Sarapan terbaik yang sihat boleh membantu mengawal selera makan, seterusnya membolehkan anda mengurangkan pengambilan kalori secara teliti untuk menurunkan berat badan.
Tidak kiralah berapa usia atau tinggi atau rendah kadar metabolisme seseorang, menurut Dr. Charles Galanis, pakar bedah bertauliah di Chicago, dan Robert Dorfman, seorang felo penyelidik pembedahan plastik dan rekonstruktif, secara amnya sarapan yang sihat melibatkan makanan yang sama. Perbezaannya hanyalah terletak pada saiz hidangan yang bergantung kepada rejimen atletik, jenis bentuk badan dan jantina.
“Semasa cuba untuk menurunkan berat badan, lebih baik jika memotong pengambilan kalori secara konservatif dan berikan diri anda tempoh lebih lama untuk mendapatkan berat idaman.
Memotong 100 atau 200 kalori daripada baseline anda dan hilang 1 pound (~450 gram) seminggu adalah jauh lebih baik berbanding memotong 800 kalori dan hilang semua berat dalam masa sebulan,” jelas Galanis dan Dorfman.
Jadi, sarapan terbaik apakah yang anda perlu makan untuk cepat kurus? Berikut merupakan pilihan sarapan terbaik mengikut saranan Galanis dan Dorfman:
BACA: Sarapan Oat Buat Lelaki Ini Hilang 10kg, Paling Penting Kenyang Sampai Tengah Hari!
1. Telur
Telur ialah salah satu sumber protein dan asid amino yang terbaik untuk anda yang sedang berdiet; dengan 94% protein bersih berbanding kira-kira 70% bagi daging dan ayam. Satu kajian menyatakan, mereka yang sedang diet dan mengambil telur sebagai sarapan pagi akan berasa kenyang lebih lama serta kurang dua kali ganda berat berbanding mereka yang mengambil kalori yang sama dari roti gulung untuk bersarapan.
BACA: Biarpun Rasanya Tawar, Diet Putih Telur Boleh Kenyangkan Perut & Jadikan Badan Kurus!
2. Oat
Oat yang kaya dengan serat dapat membantu anda menurunkan berat badan. Malah kandungan beta-glukan pada oat pula akan meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama sehingga mencegah anda untuk makan berlebihan.
Kajian Journal of Nutrition melaporkan, pengambilan sarapan pagi yang mengandungi karbohidrat yang dilepaskan secara perlahan-lahan seperti oat dan bijiran bran, 3 jam sebelum bersenam akan membantu membakar kalori dengan lebih banyak.
BACA: Sebelum Makan, Check Dulu Jenis Oat Yang Sesuai Untuk Kurus VS Perut Berangin!
3. Greek yogurt tanpa lemak
Sumber yang baik untuk vitamin-vitamin B, kalsium, protein, potasium dan zink. Protein yang terkandung dalam yogurt akan mambantu anda lebih ramping. Kajian dilakukan dengan cara para penyelidik memberikan diet tinggi lemak kepada dua kumpulan tikus selama 11 minggu.
Hasilnya mendapati kumpulan tikus yang diberi air dengan campuran protein whey (sejenis protein yang ditemui secara semula jadi di dalam yogurt dan produk tenusu lain), telah turun sebanyak 42% berat dan hampir 1/3 kurang lemak badan berbanding kumpulan tikus yang hanya diberi air kosong.
BACA: Kalau Ikut Aturan, Diet Telur Rebus Boleh Hilangkan 10kg Dalam 2 Minggu!
4. Mentega kacang
Kekacang juga tersenarai antara makanan utama yang dapat membantu menurunkan berat badan sebagaimana yang dikatakan oleh para penyelidik daripada Harvard. Makan 1-2 sudu mentega kacang bersama roti bakar bijirin penuh (pelepasan perlahan karbohidrat).
BACA: Orang Diet Elok Amalkan Mentega Kacang Kalau Nak Perut Kenyang Lama & Kurangkan Berat!
5. Buah-buahan
Buah-buahan segar mengandungi kalori dan lemak yang rendah, tetapi kaya dengan fiber dan zat-zat lain seperti vitamin C. Hindari buah-buahan beku atau dalam tin kerana ia biasanya mempunyai bahan tambahan dan secara amnya kurang berzat.
BACA: Makan Buah GI Rendah Ikut Waktu Yang Sesuai Masa Diet Kalau Nak Cepat Kurus!
6. Kopi tanpa gula
Secawan kopi 16 auns boleh mengandungi sebanyak 300mg kafein. Kafein boleh membantu mekanisme badan manusia untuk membakar kalori (dikenali sebagai proses thermogenesis). Untuk mengelakkan kalori terutamanya bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, minum kopi secara black iaitu tanpa krim dan gula.
Beberapa penelitian juga menunjukan bahawa kafein dalam kopi dapat mengurangi nafsu makan untuk beberapa tempoh waktu. Jadi jika anda berasa lapar walaupun sudah makan, minumlah kopi. Rasa lapar anda akan hilang.
BACA: Elak Terlebih Minum Kopi Kalau Tak Nak Hilang Macho Sebab Ketiak Melekit & Basah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI