Gaya Hidup

Makan Biar Berpada, Ini Beberapa Jenis Makanan Dipercayai Boleh Jadi Penyebab Kanser Prostat

Share

Tahap kesedaran terhadap risiko dan bahaya kanser prostat di negara kita dipercayai masih lagi rendah. Sehubungan itu jugalah MASKULIN degan rendah hati membawakan tema pada bulan ini dengan #MaskulinShavember bagi sama-sama meningkatkan tahap kesedaran di samping mengetengahkan beberapa tip grooming terbaik.

Seperti mana yang anda mungkin sudah sedia maklum kanser prostat merupakan antara kanser pembunuh utama di kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.

Man photo created by pressfoto – www.freepik.com

Punca sebenar bagaimana kanser berlaku masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan saintis walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi puncanya. Salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada kanser prostat ialah jenis makanan yang dimakan.

Kanser prostat juga diprcayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab kanser prostat. Memetik dari laporal healthline.com, MASKULIN sertakan di bawah beberapa jenis makanan yang perlu anda kawal pengambilannya.

Daging Merah & Daging Proses

Food photo created by valeria_aksakova – www.freepik.com

Amalan diet harian yang tinggi dengan pengambilan daging mereah terutamanya yang dimasak lama boleh menjadi penyebab peningkatan risiko penyakit kanser prostat. Ia berikutan kandungan heterosilik amino (HCA) yang bpleh menjadi pencetus kepada perkembangan sel kanser. HCA juga telah dikaitkan sebagai faktor menyebabkan berkembangnya beberapa jenis kanser.

Ia merupakan entiti yang terhasil apabila daging merah dimasak dalam suhu tang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan bahawa pengambilan daging merah dan daging proses mungkin menjadi penyebab bertambahnya risiko kanser prostat.

Produk Tenusu

Food photo created by azerbaijan_stockers – www.freepik.com

Pengambilan prosuk tenusu yang banyak juga boleh meningkatkan terhadap risiko terjadinya kaser prostat. Menurut sebuah jurnal dan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Nutrition mendapati jika seseorang mengambil produk tenusu setiap hati ia boleh mencetus kepada perkembangan kanser prostat.

Susu skim dan rendah lemak juga boleh menjadi punca kepada risiko tahap rendah kanser tersebut. Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan produk ternusu. Jika boleh pilih susu dari jenis rendah lemak atau bebas lemak.

Lemak Tepu

Berikutnya adalah jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak tepu ini bukan sahaja meningkatkan risiko kanser prostat malah ia juga tidak elok untuk keishatan jantung.

Terdapat kajian mendapati ia boleh menjadi ‘pencetus’ kepada kanser jenis ini walaupun kajian tersebut tidaklah menyeluruh. Namun jika boleh kawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dalam menu harian anda.

Di antara makanan yang dikenali mengandungi lemak tepu ialah daging, produk tenusu, salad dressing, makanan yang dibakar dan makanan yang diproses. Sebaliknya selang-selikan diet anda dengan makanan sihat yang monosaturated dan polyunsaturated seperti ikan, avokado, kekeacang, minyak zaitun dan bjirin.

Segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa simptom merisaukan seperti berikut:

  • kesukaran membuang air kecil
  • terdapat darah dalam semen
  • mati pucuk
  • sakit belakang dan tulang pelvik

Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh sedikit sebanyak memberikan kesedaran untuk anda. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim