Adakah anda penyokong tegar pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool? Jika ya, anda harus tahu bahawa pada 23 Februari hadapan akan berlangsungnya Ultimate Reds Battle Fun Run 2019.
Acara yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dijangka akan menyaksikan seramai 5,000 penyokong kedua-dua pasukan berentap dalam aktiviti larian.
Larian? Mengapa bukan permainan bola sepak?
Menjawab persoalan di atas, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Fivers Global, Rabiatul Adawiyyah Izzadin mewakili pihak penganjur memaklumkan, objektif utama Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 adalah berteraskan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Fivers Global, Rabiatul Adawiyyah Izzadin
“Jadi, bukan sukan bola sepak sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturahim malah acara larian sebegini turut memberi manfaat yang sama,” katanya.
Lima manfaat melalui aktiviti larian
Ujar Ahmad Azman Ibrahim yang merupakan pengarah projeknya, selain peminat kedua-dua pasukan itu dapat bertemu dan membina jaringan rakan baharu, pihak penganjur berharap para peserta akan turut menikmati empat manfaat seperti :
Ads
Pengarah Projek Ultimate Reds Battle Fun Run 2019, Ahmad Azman Ibrahim
1. Berlari boleh mengeluarkan peluh
2. Membantu darah dalam tubuh mengalir lancar
3. Menyokong peserta yang sedang melakukan rutin untuk kuruskan badan
4. Menggalakkan orang ramai berlari demi kehidupan yang lebih sihat
5. Menguatkan sendi dan otot untuk berkerja dengan lebih baik
Ahmad Azman memberitahu, jika ada individu yang teringin untuk berlari tetapi berasa segan kerana ketiadaan rakan sebagai peneman, maka inilah masa yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Persiapkan diri dengan latihan asas
Dalam pertemuan yang sama, Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, peserta yang ingin menyertai Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 harus mempersiapkan diri dengan melakukan :
Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim
1. Latihan larian atau jogging paling kurang 10,000 langkah dalam masa sehari
2. Biasakan diri dengan aktiviti memanaskan badan untuk elak tubuh mudah cramp
3. Atasi kecederaan anggota tubuh yang boleh memberi kesan kepada larian
4. Utamakan kesihatan diri kerana kesihatan yang terjejas akan mempengaruhi rutin larian
5. Latihan boleh menguatkan jantung sekali gus melancarkan perjalanan darah
Ads
Dengan memastikan persediaan rapi sebegini dibuat, peserta yang menyertai larian yang dianjurkan akan kurang terdedah kepada risiko kecederaan pada saat-saat akhir.
Acara yang rare!
Menurut Editor Sukan Sinar, Izahar Atan, Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 merupakan sebuah acara sukan santai yang rare kerana ia melibatkan kedua-dua penyokong pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool.
Editor Sukan Sinar, Izahar Atan
“Semua orang tahu bahawa Manchester United dan Liverpool tidak pernah sebulu namun menerusi acara ini, kita memberikan gambaran yang sebaliknya.
Ads
“Menariknya lagi, seluruh dunia turut akan mendapat tahu bahawa Malaysia sedang mengajurkan sebuah acara sukan yang sangat berprestij,” katanya.
Boleh pilih 4 kategori yang diminati
Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 menawarkan empat kategori pilihan larian seperti 3km, 5km 10km serta virtual run.
Harga bagi setiap individu untuk tiga jarak tersebut adalah RM80 dan jika penyertaan adalah secara berkumpulan, kadarnya cuma RM75 sahaja bagi setiap orang.
Untuk virtual run pula, caj yang dikenakan adalah RM90 dan kesemua pendaftaran untuk kategori ini boleh dibuat menerusi laman www.ultimateredsbattle.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memilih kasut sukan atau kasut larian yang sesuai dan sempurna amatlah penting bagi mengelakkan kaki anda tercedera ketika melakukan senaman atau aktiviti.
Malah memakai kasut sukan yang menepati saiz dan bentuk kaki akan membuatkan langkah anda jadi lebih selesa.
Pastikan anda jangan main pillih je kasut sukan. Sebelum nak beli kasut sukan, perhatikan dahulu empat ciri-ciri ini agar anda dapat membeli kasut sukan yang berkualiti.
Pilih kasut sukan mengikut “saiz betul”
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut sukan yang ketat. Berkualiti macam mana pun kasut sukan anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda membelinya. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi, berhati-hatilah apabila memilih kasut sukan ye!
Cuba kedua-dua belah kasut
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza? Jangan pernah memakai sebelah kaki saja dan terus membeli kasut sukan tersebut. Takut nanti anda akan menyesal apabila balik ke rumah.
Lakukan penyelidikan asas
Sebelum anda ingin membeli kasut sukan, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas daripada pembeli lain. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut sukan itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall sudahnya tak kena cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.
Fahami trek dan aktiviti anda
Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut sukan mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut sukan yang berseuaian untuk aktiviti yang anda lakukan dalam bangunan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua memerlukan tidur untuk menjaga kecantikan, dan ternyata rehat malam yang baik sangat membantu keajaiban pada kulit anda. Apabila terlalu sering berjaga malam, adalah perkara biasa bangun pada waktu pagi dengan bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering. Bagaimana tidur oleh mempengaruhi kecantikan kulit anda?
Memburukkan keadaan kulit
Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, kadar kortisol atau tekanan anda secara semula jadi meningkat. Badan anda pada dasarnya memberi isyarat bahawa anda memerlukan lebih banyak rehat, dan pembebasan kortisol memburukkan keadaan sistem imun dan kulit kulit anda. Keradangan yang meningkat menerusi sistem badan anda, sehingga tidak dapat mengawalnya secara berkesan. Ini meninggalkan kulit yang lebih sensitif yang mudah terdedah kepada keadaan kulit seperti psoriasis dan ekzema.
Mempercepatkan penuaan
Semasa tidur yang yang lena, terdapat peningkatan hormon pertumbuhan yang membolehkan sel-sel baru untuk mengisi semula yang lama. Tanpa tidur yang lena atau kitaran REM, kulit anda tidak dapat sepenuhnya mendapat faedah penjanaan semula sel. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, sel-sel tidak disegarkan, mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diterbalikkan semalaman.
Merosakkan diet
Mengejutkan, tidur membantu mengekalkan berat badan anda, yang sebenarnya mempunyai kelebihan untuk kulit anda sebagai balasannya. Walaupun tidur membantu menjaga berat badan anda terkawal dengan regulasi badan, tidur dengan baik juga menghalang anda daripada mengambil makanan tidak sihat pada waktu malam. Apabila diet anda menjadi lebih sihat dan anda mula mengurangkan snek lewat malam, akhirnya anda akan membuang makanan yang berminyak dan makanan sampah yang menimbulkan kesan buruk pada kulit anda.
Mengeringkan kulit
Semasa anda tidur, badan anda mengimbangi tahap penghidratannya, membolehkan kulit memulihkan kelembapan yang diperlukan. Apabila anda tidak cukup tidur, penghidratan badan anda tidak seimbang di seluruh badan, menyebabkan kembung. Anda juga akan mendapati diri anda mempunyai bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering apabila anda tidak mendapat rehat yang berkualiti.
Anda dah bertekad untuk dapatkan bentuk badan sado? Dah bersedia untuk membakar lemak dan membentuk otot anda menjadi lebih cun? Artikel kali ini kami nak terangkan langkah demi langkah cara bagaimana latihan bina badan untuk orang yang baru nak bermula.
Jangan harapkan keajaiban berlaku dengan sekelip mata. Jangan harapkan anda boleh dapat bentuk badan yang cantik selepas sehari sahaja buat workout. Latihan bina badan mengambil masa dan anda perlu fokus dan konsisten dalam melakukan latihan bina badan yang betul. Berita baiknya adalah anda boleh dapat bentuk badan yang diidamkan dalam masa 6-12 bulan.
APA YANG PENTING DI SINI IALAH BELAJAR TEKNIK LATIHAN BINA BADAN YANG BETUL KERANA IA BOLEH MEMBAHAYAKAN DAN MENCEDERAKAN DIRI ANDA SEKIRANYA ANDA BUAT LATIHAN BUKAN DENGAN CARA YANG BETUL.
Sebagai orang baru, anda boleh buat latihan dengan lebih kerap berbanding dengan mereka yang dah lama dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, untuk orang yang baru, kerosakkan otot akan mengambil masa yang cepat untuk sembuh kerana kesan koyakkan masih baru.
Jangan risau dengan perkataan otot rosak. Ia adalah satu kebaikan untuk seorang ahli bina badan mendapat kerosakkan otot kerana ia akan menggalakkan badan untuk pulih dan seterusnya menyebabkan peningkatan pembentukkan otot untuk workout yang seterusnya. Ini adalah apa yang dinamakan bina badan – satu kitaran yang berterusan one-step-back, two-steps-forward, dan ulang berulang kali untuk minggu seterusnya.
Oleh kerana itu, tempoh rehat dan tidur adalah amat penting kerana semasa inilah badan akan berehat dan memulihkan otot yang rosak (two-steps-forward).
Jadi, selain daripada membuat latihan bina badan untuk setiap otot sekali seminggu, kami mencadangkan anda yang baru nak bermula dalam bina badan untuk menggandakan latihan untuk setiap otot dalam seminggu dan gandakan bermula dari situ.
Anda juga dicadangkan untuk memecahkan latihan bina badan kepada 2 hari: Bahagian Atas Badan (Upper body) kecuali otot perut pada hari pertama, bahagian bawah badan (lower body) beserta otot perut pada hari kedua.
Oleh kerana matlamat kita untuk melatih setiap bahagian otot 2 kali seminggu, anda boleh mulakan hari pertama dan kedua pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh.
Kemudian ulang balik latihan hari pertama dan kedua pada hari Khamis dan Jumaat, hari Rabu dan hari minggu peruntukkan untuk berehat. Mula balik kitaran latihan hari pertama dan kedua pada Isnin minggu berikutnya.
Matlamat kami dalam artikel ini adalah untuk mendedahkan kepada anda yang masih baru dalam bidang bina badan mengenai perkara asas yang perlu anda lakukan, jadi fokus kita adalah kepada senaman asas atau apa yang digelar oleh mat saleh sebagai classic exercises.
Setelah anda dah menguasai latihan yang ringkas ini, anda boleh beralih kepada latihan yang lebih mencabar dan fokuskan kepada latihan yang lebih mencabar otot.
Pada peringkat permulaan ini, adalah lebih penting untuk anda pelajari rentak latihan bina badan dan ambil feel setiap latihan berbanding terus angkat berat yang seberat yang boleh.
Kebanyakkan latihan seperti lat pulls dan kebanyakkan latihan angkat dumbbell, sebenarnya agak susah untuk target otot mana yang perlu anda tumpukan jika anda menggunakan berat yang berlebihan.
Mula dengan yang ringan dulu yang anda boleh angkat sebanyak 10-20 kali terlebih dahulu dan tambah berat selepas anda mendapat rentak.
Catit setiap perkembangan anda dari segi pertambahan berat beban dan pembesaran otot untuk rujukan anda dan untuk merancang corak latihan seterusnya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tip menantu lelaki tak kekok bergaul dengan mak mentua. Hubungan antara menantu lelaki dan ibu mentua sering jadi topik hangat. Ada yang mesra macam ibu dan anak sendiri, ada juga yang canggung dan serba tak kena.