Sesiapa yang mengenali Bear Grylls pasti ingatan akan terus menerjah kepada lagak ngeri serta survival lasak menerusi program ‘Man vs Wild’yang sangat popular.
Bear Grylss atau nama sebenarnya Edward Micahel Grylls merupakan bekas tentera udara British dan pakar kelangsungan hidup atau survival. Penglibatannya dalam program realiti televisyen yang menampilkan teknik serta skil kelangsungan hidup membuatkan wajahnya sangat dikenali ramai.
Terbaru, jenama jam lasak atau ‘tool watch’ terkenal, Luminox mengumumkan kerjasama bersama Bear Grylls. Luminox merupakan pengeluar jam sangat tahan lasak dan imej itu sangat sesuai dengan Bear Grylls.
Sempena kerjasama ini mereka memperkenalkan Bear Grylls Survival Series. Koleksi ini dicipta bagi memberikan bantuan sewajarnya kepada pengembara lasak. Tidak kiralah sama ada menyelam ke dasar lautan sedalam 300 meter atau berdepan cuaca ekstrem di Kutub Utara, ia mempu bertahan dengan baik.
Pengenalan koleksi ini juga selaras dengan motto Luminox, ‘Every Second Count’ dan juga tagline Bear Grylss, ‘Never Give Up’.
Terdapat tiga versi berbeza menerusi koleksi ini iaitu Sea Series, Master Series dan Land Series. Buat penggemar jam Luminox, tempahan awal boleh dilakukan di laman sesawang rasmi Luminox.