Jika mahu membentuk otot dan sixpack, kena makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
Ads
1. Tidur lebih nyenyak
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
2. Membentuk & memulihkan otot
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
Ads
3. Mencegah kemurungan
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
Ads
4. Mengecilkan pinggang
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
5. Menguatkan tulang
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
6. Perut kenyang lebih lama
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengapa ramai orang lebih cenderung dan selesa untuk bersenam di gimnasium? Setiap orang pastinya ada sebab1 mereka yang tersendiri.
Namun MASKULIN yakin antara sebab utama ialah keselasaan yang ditawarkan oleh gimnasium. Malah ia juga lengkap dengan pelbagai kelengkapan bersenam yang boleh membantu anda melakukan senaman.
Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman juga merupakan antara faktor utama mengapa ramai memilih untuk bersenam di gimnasium.
Apa perasaan anda jika sudah kerap bersenam di gimnasium tetapi hasil yang anda perolehi tidak sepeerti yang diharapkan. Apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja. Tapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri adakah anda melakukan senaman dengan betul?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab anda mendapat hasil yang baik bila bersenam.
Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.
SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG
Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.
TAK KONSISTEN
Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.
TAK JAGA MAKAN
Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masih ingat lagi ketika darjah satu, kita diwajibkan untuk menerima suntikan BCG. Jika masih ingat, pasti bahagian kiri bahu anda anda meninggalkan kesan parut sama ada besar atau kecil.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang parut BCG, tahu tak apa itu BCG. Doktor Zubaidi Hj Ahmad menerangkan bahawa BCG merupakan singkatan perkataan Bacillus Calmette Gurrain iaitu vaksin yang mengandungi sejenis kuman lemah yang tidak menyebabkan penyakit malah merangsang sistem imum badan untuk melawan penyakit Tibi.
Sewaktu kita dilahirkan, kita sudah diberi vaksin BCG dan sekali lagi semasa umur tujuh tahun, vaksin ini diberi semula jika pada lengan anak atau diri sendiri tidak mempunyai parut.
Selain itu, suntikan ini diberikan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit jangkitan Tubercule Bacillus (TB) yang mana ia berfungsi untuk melindungi kanak-kanak daripada menyerang paru-paru serta selaput otak.
Suntikan vaksin BCG diberikan sebagai suntikan intradermal pada bayi yang baru dilahirkan. Ini bermakna jarum suntikan itu harus memasuki lapisan antara dermis dan epidermis pada kulit.
JIka suntikan itu termasuk ke dalam sedikit iaitu lapisan subcutaneous, maka selalunya akan berlaku jangkitan kuman dan membentuk nanah. Dalam hal ini, rawatan harus diberikan.
Walaubagaimanapun tidak semua bengkakan nanah itu disebabkan oleh teknik suntikan yang salah. Ia adalah sebahagian daripada komplikasi yang berlaku semasa suntikan.
Apabila seseorang itu mempunyai parut yang besar akibat suntikan BCG ia adalah lebih baik daripada seseorang yang mempunyai parut yang lebih kecil selepas suntikan BCG. Parut suntikan telah menandakan seseorang itu mempunyai dayatahan immuniti dalam tubuhnya.
Jadi jangalah risaulah jika anak kecil dan juga diri anda yang mempunyai parut yang besar kerana itu adalah perkara biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengikut data di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, kanser prostat kini menjadi kanser paling banyak meragut nyawa golongan lelaki.
Malah di United Kingdom dianggarkan setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat menderita daripada kanser prostat. Ia merupakan sejenis penyakit yang cukup serius dan merbahaya bagi lelaki. Namun ramai tidak tahu bahawa kehilangan nyawa boleh dielak jika dikesan dan diberikan rawatan awal.
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
KENALI APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Ilustrasi: KKM
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
DEFINISI KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan sama ada anda mengakuinya atau tidak, ramai lelaki sebenarnya cukup risau dengan ancaman kanser prostat. Walaupun ada sesetengah yang cuba menafikan dan sedapkan hati namun jauh di sudut hati mereka tidak mahu berdepan penyakit tersebut.
Apa itu kanser prostat? Secara ringkasnya ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
FAKTOR PEMBENTUKAN KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Malah cara untuk mengelaknya juga masih samar.
Akan tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.
Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN di sini untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.