Pengamal media Amerika Syarikat beragama Islam, Mehdi Hasan menubuhkan syarikat media digitalnya sendiri yang dinamakan Zeteo.
Organisasi berita berasaskan langganan itu memberinya kebebasan untuk berterus terang mengenai perkauman, fasisme, pembunuhan beramai-ramai dan banyak lagi, demikian kata Mehdi menerusi laporan Forbes.
Mengulas mengenai penubuhan syarikat ini, Mehdi yang pernah memenangi anugerah kewartawanan itu berkata “sudah tiba masanya untuk sebuah organisasi media baharu” yang disifatkan “tidak gentar”.
“Saya bukan seorang yang boleh duduk diam dan tidak mempunyai saluran di mana saya boleh mengatakan apa yang perlu saya katakan,” kata Mehdi.
Tambahnya, Zeteo bakal “membawakan temu bual yang berat dan analisis yang tidak berbelah bahagi yang anda tidak akan dapati di tempat lain”.
Ads
Meskipun menjadi wajah kepada syarikat baharu ini, Mehdi menegaskan yang Zeteo bukanlah mengenai dirinya sahaja.
“Ia mengenai membina sesuatu yang bertahan dengan pelbagai suara,” jelasnya.
Mahu Suarakan Kebenaran
Secara ringkas, Mehdi mahu memusatkan suara yang tidak didengari di saluran media arus perdana.
“Saya percaya terdapat keinginan untuk melihat organisasi media yang tidak segan mennyuarakan kebenaran, walaupun ia tidak selesa, walaupun ia mengganggu orang, walaupun ia menghalang akses, walaupun ia menjejaskan perancangan seseorang”.
Ads
Mehdi meninggalkan MSNBC pada Januari lalu setelah kira-kira tiga tahun mengemudikan rancangannya, The Mehdi Hasan Show di saluran itu.
Terdahulu, Mehdi berkhidmat sebagai penyampai berita di saluran Bahasa Inggeris Al Jazeera pada 2012.
Beliau kemudian melancarkan rancangannya di platform penstriman NBC, Peacock sebelum berpindah ke MSNBC.
Ads
Memetik laporan The Washington Post, nama Zeteo yang dipilih berasal dari perkataan Bahasa Yunani yang bermaksud “untuk mencari”.
Zeteo yang pakal dilancarkan sepenuhnya pada April itu akan menerbitkan rancangan penstriman mingguan iaitu Mehdi Unfiltered menampilkan Mehdi sendiri selaku pengacara, podcast mingguan dan penulisan dari pelbagai pelbagai penyumbang terkemuka.
Selalu kita dengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tapi usaha yang dilakukan oleh Syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut di contohi dan diberi pujian.
Ikea baru-baru ni memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah. Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.”Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Sumber : Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti semua sedia maklum kisah penahanan Datuk Farid Kamil berkaitan isu dadah, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis mendakwa tiga orang lelaki telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.
Antara yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Taj Innuendo atau Taj Addin, penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu Belaian Jiwa sekitar pertengahan 90-an.
Taj menulis di Facebooknya:
Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?
Diharap Taj bersabar, yang penting kini masyarakat tahu Taj tidak bersalah.
Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas. Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.
Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.
Farid mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.
Memiliki tubuh badan yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.
Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
Mengemop
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.