Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.
ANDA PERLU MULA MENGGANTIKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT DENGAN PILIHAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA DAN BUKANNYA MEMBERI TUMPUAN KEPADA APA YANG ANDA TIDAK LAGI AKAN MAKAN. DAN BERCAKAP TENTANG MAKANAN YANG SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA, BERIKUT ADALAH5 PILIHAN MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN MENINGKATKAN ALIRAN DARAH
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Ads
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
Ads
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Ads
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki maskulin harus bertubuh sasa dan berkarisma. Dia bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan harian. Tidak membuang masa, juga mempunyai tujuan hidup dan fokus untuk diri sendiri supaya cergas dari segala aspek. Diri harus percaya dan yakin akan keupayaan diri.
Bila bermula
Sebelum 2013, saya seorang yang sangat kurus. Bayangkan, berat badan saya hanya 45 kilogram. Jadi, saya mahu berubah ke arah yang lebih baik ataupun dalam erti kata yang lain, lebih berisi. Saya berazam untuk mengubah pandangan orang dan memberi orang-orang yang senasib dengan saya satu inspirasi bahawa badan yang kurus juga mampu untuk mengangkat berat dan melakukan aktiviti kecergasan.
Erti kecergasan
Kecergasan memerlukan minda kelas pertama. Ia menjadikan seseorang itu ingin berubah ke arah yang lebih baik dan sihat. Ia mengajar kita agar tidak mudah berputus asa. Yakin dan percaya sehingga boleh jatuh cinta pada diri sendiri. Kecergasan itu adalah nilai disiplin yang tinggi, merangkumi semua aspek seperti masa, pemakanan, kehidupan dan rehat yang secukupnya.
Kecergasan mengubah kondisi badan saya secara ketara. Sama ada dari sudut rohani mahupun fizikal. Saya lebih yakin dengan diri saya yang sekarang. Saya tidak lagi membuang masa kerana disiplin mengajar saya untuk terus fokus ketika melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.
Rutin harian
Setiap pagi sebelum mandi, saya akan lakukan push up sebanyak 300 kali maksimum. Sarapan pula, lima biji telur bersama susu protein dan Nescafe. Berkenaan pemakanan pula, saya akan memakan lima hidangan sehari dengan pengambilan susu protein sebanyak tiga kali sehari. Pada malam hari, saya akan ke gimnasium untuk melakukan rejim kecergasan saya. Paling minimum, saya akan meluangkan masa selama satu jam di situ. Selepas itu, saya akan pulang ke rumah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Pencapaian
Wakil Malaysia dalam bidang peragaan badan. Saya mewakili Malaysia sebagai Mr Malaysia sebanyak dua kali pada tahun 2015 di Indonesia dan Filipina. Di Indonesia, saya memenangi johan kategori ‘Sukan’ dan tempat kedua kategori ‘Public Speaking’.
Di Filipina pula, saya naib juara daripada 27 buah negara. Saya memenangi empat gelaran dari lima gelaran yang dipertandingkan iaitu best ‘Beach Wear’, ‘Best Suit’, ‘Best Swimwear’ dan yang paling saya bangga hasil usaha keras saya selama dua tahun, ‘Best Body Physic’.
Inspirasi
Bapa saya, Tony Suaib. Tanpa beliau, saya tidak wujud. Dia seorang yang tidak pernah kenal putus asa dan sifat itu mengajar saya supaya kekal berdisiplin dan fokus untuk berjaya. Yang kedua, bapa angkat saya, Dato’ Mahadzir Lokman. Dia tidak pernah jemu memupuk dan menasihati saya untuk terus berjaya.
Tip kecergasan untuk bapa baru
Bersenamlah di rumah atau pun mengubah waktu bersenam pada siang hari supaya boleh meluangkan masa pada waktu malam bersama keluarga. Mencari pusat senaman yang berdekatan dengan rumah, kita tidak tahu jika tiba-tiba berlaku kecemasan di rumah. Pemakanan seimbang harus selari dengan aktiviti kecergasan untuk tubuh badan yang ideal.
Perancangan
Membuka sebuah gimnasium yang berkonsep, ‘Sport, Fitness & Cafe’, di mana ia menyediakan kemudahan seperti gimnasium, futsal, badminton dan cafe (hidangan sihat) di bawah satu bumbung. Saya harap ia menjadi rumah kedua kepada semua pengamal kecergasan dan sukan di luar sana. Harapan saya supaya saya dapat menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk berjaya dalam arena kecergasan ini. Stay believe, stay humble, stay positive and stay focus !
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata lelaki kacak selalu menjadi pilihan wanita?
Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup. Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.
Kajian Bukti LELAKI Kurang Kacak Lebih Dipilih Wanita, Lebih Bahagia Hidup!
Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.
Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.
Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia. Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.
Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.
Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.
Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan? Terimalah dengan redha.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak sangat tanggapan, ada yang mengatakan bersenam di atas treadmill tidak bagus, namun bagi kami suatu perkara itu jika dilakukan secara keterlaluan pasti akan mendatangkan kesan negatif. Lakukan senaman di atas treadmill secara berkala dan ia sangat selamat dan membuatkan jantung anda lebih sihat dan cergas! Jom bersenam!
Berjalan atau berlari di atas treadmill adalah salah satu senaman yang baik untuk kesihatan kerana ia meletakkan tekanan yang kurang pada badan berbanding berjalan atau berlari di permukaan luar yang rata.
Selain itu, treadmill juga menawarkan maklumat untuk membantu pengguna menentukan berapa banyak senaman yang boleh dilakukan, jarak larian dan kadar kalori terbakar.
Tidak hanya untuk senaman, treadmill juga boleh digunakan untuk pemantauan kadar degupan jantung dan tekanan darah bagi pesakit yang berada dalam kesihatan yang kurang baik atau mempunyai masalah jantung.
Treadmill sangat berguna dalam proses diagnosis penyakit jantung, penyumbatan arteri koronari, dan isu-isu jantung lain. Tubuh seseorang tidak boleh menunjukkan tanda-tanda penyakit jantung atau tersumbat sehingga ia diletakkan di bawah tekanan. Dengan menggunakan treadmill, tubuh yang berada di bawah tekanan larian akan menunjukkan segala tanda penyakit.
Ujian treadmill bukan sahaja boleh dilakukan ke atas pesakit yang mengalami simptom masalah jantung, tetapi juga untuk mereka yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi.
Senaman aerobik seperti senaman treadmill dapat memperbaiki peredaran darah di dalam badan dan membantu menurunkan tekanan darah dengan menguatkan jantung. Ia juga membantu melindungi daripada penyakit salur darah dan penyakit jantung dengan mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah dan meningkatkan tahap lipoprotein ketumpatan tinggi.
Dengan hanya berjalan atau berlari menggunakan treadmill selama 30 minit sehari untuk lima hari seminggu sesiapa sahaja dapat mengelakkan diri daripada penyakit jantung.