‘Lonely In Your Own Way’ Dengan Aktiviti-Aktiviti Ini

Share

Bersendirian di rumah tidak bermaksud anda ‘lonely’. Cuma anda memerlukan Me Time yang anda tidak mahu untuk bergaul dengan orang ramai. Kadang-kala ada mengatakan bahawa anda seorang yang introvert kerana tidak mahu bersosial, namun anda tahu diri anda, dan apa jua anda lakukan, ia adalah kehidupan anda.

Kadang-kadang tak semua orang ada aktiviti hujung minggu. Mungkin ada diantara anda yang lebih gemar duduk rumah. Nak nak kepada yang single tu, nak keluar takut nanti duit cepat habis. Sini kami sediakan list untuk anda yang single, malas nak keluar, tapi tak nak bosan.

 

  • Hiking

 

Pagi-pagi sabtu ahad tu, apa kata kalau anda ke mana-mana bukit berdekatan dan mula mendaki. Jika anda berada di kawasan Selangor, anda boleh ke Bukit Puchong, Bukit Gasing. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk anda mengeluarkan peluh, dan rehat dari stress berkerja.

 

  • Memasak

 

Tak salah jika anda masuk ke dapur sekali sekala. Masak disini bukanlah bermaksud anda kena menumis, mungkin anda boleh cuba buat cookies, ataupun karipap. Kalau kecik-kecik dulu anda rajin tolong mak di dapur, tak kan dah besar tak nak masuk dapur langsung? Variasikan hari anda dengan membakar kek atau apa sahaja, mungkin ada bakal jumpa kemahiran baru anda?

 

  • Kemas Rumah

 

Seminggu anda berkerja, hujung minggu tu dah boleh basuh baju, tukar cadar, vacuum rumah. Lepas breakfast tu, anda dah boleh terus mengemas. Percayalah, anda akan habis mengemas pada jam 2 petang. Ruang rumah anda bersih, akan membantu untuk mengurangkan penyakit anda daripada terhidu habuk dan kekotoran.

 

  • Tonton Filem

Isnin sampai Jumaat anda tak habis-habis dengan kerja, sabtu ahad nilah masanya anda update filem yang masih belum tonton! Kalau memang malas nak keluar, tengoklah Drama Korea/ Running Man/Teduhan Kasih/ Siri Marvel berulang kali. Baru hilang bosan. Ini barulah Me Time!

 

  • Membaca

 

Membaca merupakan aktiviti yang membosankan. Namun, kita boleh menjadikan ia menarik dengan memakai earphone di telinga. Ataupun, set jumlah helai bacaan anda. Contohnya, bangun saja dari tidur, anda perlu menghabiskan 10 muka surat. di sebelah petang pula, anda boleh membaca lagi 10 muka surat. Barulah masa lapang anda terisi. Menurut pakar mata, jika anda tumpukan pada skrin komputer yang sangat lama, ia akan menjadikan mata anda rabun. Hari kerja anda dah habiskan masa di hadapan monitor komputer, apa kata kalau anda membaca pula di hujung minggu.

 

  • Berjalan di kawasan perumahan

 

Anda mungkin bukan seorang yang rajin menegur jiran, jadi apa kata anda berjalan pada waktu petang. Bukan ber jogging tau, tapi berjalan. Hirup udara segar, lihat kanak-kanak bermain di taman, mungkin dengan cara ini anda tidak akan mengharungi Monday Blues?

 

Dah tahu dah nak buat apa hujung minggu ni? Selamat berhujung minggu!

 

Published by
Maiya Deen