Mahu Berjaya Dan Kaya, Lelaki Perlu Buang 7 Perangai Ini Terlebih Dahulu

Share

MAHU BERJAYA DAN KAYA? SILA BUANG 7 PERANGAI INI!

 

1.BUANG KETAGIHAN PADA MEDIA SOSIAL

-Seluruh dunia di negara maju hadapi masalah berat ini. Ketagihan pada media sosial. Berapa kerap anda semak email, FB, Twitter, Whatsapp dan seumpamanya. Ini dah menjadi-jadi sekarang. Saya juga jadi macam tu sejak pakai telefon pintar ni. Dah jadi satu ketagihan sebenarnya, walaupun mungkin anda tak rasa macam tu.

-Latih diri dari sekarang dan pakai media sosial secara berdisiplin berdasarkan keperluan. Fokus pada hasil. Kalau tak ada hasil buat apa nak buka media sosial.

 

2.BUANG PERANGAI NAK AMBIL HATI SEMUA ORANG

-Strategi nak bagi semua orang suka tidak akan pernah berjaya. Anda terpaksa jadi hipokrit atau mengkarung yang sentiasa bertukar warna ikut keadaan setempat untuk buat semua orang suka.

-Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada sekumpulan lain pula yang meluat tak tau nak kata.

-Terima hakikat itu dan jalan terus. Itu lumrah kehidupan.

 

3.TINGGAL KAWAN YANG MINDANYA BERACUN

-Ada kawan yang kerjanya hanya nak kondem orang. Depan kita dia kondem orang lain. Banyak kemungkinan bila depan orang lain, dia akan kondem kita pula. Itu salah satu ciri orang yang punya minda beracun. Elakkan orang macam tu. Paling penting anda sendiri jangan dok jadi macam tu.

-Biasanya orang yang minda beracun ni punya karisma yang menarik. Mereka memang mudah didekati dan amat pandai sesuaikan keadaan.

-Orang minda beracun ni kerjanya lebih banyak kepada merungut, mengeluh, semuanya negatif, suka menghukum terus, ayat kesat, mencarut jadi mainan mulut, cepat panas baran, sentiasa berlakon jadi mangsa, terlalu banyak bercakap tapi kurang mendengar, potong ayat orang untuk sembur ayatnya yang beracun dan lain-lain lagi seumpamanya.

-Ada ramai yang akan tak selesa dengan saranan ini. Mereka rasa tak patut pilih kawan macam tu dan mahu bersikap cool habiskan masa dengan semua jenis orang. Kalau anda serius nak berjaya, jangan ikut sikap cool macam tu.

 

4.JANGAN CUBA JADI MANUSIA SEMPURNA

-Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. Kalau nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembak pun tak akan reti.

-Cara terbaik untuk jadi manusia sempurna adalah dengan tak buat apa-apa. Jadi tak akan berlaku satu pun kesalahan. Kalau anda ingat boleh bangga hidup tanpa buat salah, teruskan dengan dunia tak bergerak anda itu.

 

5.BUANG KEPERCAYAAN ADANYA FORMULA AJAIB

– Mohon maaf ! Buang perangai macam tu. Jangan percaya pada adanya formula ajaib.

-Semua kejayaan adalah gabungan ribuan kalau tak jutaan perkara kecil sedikit demi sedikit.

 

  1. BUANG PERANGAI CARI ALASAN

-Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar. Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi. Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.

-Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini. Latih diri cari jalan. Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.

 

7.BUANG GAYA HIDUP BURUK YANG TAK SIHAT

-Jaga badan anda baik-baik. jangan biarkan penyakit berkumpul padanya.

-Satu-satunya tempat paling penting di mana anda jalani kehidupan adalah di badan anda sendiri. Jadi tolonglah jaga sebaik mungkin.  Cuba sedaya upaya untuk hidup secara sihat. Bersenam, jaga makan dan jaga tidur.

 

Published by
Kim Rahim