KEBANYAKAN ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT HIPERTENSI ATAU DARAH TINGGI AKAN MENGEHADKAN ATAU MENGELAKKAN DARIPADA MEMAKAN DAGING KAMBING KERANA IA DIKHUATIRI AKAN MENYEBABKAN TEKANAN DARAH NAIK.

Makan Daging Kambing Tidak Menyebabkan Darah Tinggi

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA

  1. KOLESTEROL DAGING KAMBING LEBIH RENDAH DARIPADA DAGING AYAM ATAU LEMBU

Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.

Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.

Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.

Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.

IKLAN

Makan Daging Kambing Tidak Menyebabkan Darah Tinggi

  1. MAKAN DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI ADALAH TIDAK BENAR

Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.

Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.

Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.

IKLAN

BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?

Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.

IKLAN

Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Makan Daging Kambing Tidak Menyebabkan Darah Tinggi

TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING

Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.

SUMBER : https://hellodoktor.com/

OLEH : FARAH AZIZ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI