Gaya Hidup

Lupa Password Log In FB? Ini Cara Paling Mudah Untuk Dapatkannya Semula

Share

Penggunaan laman media sosial atau platform Facebook kini menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Sama ada untuk berinteraksi dengan kenalan, berniaga, berkongsi tip atau berkongsi minat ia kini menjadi sebuah platform yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam kehidupan kita.

Disebabkan itulah amat jarang sekali untuk kita jumpa individu yang celik dunia digital tidak mempunyai akaun Facebook. Tapi bagaimana jika anda lupa kata laluan atau password untuk log in ke Facebook?

Image by montypeter
on Freepik

Setelah mencuba beberapa kali tapi tidak berjaya. Mungkin anda juga sudah cuba verify menggunakan nombor telefon atau e-mel juga tidak berjaya. Jadi bagaimana nak dapatkan semula password yang anda tak ingat tersebut?

Sebenarnya ada cara mudah terutamanya buat anda yang menggunakan akaun Google. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa step mudah untuk anda dapatkan semula password Facebook dan juga mana-mana password anda yang lain hanya dengan menggunakan tetapan sekuriti di akauan Google anda.

LOG IN GOOGLE

Pertama sekali anda perlu log in masuk ke akaun Google anda menggunakan Google Chrome. Kemudian klik pada ‘tiga titik’ yang berada di penjuru kanan.

KLIK PADA SETTING

Kemudian anda klik pada pilihan ‘Setting’.

PILIH ‘MANAGE YOUR GOOGLE ACCOUNT’

Selepas itu pergi kepada tetapan ‘Manage Your Google Account’.

PEGI KE ‘SECURITY’

Di sebelah kiri anda anda beberapa pilihan tetapan. Pilih ‘Security’ dan klik.

KLIK PASSWORD MANAGER

Skrol ke bawah sedikit dan cari bahagian ‘Signing in to other sites’. Klik ‘Password Manager’.

CARI DAN KLIK PADA FACEBOOK

Selepas itu anda akan di bawa ke ruangan di mana kesemua password anda disimpan. Skrol dan cari ‘Facebook.com’.

PAPARAN PASSWORD ANDA

Selepas anda klik ‘Facebook.com’ besar kemungkinan anda perlu log in akauan Google untuk verifikasi. Selepas berjaya anda boleh tekan logo ‘mata’ seperti tertera untuk papasrkan password anda. Dan anda sudah berjaya! Bolehlah log in semula ke Facebook anda seperti biasa.

5 Sebab Kenapa Toyota Jadi Jenama Kereta Yang Ada ‘Secondhand Value’ Terbaik 

Selain mendapatkan semula password yang anda sudah lupa, di ruangan ini juga anda boleh memeriksa mana-mana laman yang menunjukkan kekuatan password anda atau berlakunya pengulangan penggunaan password yang sama.

Semoga tip ini mampu membantu dan memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim