Tidak dinafikan ramai orang berdepan dengan masalah dapatkan tidur yang lebih lena. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh melarat dan mengganggu kerja-kerja harian pada keesokan harinya.

Bukan sahaja mata rasa mengantuk di siang hari, penampilan diri dan wajah juga akan nampak sugul serta tidak bermaya jika anda tidak mendapat tidur yang secukupnya.

Faktor stres, aktiviti harian yang padat, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat antara punca yang menyebabkan tidur terganggu.

Jadi, luangkan masa 30 minit sebelum mula beradu dengan melakukan lima regangan mudah ini agar tidur yang lebih lena.

Selain bagus untuk memperbaiki fleksibiliti badan, regangan ini juga dapat membantu pengaliran darah dan mengurangkan stres.

Ads

BACA SINI: Bersenamlah Waktu Pagi Kalau Nak Badan Sihat & Dapat Tidur Yang Lebih Lena Pada Waktu Malam

1. Modified Hurdler Stretch

Buat Regangan 30 Minit Ini Kalau Anda Inginkan Tidur Yang Lebih Lena & BerkualitiBagi anda yang duduk lama di pejabat, regangan ini dapat melepaskan tekanan di bahagian otot pinggang dan pinggul. Turunkan badan anda sehingga kepala menyentuh bahagian kaki. Namun jika boleh, jangan memaksa untuk melakukannya. Sambil itu, tarik nafas secara perlahan-lahan dan tahan selama 30 saat.

2. Kneeling Hip Flexor Stretch

Buat Regangan 30 Minit Ini Kalau Anda Inginkan Tidur Yang Lebih Lena & BerkualitiRegangan ini bagus untuk anda yang banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi kerana regangan ini juga dapat memberi tumpuan pada bahagian pinggul. Otot bahagian tersebut boleh menjadi kejang dan tegang. Mulakan dengan berlutut, kemudian bawa satu kaki ke hadapan manakala sebelah kaki pula berada di belakang. Pastikan keadaan lutut bersudut 90 darjah. Tahan nafas selama 30 saat dan tukar kedudukan kaki.

Ads

3. Lying Piriformis Stretch

Buat Regangan 30 Minit Ini Kalau Anda Inginkan Tidur Yang Lebih Lena & BerkualitiJika anda sering mengalami sakit belakang dan tidak selesa setiap kali baring, anda cuba lakukan regangan yang boleh memperbaiki sudut belakang sekali gus memberi tidur yang lebih nyenyak. Baring lurus dan angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri. Pastikan kaki kanan anda bersudut 90 darjah dan tahan selama 30 saat. Anda dapat merasakan sedikit tarikan dari otot pinggul dan pinggang. Ulangi rutin yang sama untuk kaki sebelah kiri pula.

4. Cat and Cow Stretch

Buat Regangan 30 Minit Ini Kalau Anda Inginkan Tidur Yang Lebih Lena & BerkualitiRegangan mudah ini boleh memulihkan kestabilan teras dan tulang belakang anda. Lakukan kedudukan seperti dalam gambar, tegakkan tangan dan lutut. Setiap kali anda mengangkat dan menurunkan bahagian abdomen, pastikan anda menghembus nafas secara perlahan-lahan. Lakukan regangan ini dalam kiraan 20 kali pernafasan.

Ads

5. Extended Cone Stretch

Buat Regangan 30 Minit Ini Kalau Anda Inginkan Tidur Yang Lebih Lena & BerkualitiMulakan dengan bukaan kaki yang sesuai dengan saiz pinggang. Angkat tangan dan tarik tangan anda ke atas. Ketika lakukan regangan, tarik nafas dalam kemudian lenturkan keseluruhan badan ke kiri. Hembus nafas setelah kembali ke rutin yang pertama. Setiap lenturan anda dapat merasakan regangan pada otot. Ulangi rutin ini tiga kali secara bergilir-gilir.

TIP:
Lakukan regangan ini di atas permukaan yang rata dan jangan terlalu memaksa untuk melakukannya jika anda tidak mampu.

Subscribe & tonton video di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=bKXzwwZEPmE

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI