Di barat pakaian rasmi bagi lelaki ialah tailcoat, dinner jacket dan morning suit. Sementara pakaian rasmi lelaki di Malaysia adalah baju Melayu dan kemeja batik. Bagi yang naik pelamin sebagai raja sehari, mereka akan mengenakan baju Melayu manakala untuk majlis jamuan pula dinner jacket selalunya menjadi pilihan.
Dalam kod berpakaian, jika tertulis pada kad jemputan anda – Pakaian; Black Tie, ia bermaksud Tuksedo.
Pemakaian Tuksedo punyai tradisi tersendiri. Sama ada Tux dipakai ketika hari perkahwinan ataupun majlis-majlis rasmi, terdapat beberapa tatacara yang perlu diberi perhatian ketika menggayakannya bagi pastikan anda tampak cukup segak dan tidak canggung ketika makai Tuksedo.
Tuksedo merupakan harta warisan pakaian Darat. Di Perancis dan England ia dikenali sebagai dinner jacket atau d.j, manakala di German dan Itali pula sebagai Smoking Jacket.
Menurut lagenda Tuksedo telah direka oleh the Duke of Sutherland. Ia dibuat dalam warna biru kelasi atau hitam, kolar sebai (shawl collar) ataupun lapel dilapisi (lined) dengan sutera. Manakala seluar potongan lurus (straight pants) dengan jalur sutera di sisi seluar.
Ia digayakan mengikut cita rasa individu, boleh dipakai dengan bengkung (cummerbund) atau vest. Manakala warna, fabrik dan reka corak terpulang kepada si pemakai asalkan tidak keterlaluan.
Ads
Padanan kemeja putih (white dress shirt) dengan butang yang tersembunyi (hidden button panel) adalah wajib, namun begitu versi kemeja dengan sulaman dan ropol (ruffles) juga punyai tarikan yang tersendiri. Pilihlah bow (tali leher kupu-kupu) hitam atau selaraskan dengan warna vest (rompi) atau bengkung anda. Pakaian ini dilengkapi oleh kasut kulit hitam berkualiti tinggi (high-quality) dan stoking sutera.
Dalam kod berpakaian, jika tertulis pada kad jemputan anda – Pakaian; White Tie atau Cravete Blanche, ia bermaksud The Tailcoat (kot bajang).
Ia merupakan kot rasmi malam, berlapel bucu runcing yang ditrimkan fabrik satin atau grosgrain. Bahagian hadapannya paras pinggang dan belakangnya pula meruncing ke paras paha yang menyerupai ekor burung layang-layang.
Ads
Pada hari ini, tailcoat hanya digayakan dalam warna hitam. Padanan seluar dengan dua jalur sutera di sisi, rompi (vest), white dress shirt with fold-over collar dan cuff links, stoking sutera hitam dan kasut kulit patent, serta bowtie putih sebagai pelengkap gaya.
Apa pun perlu diingat, apabila mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda melihat ia secara keseluruhan (the whole look). Tuxedo, tailcoat, suit, jaket. kemeja, bowtie, seluar dan kasut anda mungkin berkualiti dan daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan di antara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan (overall effect).
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan lelaki kadangkala tidak terlalu cerewet dalam memilih warna pakaian. Apa yang tersarung di badan dan nampak sesuai itulah yang kita pakai.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat beberapa padanan warna yang bukan sahaja mampu menigkatkan tahap penampilan tetapi memberikan tanggapan yang lebih positif kepada anda?
Warna memainkan peranan sangat penting. Itu sesuatu perkara dalam fesyen yang tidak dapat kita sangkal.
Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.
Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.
Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawha ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian formal tetapi untuk pakaian kasual setiap hari.
Jom ikuti padanan warna terbaik untuk lelaki!
BIRU NAVY & PUTIH
Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih meurpakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu. Sebagai contoh padanan jaket navy dan seluar warna putih atau coklat pastinya membuat si jejaka lebih elagan.
HITAM & KELABU
Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin.
Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual.
COKLAT & KRIM
Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan warna kot atau blazer berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.
COKLAT & BURGUNDY
Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.
KELABU & PINK
Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!
Gabungan Warna Yang Perlu Anda Elak!
Merah & hijau
Merah & orean
Hijau & oren
Coklat & hitam
Ungu & kuning
Semoga perkongsian ini mampu membantu penampilan anda jadi lebih menarik!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Apa yang membelenggu fikiran manusia hari ini? Masa hadapan yang tidak ketentuan, krisis dunia yang tidak berakhir, peperangan tanpa batasan, campur kuasa politik mengugat rakyat sejagat, menyebabkan beberapa implikasi pada dunia, juga ketamadunan manusia hampir musnah dek mengejar kepuasan diri.’
Pentas fesyen lelaki untuk musim Fall/Winter 2017 kali ini membincangkan segala krisis yang berlaku dengan mempersembahkan koleksi rekaan yang berbalik kepada asas. Lebih logik dan relevan dalam penghasilan reka bentuk pakaian, barisan pereka seakan melupakan seketika era rekaan yang glamor dan penuh warna-warni. Kali ini ia lebih bercerita mengenai hati mereka sendiri dan disampaikan dengan gaya artistik melalui penghasilan koleksi mereka.
ELIT
Kesibukan wargakerja di Wall Street menganalisis saham, pengendali pemasaran mengerah idea di Leo Burnett serta kemegahan legasi Trump dalam mengemudi dunia perniagaan menjadi kunci utama barisan pereka menghasilkan rekaan ala business wear ini. Namun, dengan mencedok sedikit elemen moden, mewah persis normcore, workwear yang direka dalam pentas F/W 17 kali ini lebih berbeza dengan siluet kemeja yang lebih besar, jua pemakaian tali leher satin potongan lebih panjang juga berkonsepkan ala misteri dari segi keseluruhan penggayaan. Mungkin tampak sedikit tidak terurus / tidak formal, namun gaya ini adalah gambaran komuniti Wall Street pada hari ini, berbeza dari tahun 1985. Potongan seluar yang sedikit besar dan lebar juga antara percaturan dalam imej business class ini.
NORMCORE – THE SPECIAL NORMAL
Gabungan perkataan ‘normal’ dan ‘hardcore’ ini membawa maksud menjadikan sesuatu yang biasa itu lebih eksklusif. Seiring peredaran dunia fesyen yang kianrancak, permintaan dari masyarakat khususnya yang tidak terlalu mementingkan gaya fesyen inginkan sesuatu yang simple, casual dan clean. Maka lahirlah konsep normcore ini dengan idea menggabungkan ceraian produk dan menjadi satu gaya yang lebih minimal namun tampak mahal. Bukan semua orang ingin kelihatan glamor setiap masa, dan normcore ini adalah idea trend terbaik untuk anda yang mahukan gaya santai tapi eksklusif. Apa yang penting, anda haruslah punya ilmu suai padan yang lebih ekstrem!
MERAH
Merah kali ini bukanlah simbolik kepada percintaan. Malah lebih memfokuskan kepada elemen keberanian juga semangat tegar dalam diri setiap individu. Pastinya rona merah ini menjadi pilihan kaum Adam hari ini untuk tampil lebih berkeyakinan dan segak. Bukan itu sahaja, malah simbol kepada elegance juga dapat dilihat dari pemakaian warna merah ini. Bukankah rona merah ini pelengkap gaya yang terbaik untuk anda? Barisan pereka seperti Dior Homme dan Balenciaga antara yang mempertaruhkan rona merah sebagai elemen bonus dalam rekaan koleksi mereka.
SENI DALAM REKA
Tidak lari elemen seni dalam rekaan yang menarik. Pentas F/W 17 kali ini menyaksikan barisan pereka memfokuskan corak seni dalam menjadikan ia sebagai elemen utama setiap helaian. Warna, simbol, corak geometri avant-garde, serta craftsmanship yang lebih teliti dan kemas antara penyebab utama konsep ini diterima ramai. Biarpun dilihat seperti hasil kerja pelajar, namun ia diadun dengan unsur eksklusif, sekaligus menjadikan ia cebisan idea yang mewah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita kini sudah memasuki minggu akhir bulan puasa dan tidak lama lagi akan meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas ramai di antara kita tidak dapat pulang beraya selama dua tahun berturut-turut keterujaan untuk beraya pada tahun ini memang luar biasa. Lihat sahajalah pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai mencari pakaian raya.
Selain pakaian baru pastinya anda mahu kelihatan lebih kacak dan menarik di pagi Hari Raya. Salah satunya ialah dengan memotong rambut dan mendapatkan gaya potongan menarik.
Namun sebelum nak potong rambut tu ada perkara perlu anda berikan perhatian. Paling penting kena pastikan gaya dipilih itu sesuai dengan bentuk wajah!
Jadi buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan anda kena dengan gaya dan bentuk muka.
1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Semoga gaya raya anda tahun ini mantap dan kacak! Selamat mencuba ya.
Jangan lupa subscribe YouTube dan juga follow Instagram MASKULIN untuk update menarik terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.