Siapa sempat tengok majlis perkahwinan diraja petang semalam. Jika anda peminat setia keluarga diraja England, anda pasti tahu yang anak ke dua mendiang Puteri Dayana Putera Harry telah pun selamat berkahwin dengan aktres Hollywood Meghan Markle. Jika anda menonton siaran langsung majlis tersebut, pasti anda akan sebak dengan keindahan Harry dan Maghan.Rata-rata yang menonton, melihat mimic mulut Putera Harry yang berkata “You look Amazing” cukup untuk membuktikan bahawa adik kepada Putera William itu bahagia dengan perkahwinan yang bakal ia tempuh.
https://www.youtube.com/watch?v=yDk8-t3pYe0
Pasangan pengantin ini akan memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex. Terdahulu rakyat England berkumpul di perkarangan gereja St. George di England untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja ini yang dihadiri 600 para jemputan, 30 daripadanya merupakan keluarga diraja. Putera Harry 33 tahun dan Meghan Markle 36 tahun telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan setelah bertemu dalam temu janji rahsia awal tahun lepas. Meghan merupakan seorang janda kepada penerbit Trevor Engelson, dan telah bercerai pada tahun 2011.
Tahniah buat pasangan ini!
*sumber: Skynews
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih & Jaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu, Barulah Pakai Nampak Lebih Segak
Rasanya tidak sah seorang lelaki tidak memiliki sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang kemeja. Ia adalah item gaya atau fesyen yang cukup ‘essentials’ dalam hidup seorang lelaki.
Amat janggal kalau seorang lelaki itu terutamanya yang bertugas dalam profesion profesional tidak mempunyai kemeja.
Kemeja kini bukan sahaja untuk acara formal atau ke pejabat semata. Ia kini menjadi item fesyen yang cukup signifikan dalam penampilan lelaki.
Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.
Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.
BACA: Rupanya Ada Cara Nak Pakai Baju Kemeja Biar Nampak Lebih Kemas & ‘Smart’!
Elak pakai kolar ketat
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja
Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi.
Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.
White button down shirt satu kemestian
White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah.
Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.
Basuh dengan tangan
Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.
Elakkan pakai kemeja button down
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
Bijak memadankan kemeja
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap.
Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET
Sentuhan Balmain: Kali pertama rekaan Olivier Rousteing ditunjukkan untuk The Paris Opéra
The Paris Opera. Apa yang menjadikan ia begitu disanjung? Kata mereka, ini adalah pengertian definisi seni yang sebenar. Perjalanan jenama fesyen yang berpengaruh ada hubung kaitnya dengan The Paris Opera. Kejayaan mereka meletakkan satu nilai tinggi dalam penjenamaan jenama fesyen memberi inspirasi kepada mata yang melihat. Sebut sahaja barisan jenama seperti Coco Chanel, Yves Saint Laurent, dan Christian Lacroix. Semuanya pernah berkolaborasi bersama rumah opera yang klasik ini. Mencipta karya yang agung, sukar di telan dek zaman, sentiasa kukuh dalam melebar sayap aspirasi memberi sejuta angin inspirasi, khususnya kepada mereka yang memahami erti seni dalam seni.
Kali ini, giliran pereka muda Olivier Rousteing mengorak langkah dalam mengemudi jenama Balmain, yang sememangnya dilihat sebagai jenama yang meraikan kekuatan wanita. Kendiri. Ini peluang besar buat dirinya dalam membawa selangkah lagi untuk mara kehadapan.
Kostum yang dihasilkan sarat dengan perincian yang begitu mewah. Highly intricate! Sudah pasti ia lebih dikenali sebagai Balmain. Rekaan eksklusif jaket dalam warna kegemaran Rousteing, beige-nude dan diperincikan lagi dengan pearls, beading and sequins. Impak yang menakjubkan! Penari lelaki menyarungkan tights, dan sosok kaki mereka diserlahkan dengan kilauan kristal yang diletakkan satu persatu, sementara penari wanita memakai baju balet (leotards) yang berkilat. Secara amnya, nukilan seni ini, adalah untuk mengingati kembali koleksi rekaan Balmain musim luruh tahun 2012, yang diinspirasikan daripada Fabergé eggs.
“Saya mahu jadikan rekaan ini se-glamor mungkin kerana itu yang saya inginkan,” kata Rousteing.
Pengarah kreatif Balmain, Olivier Rousteing bersama koreografer, Sébastien Bertaud sama-sama saling mengagumi dengan karya kerja masing-masing. Mereka mengorak kejayaan mereka dalam gaya yang sama. Apabila Bertaud membuka bicara untuk meminta Rousteing menghasilkan rekaan kostum yang bakal digunakan untuk projek kerja baru nya, ia adalah tanda sejarah bakal tercipta dalam dunia fesyen. Projek terbaru Bertaud, Renaissance berdurasi 27 minit tarian balet bersama 22 orang penari, semuanya bakal menyarungkan rekaan kostum dari Balmain. Brilliant!
Kolaborasi ini melibatkan kompromi untuk kedua-dua belah pihak. Walaupun Rousteing pernah bekerja dengan barisan nama hebat dalam dunia seni/hiburan, namun balet adalah sesuatu yang baru baginya.
“Sudah jelas, apabila kamu menyarungkan rekaan kepada Beyonce ataupun Rihanna, ia tidak punya perasaan yang sama. Movement yang berbeza.”
Pada mulanya dia mahu rekaan kostum nya ini sama seperti rekaan koleksi dalam pentas fesyen, tetapi disebabkan kerana berat dan bertekstur ia terpaksa diselaraskan supaya penari boleh bergerak bebas. Para penari juga bersikap lebih terbuka dan senang untuk bekerjasama. Berkompromi. Apabila mereka cuba menyarungkan jaket pada penari, semua penari menerima dengan sebaiknya dan bersungguh untuk memakainya.
“Tidak mengapa. Saya okay saja. Bagi saya bila saya menyarungkannya, seolah saya terbang bersama rekaan kamu,” jelas penari kepada Rousteing.
“Saya sukakan sikap mereka. Positif. Mebuatkan semua berasa aura yang sama,” kata Rousteing.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Trik Penggayaan & Cara Berfesyen Lelaki Kurus Agar Nampak Lebih Berisi
Mungkin anda fikir, lelaki kurus mudah untuk berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya anda silap kerana lelaki bertubuh begini juga berdepan dengan masalah dalam stail fesyen mereka.
Ini kerana, jika anda tersilap menggayakan pakaian boleh menampakkan lelaki kurus bertambah kurus dan sekeping.
Untuk mengelakkan lelaki kurus nampak melayang-layang, pastikan anda mempraktikkan panduan penggayaan ini agar penampilan anda nampak lebih smart.
1. ELAK GUNA BAJU KOLAR V
Jangan menggunakan baju berkolar V kerana ia akan menampakkan tulang anda lebih menonjol. Pilihlah pakaian berkolar tinggi atau turtle neck kerana ia akan menutupi tulang di sekitar leher anda.
2. GUNA BAJU BERLAPIS
Pakailah baju berlapis atau kombinasikan dengan beberapa baju untuk memberi ilusi tubuh badan anda nampak lebih berisi. Contohnya anda memakai t-shirt, dilapisi dengan jaket varsity atau kemeja yang besar sedikit di bahagian luar mengikut keselesaan anda. Namun pastikan anda memakai baju berlapis sesuai dengan keadaan cuaca. Elak memakai baju berlapis sekiranya cuaca sedang panas terik.
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk anda yang bertubuh kurus, sesuai memakai pakaian berpotongan slim fit kerana ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat! Elak memakai pakaian skinny fit kerana ia jelas menampakkan tubuh anda yang semakin kurus.
4. ELAK MEMAKAI PAKAIAN YANG LONGGAR
Pakaian longgar sememangnya membuatkan anda rasa lebih selesa namun ia tidak sesuai dipakai oleh orang bertubuh kurus kerana ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi orang mengatakan bahawa pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus tapi sebenarnya tanggapan itu salah.
5. GUNA AKSESORI YANG SESUAI
Pilihlah aksesori berukuran sederhana sama ada tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk tubuh kurus. Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda gaya anda akan kelihatan tidak kena.
6. ELAK MENGGUNAKAN CORAK MENEGAK
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak pada gaya fesyen anda. Seeloknya pakailah baju yang bercorak melintang bagi memberi ilusi tubuh anda lebih berisi.
7. PILIH PAKAIAN BERWARNA LEBIH CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan orang bertubuh kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan pemakaian berwarna gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, pakailah warna kelabu ataupun coklat terang untuk penggayaan anda.
Follow Instagram MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI