Secara jujurnya sesiapa sahaja yang mendengar bila jenama Luis Vuitton pasti akan terus terbayang fesyen ‘kayangan’ yang digayakan oleh golongan pendenpatan tinggi.
Jadi bila jenama yang turut popular dengan panggilan LV ini dikaitkan dengan sesuatu yang jauh terasing daripada kelompok seperti skateboard, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan.
Buat pertama kalinya dalam sejarah sejak 166 tahun ditubuhkan, Louis Vuitton menghasilkan kasut yang dicipta secara khusus untuk sukan papan selaju. Idea yang dilihat mungkin sedikit radikal ini direalisasikan oleh atlet papan selaju terkenal Lucien Clarke.
Pengenalan kasut ini dilihat oleh menjadi pemecah sempadan atau kelas yang selama ini tidak dapat dibaca dalam perenggan yang sama. Jenama mewah dari Perancis ini dilihat semakin terbuka dengan rekaan yang mungkin sifatnya lebih kepada streetwear.
Ads
Namun ini bukanlah kali pertama pendekatan unik seperti ini diambil oleh Louis Vuitton. Tidak berapa lama dahulu mereka turut memperkenalkan koleksi kolabirasi bersama Supreme, jenama ‘skate’ yang paling popular di dunia.
Penglibatan Virgil Abloh dilihat cukup signifikan di sebali penghasilan kasut unik ini. Mungkin trend kasut papan selaju yang kini kembali popular menjadi salah satu faktor penghasilannya. Lihat sahaja pasaran kasut Nike SB yang melonjak naik dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Ads
Jadi pendekatan yang diambil oleh jenama premium ini dilihat mungkin akan turut diikuti oleh jenama lain di masa akan datang. Bagi peminat setianya ini mungkin satu langkah yang dianggap agak drastik dan sedikit pelik.
Ads
Namun dalam dunia fesyen yang sentiasa pantas bergerak ia bukanlah satu situasi yang pelik. Malah segmen high end streetwear kini dilihat sebagai membawa pengaruh yang cukup besar dalam dunia fesyen.
Dan kasut ‘skate’ itu sendiri kini bukan hanya dipakai oleh mereka yang aktif dengan sukan lasak papan selaju sahaja. Ia kini menjadi antara item fesyen yang sangat popular terutamanya sejak kebelakangan ini.
Tapi apa yang pasti harganya masih akan tetap premium dan penghasilannya juga cukup terhad.
Jika anda ingin mencari kasut ‘skate’ yang berpatutan boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kohei Okita merupakan pereka fesyen dari Jepun yang terkenal dengan jenamanya, VAINL ARCHIVE yang diasaskannya pada tahun 2009. Kini namanya dikenali sebagai antara pereka fesyen dari Jepun yang cukup dikenali di seantero global.
Terbaru, Reebok mengambil peluang berkolaborasi bersama Kohei Okita untuk menghasilkan koleksi fesyen istimewa dikenali sebagai Reebok Eightyone.
Reebok Eightyone merupakan nama kepada kod antarabangsa Jepun iaitu 81. Secara tidak langsung memberi signifikasi bahawa koleksi ini diliharkan dari Jepun terutamanya di Tokyo. Kod +81 merupakan identiti Jepun yang mewakili hubungan antarabangsa mengahasilkan perlbagai idea, ciptaan dan juga konsep.
Menerusi kolaborasi bersama Okita Kohei ini, seleksi fesyen dari Reebok Eightyone dicipta dengan tujuan memperkenalkan hasil kerja dari perspektif ‘bird’s eye view’ – signifikasi pengenalan Jepun kepada dunia.
Secara luarannya, Reebok Eightyone merupakan koleksi fesyen unik menggabungkan elemen sukan dan trend fesyen terkini yang lahir dari idea gabungan mereka dan Kohei Okita.
Koleksi yang paling menarik perhatian semestinya sneakers yang akan mula dipasarkan di negara kita bermula pada 28 Februari 2020 di Reebok City Square, Johor Bahru dan Royal Sporting House KL pada harga RM459.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengarah: George Miller Pelakon: Tom Hardy, Charlize Theron, Nicholas Hoult, Hugh Keays-Byrne, Rosie Huntington-Whiteley
Mad Max: Fury Road sebuah filem aksi yang sememangnya sarat dengan babak aksi yang hebat seperti pelanggaran kereta, letupan dan pembunuhan. Walaupun ditambah dengan sentuhan CGI, namun ia menjanjikan kesan terbaik kepada anda. Pernah memenangi anugerah Oscar, sudah pasti tidak perlu dipertikaikan lagi kualitinya.
The Dark Knight (2008)
Pengarah: Christopher Nolan Pelakon: Christian Bale, Heath Ledger, Maggie Gyllenhaal, Aaron Eckhart, Gary Oldman, Michael Caine, Morgan Freeman, Eric Roberts
Siapa yang tidak suka menonton kekuatan Batman dalam menjadi watak superhero? Terus meletakkan usaha Batman dalam menjamin keselamatan Gotham City, krisis dan babak konflik antara kunci dalam menjadikan filem ini lebih aksi dan berbeza dari filem sebelumnya. Mempunyai watak antoganis tambahan, serta politik yang tidak pernah habis dalam memegang takhta menguasai Gotham City, The Dark Knight adalah filem yang wajib anda tonton! Tambahan pula kenderaan canggih yang dipandu oleh Batman sangat hebat! Wajib tonton.
The Killer (1989)
Pengarah: John Woo Pelakon: Chow Yun-fat, Danny Lee, Sally Yeh, Kenneth Tsang, Chu Kong
Kolaborasi antara pelakon Hong Kong yang hebat, John Woo dan Chow Yun menjadikan filem ini menarik untuk ditonton. Mana tidaknya, setiap minit pasti ada babak pergaduhan yang hebat ala assassin.
The Bourne Ultimatum (2007)
Pengarah: Paul Greengrass Pelakon: Matt Damon, Julia Stiles, David Straithairn, Edgar Ramirez, Scott Glenn, Joan Allen, Albert Finney, Colin Stinton, Joey Ansah
Kalau adanya bintang Matt Damon, sudah pasti corak filem yang dilakonkannya penuh aksi. Sesi keja-mengejar di stesen kereta api dan adegan tembak-menembak sudah pasti membuat anda tidak sennag duduk apabila menonton filem ini. Pasti saja ada debar yang menanti!
The Matrix (1999)
Pengarah: Larry and Andy Wachowski Pelakon: Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss, Hugo Weaving, Joe Pantoliano
Aksi slow motion yang sarat dalam filem ini membawa penonton kepada dimensi berbeza iaitu The Matrix. Canggih! Siapa biasa menghentikan peluru hanya dengan menggunakan tangan? Hanya watak Keanu Reeves sahaja yang bisa melakonkan watak ini. Adegan berlawan yang pantas membuat mata anda tidak berkelip, terkesima!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda pakai produk ubat gigi yang berjenama dan kurang berjenama tapi gigi anda masih kurang putih. Lagi sedih kalau ubat gigi tu mahal, dan bahaya! Sebenarnya, ada banyak ramuan yang boleh menjadikan gigi anda putih dan bersinar. Antaranya:
Kulit Pisang
Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Caranya sangat mudah, pilih pisang yang dah masak namun jangan ambil terlalu masak sehingga hitam.. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, bilas dengan berus gigi anda dengan air biasa. Setelah itu, berus gigi anda dengan ubat gigi seperti biasa untuk menyegarkan kembai nafas anda. Taklah berbau pisang. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi mendapatkan hasil yang cepat.
Arang
Sebenarnya Arang sudah pun dijadikan ubat gigi untuk anda yang tahu akan keberkesanan arang terhadap diri anda. Abu kayu mengandungi kalsium hidroksida yang bertindak sebagai agen pembersihan. Jadi, ia boleh membantu apabila anda ingin gigi yang putih dan berkilau. Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa kayu abu boleh merosakkan gigi jika digunakan untuk tempoh yang lama. Kami sarankan anda memakai dua minggu sekali.
Garam
Anda juga boleh gunakan benda paling senang untuk anda jumpa dalam kawasan dapur anda tu iaitu Lemon dan Garam. Ini adalah cara yang sangat berkesan dan mudah diperolehi. Taburkan sedikit garam di atas sepotong lemon dan gosok gigi anda dengannya. Cuci mulut dengan air yang banyak.
Kulit Limau
Tahukah anda kulit limau yang biasa anda buang itu boleh digunakan untuk memutihkan gigi? Caranya mudah sahaja, Gosokkan kulit limau tersebut pada gigi anda selama 5-10 minit kemudian berus gigi anda seperti biasa. Lakukannya sehingga nampak perubahan warna gigi anda.
Baking Soda
Common sense jugak kan, bila anda gunakan baking soda utnuk memutihkan periuk atau apa-apa perkakas, pasti ia juga boleh memutihkan kulit. Ambil apa-apa tiub ubat gigi dan lihat apa kandungan yang termasuk dalam kebanyakan jenama baking soda! Jika digabungkan dengan peroksida ia memberikan kesan pemutihan. Satu-satunya kelemahan menggunakan hanya baking soda adalah jika ia digunakan terlalu kerap, ia boleh merosakkan gusi anda. Jika digunakan sekali seminggu, ia tidak berbahaya dan sempurna dalam menghilangkan kotoran dan plak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.