Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia.
Tumbuhan ini dipercayai mempunyai nilai untuk ubatan dan digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.
Ketum juga dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja di bawah bahang mentari.
MENGAPA BILA AMBIL KETUM RASA TENAGA BERTAMBAH DAN TIDAK TERASA PENAT?
Ketum sebenarnya mempunyai molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini adalah sejenis molekul seperti opioid (indole-based opioid-like) yang bersifat agonis separa pada reseptor opioid. Daun ketum kering mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.
Menariknya, walaupun mitragynine adalah agen agonis separa bagi reseptor opiat, kompaun ini bersifat stimulan (pada dos yang rendah) ia dikatakan meningkat kesedaran dan kepekaan. Kompaun ini juga meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah. Sebab itu ia diambil untuk ‘pecah peluh’. (kerana degupan jantung tinggi, tekanan darah juga meningkat, badan akan rasa lebih hangat dan berpeluh).
Ia juga menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur. Mytraginine juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.
Pada dos yang tinggi ia akan menyebabkan keadaan depressan seperti opioid morphine, jadi ia boleh digunakan sebagai penahan sakit dan anti diarea. Orang yang mengambil ketum pada dos yang cukup tinggi, akan menyebabkan hilang kesedaran dan keadaan ‘stupor’. Jadi pengambilan ketum sangat bergantung pada dos dan keadaan toleran seseorang.
Ads
APA ITU OPIOIDS?
Molekul opioid adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opioid lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan analgesik dan mengurangkan pergerakan usus besar. Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional.
Ketum juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opiat yang lebih poten berbanding mitragynine.
BENARKAH TIADA KAJIAN TERHADAP KEBAIKAN KETUM?
Pelbagai kompaun menarik telah ditemui dan dikaji dari pokok ketum.
Ads
Contohnya kompaun-kompaun alkaloid seperti ajmalicine, mitraphylline, mitragynine pseudoindoxyl, dan Rhynchophylline.
Kompaun ajmalicine yang juga ditemui pada tumbuhan Kemboja cina (Catharantus roseus), Akar tikus (Rauvolfia serpentina) telah digunakan sebagai ubat darah tinggi (dipasarkan dengan jenama Circolene, Cristanyl, Duxil, Duxor, Hydroxysarpon, Iskedyl, Isosarpan etc).
PERLUKAH PENAMBAHAN BAHAN-BAHAN LAIN (UBAT NYAMUK, UBAT GEGAT, AIR BERKARBONAT, MINYAK LINTAH ETC) UNTUK MENDAPAT KESAN STIMULAN KETUM?
Tidak.
Kompaun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut.
Ads
Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol, ubat batuk, akar seruntun, buah pinang (sebagai contoh) untuk menghasilkan ‘rasa’ dan kesan yang diinginkan.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN KETUM
Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan.
Ramai yang menyangka ‘ketagihan’ seperti yang selalu digambarkan oleh drama dan filem – menggigil dan berpeluh-peluh, mengamuk dan hilang akal. Benar, tetapi ketagihan juga merangkumi kebergantungan kita pada bahan tersebut. Contohnya,kalau tak ambil ketum akan terasa letih, mengantuk. Malah keinginan yang kuat terhadap ketum juga adalah salah satu tanda-tanda ketagihan.
KETUM JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKSELESAAN, MENGGIGIL, DEPRESI, KESAKITAN OTOT DAN MENURUNKAN KEINGINAN SEKS.
Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, pengambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.
Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.
SUMBER : RootOfScience
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seringkali apabila bangun saja dari tidur, mata kita sering terasa kabur malah tidak bermaya. Mata adalah salah satu anggota badan yang penting dijaga kerana ia sangat sensitif dan mudah dijangkiti.
5 Tips Mudah Penjagaan Mata
1. Rehatkan mata
Setiap 10 minit selepas menggunakan komputer atau membaca , rehatkan mata dengan melihat objek lain seperti pokok. Fokus seketika kepada objek tersebut sekurang-kurangnya selama seminit.
2.Elakkan Aktiviti Yang Memberi Ketegangan Pada Mata
Kurangkan bermain permainan video atau apa sahaja aktiviti yang boleh memberi ketegangan pada mata. Hadkan aktiviti sebegini kepada tidak lebih daripada 1 jam dan hanya 2 kali seminggu.
3. Buat Senaman Mata
Ada banyak senaman mata yang boleh kita lakukan. Antaranya ialah menggunakan sebatang pensil atau menggerakkan mata seperti gambar di bawah.
4. Elakkan membaca atau melihat skrin komputer, telefon bimbit dalam cahaya yang samar. Dalam keadaan gelap, kita akan memaksa mata untuk lebih fokus dan boleh menyebabkan ketegangan.
5. Jaga pemakanan. Nutrisi yang cukup adalah penting untuk kesihatan mata. Antara makanan yang berkhasiat untuk mata ialah makanan yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C.
Dari hari pertama Tun M menjadi Perdana Menteri, rakyat memulakan lembaran baru dalam kehidupan. Macam dapat nyawa baru. Apabila Tun M mansuhkan GST dan dedah 1MDB, lagilah semua netizen melonjak gembira. Kalau hari tu Maskulin kongsikan betapa hebatnya rakyat mengendalikan “jenama phone” Agong. Kali ini mereka tidak terlepas dengan membelek setiap gambar viral Tun M pula. Banyak juga perkara yang mereka jumpa. Dan apa yang menariknya, mereka nak beli semua yang dipakai oleh Tun M tu. Hebat tak hebat penangan Tun M ni. Ini antara barangnya:
Berocca
Jangan tipulah, berapa kerat je rakyat Malaysia yang rajin makan supplement dan produk kesihatan. Tapi aneh betul, apabila gambar ini viral di media sosial. Mata mereka tertancap pada jenama ubat yang dimakan oleh Tun M. dengar cerita sold out dekat farmasi.
Berocca merupakan supplement mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau diambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:
-tingkatkan stamina
– tingkatkan konsentrasi dan mental performance seseorang
Dulu kalau Tun M bawak pen, sorang pun tak kesah. Tapi kalau anda benar-benar fans tegar Tun M, pastinya anda akan nampak setiap kali Tun M berjalan, pasti ada pen di selitkan di poket bajunya atau di celah butang bajunya. Pen ni murah je, RM 4.30 Sahaja! Include GST! Kalau tak ada GST RM 4.00 SAHAJA! Nak beli mahal-mahal buat apa, dakwat dia color yang sama juga kan?
Selipar Bata
Siapa pandang selipar Bata lagi hari ini? Tapi setelah Tun M dilihat memakainya, Bata high rank balik gais! Netizen mula mencari selipar yang disarung Tun M pula kali ini. Mungkin Bata dah boleh keluarkan Special Edition? Haha
Brands Outlet
Handbag apa tu? Hermes ke? Beli baju dekat ZARA ke? Tun M beli baju dekat Brands Outlet je uoulsss! Seorang perdana menteri, yang gajinya berpuluh ribu ini hanya shopping di Mall biasa bukannya Pavilion. Sentap tak? Bak kata Tun M, beli harga handbag dengan harga bawah RM 50 dan isi handbag itu dengan 1K.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
9 selebriti antarabangsa ini melakukan pelbagai cara dan teknik untuk berhenti untuk merokok. Patut diberikan pujian ni..
1. Cameron Diaz
Teringat pula kami pada lakonannya dalam filem Bad Teacher. Mungkin anda akan mengaitkan tajuk tersebut dengan dirinya kerana Diaz mengaku pernah menghisap rokok hampir 20 batang sehari. Walaupun begitu, pada 2003 dia nekad untuk berhenti setelah sedar ianya memberi kesan terutama kepada ibubapanya.
2. Matt Damon
Juga menggunakan khidmat hypnotherapy, Matt Damon telah menjalani rawatan tersebut sebanyak tiga kali. Sehinggalah pada akhirnya, dia menyedari akan kesan merokok pada masa akan datang, jadi pendekatan itu digunakannya untuk tidak lagi merokok.
3. Ben Affleck
Rakan baik kepada Matt Damon ini juga menggunakan teknik yang sama untuk berhenti merokok. Namun sebelum itu, Ben Affleck merupakan seorang perokok tegar dan pernah menghabiskan 5 kotak rokok dalam masa sehari. Fuhh!
4. Charlize Theron
Mengaku dirinya seorang perokok yang tegar hingga merasakan tidak normal, Charlize akhirnya berhenti merokok setelah menjalani rawatan hypnosis dan juga Yoga.
5. Barrack Obama
Percaya atau tidak, Barrack Obama dahulunya merupakan seorang perokok tegar! Mengaku agar sukar memberhentikan tabiatnya itu, Obama terpaksa mengunyah gula-gula Nicorette bagi mengelakkan ketagih. Hasilnya pada 2007 dia berjaya menjauhkan diri daripada tabiat merokok. The real idol bukan?
6. Gisele Bundchen
Seperti model yang lain, Gisele menghisap rokok sebagai salah satu cara untuk mengekalkajn bentuk badan yang ramping. Dia mula berhenti merokok pada 2003 dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Meskipun beratnya meningkat sehingga 15kg, dia begitu gembira menjalani gaya hidup sihat serta kini menjadi role model kepada wanita-wanita muda.
7. Catherine Zeta-Jones
Tahukah anda, Catherine Zeta-Jones kali terakhir dilihat merokok adalah ketika mengandung buat kali terakhir pada tahun 2003. Seperti yang kita tahu, perempuan mengandung yang merokok berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang. Pada 2005 Zeta-Jomes mengumumkan tidak lagi merokok demi anaknya namun begitu pelbagai kepayahan dilaluinya bagi menghentikan tabiatnya yang sejak sekian lama.
8. Jennifer Aniston
Pelakon ini mengambil masa hampir setahun untuk benar-benar berhenti merokok pada 2007. Apa yang dilakukannya? Yoga dan bersenam selalu antara langkah yang berjaya diambilnya untuk tidak ketagih.
9. Paul Rudd
Ant-Man ini dahulunya adalah seorang perokok! Cara untuknya berhenti merokok adalah cukup unik kerana Paul telah menggunakan teknik, Kerry Gaynor sebuah teknik hypnotherapy yang diasaskan oleh Pakar hypnotherapist di Los Angeles, Kerry Gaynor.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.