Tengok sahaja badan sixpack yang dimiliki oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Chris Evas, Chris Hemsworth dan The Rock pastinya anda berasa cemburu bukan?

Ingat, bukan wanita sahaja yang inginkan bentuk tubuh badan yang menarik. Lelaki juga begitu.

Tiada jalan singkat melainkan usaha dan disiplin dalam senaman dan menjaga pemakanan untuk mendapatkan body sixpack dan sado. Namun terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh anda amalkan untuk membantu mempercepatkan proses anda mendapat bentuk badan idaman.

Jadi apakah 5 jenis makanan dan minuman yang dapat membantu anda untuk membentuk otot sixpack?

Susu Coklat

Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Ads

Susu coklat dikatakan sangat baik untuk penjagaan tubuh badan agar kekal berhidrasi sepanjang masa. Ia dikatakan minuman terbaik selepas bersenam atau selepas melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fizikal. Penambahan coklat dalam susu pula nanti akan memudahkan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

Air Sejuk

Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Ia dikatakan sangat berkesan untuk membantu anda dalam usaha untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh. Ia membuatkan badan anda boleh bekerja untuk memanaskan suhu tubuh hingga dapat merangsang metabolisme kita ketika saat bangun dari tidur.

Ads

BACA: Sado Dalam 6 Bulan, Lakukan Senaman Bodyweight Ini Hanya Di Rumah!

Bayam

Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Bayam merupakan antara makanan paling baik untuk membantu anda dalam membina otot. Ia merupakan item utama bahan bakar otot kerana meningkatkan proses sintesis protein hingga mencapai sehingga 120%. Disebabkan itu, jaringan otot anda nanti akan mampu untuk memperbaiki dirinya sendiri.

Ads

Nenas dan betik

Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Kedua dua buah-buahan ini adalah sangat baik untuk meningkatkan proses penyembuhan otot. Ia dapat memecahkan protein yang telah diambil untuk proses pencernaan. Pembaikan tisu otot juga dapat dilakukan dengan lebih pantas juga melalui pengambilan buah-buahan tersebut.

Salmon

Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Salmon sebenarnya cukup bagus terutamanya untuk menjaga kesihatan jantung. Omega 3 yang wujud di dalam minyak ikan ini sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung seseorang lelaki itu. Pengambilan minyak ikan memang bagus jika diamalkan dalam pembinaan otot termasuk dalam bentuk kapsul atau dengan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI