Gaya Hidup

Main Game Sampai Mudaratkan Diri? Paling Tak Boleh Terima Ada Yang Mati Sebab..

Share

Tak kisahlah kalau anda seseorang yang gila bermain game sampai tak ingat dunia sekali pun tetapi kalau boleh selepas ini, cuba-cubalah jangan sampai memudaratkan diri.

Ini kerana di seluruh dunia ada manusia-manusia yang aneh serta terlalu obses pada game sehingga mengabaikan kehidupan sedia ada yang lebih menyeronokkan.

Lebih sadis lagi, ada juga di antara mereka mempertahankan keegoan tersebut untuk tidak berganjak daripada bermain game namun akhirnya, ada yang kehilangan nyawa.

Berikut adalah 10 kisah manusia yang ghairah bermain game di seluruh dunia sehingga ada yang menyebabkan kematian dan kematian mereka dikutuk oleh warga manusia yang masih hidup :

1. Lee Seung Seop ditewaskan oleh Starcraf (2005)

Starcraft merupakan permainan multiplayer online di mana anda akan memberi perintah pada para askar dan menyertai sebuah pertempuran yang melibatkan pasukan askar lain yang juga  dikendalikan oleh orang lain. Permainan tersebut sangat popular sehingga ada dalam kalangan pemain menjadi gamer yang profesional sehingga mampu meraih pendapatan $100,000 setahun hanya dengan permainan tersebut. Starcraf menyebabkan orang ramai menjadi gila untuk mencubanya dan salah seorang pemainnya, Lee Seung Seop mati sewaktu bermain game tersebut akibat masalah jantung yang berpunca daripada akibat selalu terkejut.

2. Remaja 18 tahun maut gara-gara mesin arcade

Peter Burkowski, 18, merupakan seorang pelajar gred ‘A’ di sekolahnya. Pada suatu hari, dia bermain mesin arcade sehingga mendapat skor yang sangat tinggi. Sewaktu dia cuba untuk beralih bermain mesin arcade yang lain, dia pengsan secara tiba-tiba. Pakar perubatan mengesahkan dia terkena serangan jantung akibat tisu otot yang aktif secara mendadak. Berkemungkin berlaku sewaktu dia bersungguh-sungguh ingin memenangi permainan tersebut.

3. Padah jual pedang virtual milik rakan

Qiu Chingwei meminjamkan pedang Dragon Sabrenya yang ada dalam game online ‘Legend’ kepada rakannya, Zhu Caoyuan. Ketika itu ‘Mobile Legend’ pun belum ada lagi. Zhu bersikap tidak jujur dan mengambil peluang yang ada menjual pedang tersebut pada harga $675 kepada pemain lain. Berang dengan peristiwa itu, Chingwei telah menikam Zhu dengan pisau sebenar dan dia akhirnya didakwa telah membunuh Zhu. Bermula dari saat itu, Chingwei menjalani hukuman penjara seumur hidup dan hanya akan dikurangkan hukuman kepada 15 tahun jika berkelakuan baik.

4. Bunuh diri gara-gara Everquest

Kisah ini masih diperdebatkan sehingga hari ini namun ceritanya, Shawn Wolley yang berusia 21 tahun pernah bermain game online Everquest ini sehingga berjam-jam lamanya sebelum membuat keputusan untuk menembak dirinya sendiri sehingga mati di hadapan komputernya. Ibunya menemui Shawn di biliknya dalam keadaan game masih terpasang tetapi gagal menemui motif mengapa Shawm bertindak demikian.

5. Anak 13 tahun mahu temui rakan di alam kematian

Bahana ketagih dan terpengaruh dengan dunia game World of Warcraft, seorang remaja lelaki, Xiao Yi berumur 13 membuat keputusan nekad untuk melompat ke bawah dari tingkat 24. Xiao juga sempat menulis pesanan terakhirnya menerusi karakter yang dimainkannya itu. Katanya, dia sangat berkeinginan untuk menemui tiga lagi rakan gamersnya di alam kematian. Pernah juga si ayah bertanya tentang keghairahannya itu, Xiao cuma menjawab, kalau dia sudah dipengaruhi dengan game, dia sukar untuk mengendalikan dirinya.

6. Bunuh nenek sebab nak beli level-up

Pada tahun 2007, seorang lagi remaja berusia 13 tahun, Dinh The Dan telah membunuh seorang nenek berusia 81 tahun dan mencuri duitnya. Tujuannya adalah untuk membolehkan dia unlock items yang dikehendaki serta level-up dengan lebih pantas. Polis Vietnam melaporkan remaja tersebut mengikat nenek itu sebelum menanamnya di dalam timbunan pasir di hadapan rumahnya.

7. Ayah bunuh anak kerana Xbox rosak

Tyrone Spellman, 27,sudah lama bermain Xboxnya namun apabila anak gadisnya yang berusia 17 bulan secara tidak sengaja tertarik beberapa kabel sehingga Xbox itu jatuh dan rosak, Tyrone benar-benar naik angin. Apa yang dia lakukan? Dia menghentak puterinya itu sehingga retak tengkorak serta patah lengan. Sadis!

8. Bunuh ibu kerana Halo 3

Setelah ayah dan ibu kepada Daniel Petric, 17, merampas CD game Halo 3 yang dibelinya, Daniel secara senyap-senyap mencarinya semula. Dia mencari CD tersebut sehingga ke satu laci dan dalam laci tersebut terdapat sepucuk pistol 9mm. Daniel mengambil semula game itu beserta pistol yang ditemuinya lalu menuju ke ruang tamu. Daniel membuat helah kononnya ingin memberi kejutan dan meminta ibu bapanya memejam mata namun tidak disangka-sangka, Daniel menembak kepala ibunya. Mujur ayahnya terselamat namun menghadapi beberapa kecederaan.

9. Bayi dipukul dengan game controller sehingga mati

Seorang lelaki, Harve L. Johnson telah memukul seorang bayi berusia dua tahun, Darisabel Baez dengan menggunakan game controller. Menyedari Darisal tidak bernyawa, dia sempat mandi terlebih dahulu kononnya menemui Darisal tidak sedarkan diri selepas mandi. Darisal dibawa kepada kekasihnya (ibu Darisabel) namun tangkapan berjaya dibuat pada April 2008.

10. Bunuh polis kerana GTA

Devin Moore telah membunuh sekumpulan polis dan melarikan trak polis. Perbuatannya itu dikatakan tercetus akibat pengaruh game popular dunia, Grand Theft Auto (GTA). Dia merampas sepucuk pistol daripada seorang anggota polis yang bertugas dan menembak tiga lagi yang lain sebelum melarikan diri. Sewaktu ditahan, dia berkata hidupnya sudah menjadi sebuah permainan video game dan pihak polis pasti mati di tanganya. Takutnya!

Published by
Akyem Samad