya menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak hingga mengurangkan fokus lemak secara keseluruhannya.
Sebelum itu, kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan kapsul minyak ikan yang diikuti dengan senaman yang teratur boleh menurunkan lebih banyak lemak berbanding senaman tanpa bantuan dari minyak ikan.
MENYIHATKAN MATA
Dipercayai, pengambilan ikan dalam diet harian mampu memperbaiki masalah penglihatan. Ia mampu mencegah penyakit glaukoma dan sindrom mata cepat kering. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa individu yang mengambil setidak-tidaknya dua jenis ikan seminggu berisiko rendah diserang masalah kebutaan di usia muda berbanding individu yang tidak pernah makan ikan.
RESIPI AWET MUDA
Ikan yang diambil dalam kuantiti betul mampu memperbaiki sekali gus memelihara kulit agar sihatdan berkeadaan baik. Berita baik bagi yang kerja di site ataupun kerja luar yang takutkan sunburn kerana pada masa yang sama, ia dapat menjaga kulit dari rosak akibat pancaran sinaran matahari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega 3 EPA yang ditemui di dalam minyak ikan berupaya mencegah masalah kulit menjadi tua dan melambatkan proses muka berkedut seperti Jennifer Lopez yang sentiasa nampak awet muda walaupun umur dah 45 tahun.
KURANGKAN RISIKO PENYAKIT KANSER
Omega 3 yang terdapat di dalam ikan dikatakan mampu mencegah penyakit kanser yang berbahaya iaitu payudara dan prostat. Kandungan minyak ikan tersebut juga secara tidak langsung membantu pesakit untuk meringankan derita penyakit hiperlipidermia.
CERGASKAN OTAK
Asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak. Ia secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan fokus anak-anak serta orang dewasa mengenai sesuatu perkara. Terdapat satu kajian menyatakan bahawa, pengambilan minyak ikan berupaya mengukuhkan tahap memori seseorang tak kiralah sama ada bayi atau kanak-kanak.
RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Minyak ikan mampu menurunkan kadar tekanan darah tetapi anda tidak digalakkan mengambilnya secara berlebihan. Memadailah dengan satu hingga dua sudu sehari bagi mengoptimumkan tahap kesihatan.
MELEGAKAN MASALAH KERADANGAN
Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflamasi. Kerana itulah ia cukup efektif bagi mengurangkan masalah radang dalam darah. Asid lemak omega 3 khususnya EPA banyak ditemui dalam minyak ikan sekali gus memberi kesan yang positif untuk meredakan radang sendi, radang prostat dan radang pundi kencing.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI