Majlis Perkahwinan Putera Harry Dah Meghan Markle Ibarat Tonton Cerita Dongeng. Tahniah

Share

Siapa sempat tengok majlis perkahwinan diraja petang semalam. Jika anda peminat setia keluarga diraja England, anda pasti tahu yang anak ke dua mendiang Puteri Dayana Putera Harry telah pun selamat berkahwin dengan aktres Hollywood Meghan Markle. Jika anda menonton siaran langsung majlis tersebut, pasti anda akan sebak dengan keindahan Harry dan Maghan.Rata-rata yang menonton, melihat mimic mulut Putera Harry yang berkata “You look Amazing” cukup untuk membuktikan bahawa adik kepada Putera William itu bahagia dengan perkahwinan yang bakal ia tempuh.

 

Pasangan pengantin ini akan memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex. Terdahulu rakyat England berkumpul di perkarangan gereja St. George di England untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja ini yang dihadiri 600 para jemputan, 30 daripadanya merupakan keluarga diraja. Putera Harry 33 tahun dan Meghan Markle 36 tahun telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan  setelah bertemu dalam temu janji rahsia awal tahun lepas. Meghan merupakan seorang janda kepada penerbit Trevor Engelson, dan telah bercerai pada tahun 2011. 

 

Tahniah buat pasangan ini!

 

*sumber: Skynews

Published by
Maiya Deen