Jika mahu membentuk otot dan sixpack, kena makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.