Bersendirian di rumah tidak bermaksud anda ‘lonely’. Cuma anda memerlukan Me Time yang anda tidak mahu untuk bergaul dengan orang ramai. Kadang-kala ada mengatakan bahawa anda seorang yang introvert kerana tidak mahu bersosial, namun anda tahu diri anda, dan apa jua anda lakukan, ia adalah kehidupan anda.
Kadang-kadang tak semua orang ada aktiviti hujung minggu. Mungkin ada diantara anda yang lebih gemar duduk rumah. Nak nak kepada yang single tu, nak keluar takut nanti duit cepat habis. Sini kami sediakan list untuk anda yang single, malas nak keluar, tapi tak nak bosan.
Hiking
Pagi-pagi sabtu ahad tu, apa kata kalau anda ke mana-mana bukit berdekatan dan mula mendaki. Jika anda berada di kawasan Selangor, anda boleh ke Bukit Puchong, Bukit Gasing. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk anda mengeluarkan peluh, dan rehat dari stress berkerja.
Memasak
Ads
Tak salah jika anda masuk ke dapur sekali sekala. Masak disini bukanlah bermaksud anda kena menumis, mungkin anda boleh cuba buat cookies, ataupun karipap. Kalau kecik-kecik dulu anda rajin tolong mak di dapur, tak kan dah besar tak nak masuk dapur langsung? Variasikan hari anda dengan membakar kek atau apa sahaja, mungkin ada bakal jumpa kemahiran baru anda?
Kemas Rumah
Seminggu anda berkerja, hujung minggu tu dah boleh basuh baju, tukar cadar, vacuum rumah. Lepas breakfast tu, anda dah boleh terus mengemas. Percayalah, anda akan habis mengemas pada jam 2 petang. Ruang rumah anda bersih, akan membantu untuk mengurangkan penyakit anda daripada terhidu habuk dan kekotoran.
Ads
Tonton Filem
Isnin sampai Jumaat anda tak habis-habis dengan kerja, sabtu ahad nilah masanya anda update filem yang masih belum tonton! Kalau memang malas nak keluar, tengoklah Drama Korea/ Running Man/Teduhan Kasih/ Siri Marvel berulang kali. Baru hilang bosan. Ini barulah Me Time!
Membaca
Ads
Membaca merupakan aktiviti yang membosankan. Namun, kita boleh menjadikan ia menarik dengan memakai earphone di telinga. Ataupun, set jumlah helai bacaan anda. Contohnya, bangun saja dari tidur, anda perlu menghabiskan 10 muka surat. di sebelah petang pula, anda boleh membaca lagi 10 muka surat. Barulah masa lapang anda terisi. Menurut pakar mata, jika anda tumpukan pada skrin komputer yang sangat lama, ia akan menjadikan mata anda rabun. Hari kerja anda dah habiskan masa di hadapan monitor komputer, apa kata kalau anda membaca pula di hujung minggu.
Berjalan di kawasan perumahan
Anda mungkin bukan seorang yang rajin menegur jiran, jadi apa kata anda berjalan pada waktu petang. Bukan ber jogging tau, tapi berjalan. Hirup udara segar, lihat kanak-kanak bermain di taman, mungkin dengan cara ini anda tidak akan mengharungi Monday Blues?
Dah tahu dah nak buat apa hujung minggu ni? Selamat berhujung minggu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jauh di sudut hati setiap lelaki mereka cukup takut akan perkara ini. Bila rambut mula gugur dengan sendiri terutamanya di bahagian atas atau tengah kepala, ia merupakan mimpi ngeri menjadi kenyataan!
Percayalah, tiada seorang lelaki pun mahu tampil dengan imej kepala dengan rambut tapi botak tengah. Ya, setiap orang mungkin akan alaminya namun berbeza-beza mengikut usia dan juga gaya hidup.
Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh genetik. Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ikuti 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan Dwayne Johson aka The Rock yang kini menjadi antara aktor Hollywood mengumpul bayaran lakonan tertinggi di dunia.
Selepas mencipta nama menerusi sukan gusti, Dwayne Johnson berjaya mengasimilasikan dirinya menjadi seorang aktor yang bukan sahaja popular tetapi menjadi buruan penerbit filem.
Selain itu, Dwayne Johnson juga menarik perhatian banyak jenama yang ingin berkolaborasi dengannya. Antara jenama yang berjaya melakukan kolaborasi dengan berjaya bersamanya ialah Under Armour.
Terbaru Dwayne Johnson dan Uner Armour melancarkan koleksi terbaru Project Rock. Kali ini mereka tema yang memberi refleksi kepada sentimen dan peralatan latihan yang mampu membantu anda memecah sempadan keazaman.
Koleksi ini juga memberikan lebih fokus kepada bagaimana untuk membantu pengguna bersenam ke tahap paling maksima kemampuan mereka.
“Koleksi terbaru saya ini dibina khusus kepada mereka yang bekerja keras. Tidak kiralah berapa usia anda atau apa yang anda lakukan untuk kehidupan yang penting mantra ‘The Work’ harus selari dan memberikan kejayaan,” jelas The Rock menerusi kenyataan media Uner Armour.
Menampilkan pelbagai kelengkapan senaman yang memberikan fokus di dalam gimnasium, koleksi ini menampilkan teknologi UA Charged Cotton. Ia merupakan material semulajadi yang memberikan keselesaan buat pemakainya.
Project Rock untuk tahun 2020 turut menampilkan kasut PR2 Training Shoe HOVR denganw arna terbaru. Kesemua koleksi ini boleh didapati di outlet terpilih Under Armour dan juga di laman sesawang rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi ramai orang bila sebut sahaja tentang seluar jean dan denim pasti akan terbayangkan jenama popular dari Amerika Syarikat atau Eropah. Tapi bagi yang benar-benar mendalami dan menjadi penggemar jeans sejati pasti tahu bahawa Jepun merupakan antara negara terbaik mengeluarkan pakaian ini.
Tapi mungkin anda sendiri tertanya-tanya mengapa jenama jeans dari Jepun cukup dihormati dan digemari oleh kaki denim senatero dunia.
KENAPA JEANS JEPUN DIANGGAP TERBAIK?
Beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua hampir kesemua jeans di negara Jepun berasal dari Amerika Syarikat. Namun tidak lama selepas itu sebuah syarikat di sebuah pekan kecil Kojima, Kurabo Mills mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri fabrik denim.
Kojima kemudian berkembang menjadi sebuah pusat penghasilan atau hub denim terbaik dengan kawasan sekitar Okayama turut menyaksikan pelbagai jenama tumbuh dengan banyak.
Selepas melakukan beberapa trial dan error, Kurabo Mills akhirnya menghasilkan sejenis kain denim dikenali sebagai KD-8 pada tahun 1972. Nama ‘KD’ tersebut diambil bersempena gabungan nama kilangnya ‘Kurabo’ dan juga nombor ‘8’ pula mewakili jumlah percubaan dilakukan untuk menghasilkan denim tersebut.
Bagi peminat denim era tersebut mereka terus kagum dan perasan akan perbezaan ketaera di antara denim dari Kurabo Mills dan pengeluar lain. Pertama sekali ia menggunkan pewarna semula jadi dan menggunakan mesin tenun lama untuk menghasilkan fabrik selvedge.
Jenama Big John antara yang paling awal menggunakan denim tersebut dan menghasilkan seleksi seluar denim siri ‘M’. Bermula dari situ industri baru telah bermula di Kojima dan berkembang terkenal ke seluruh dunia hingga ke hari ini.
JENAMA JEANS JEPUN YANG HARUS ANDA TAHU
1. MOMOTARO
Jenama jenas handmade dari Kojima yang menggunakan material unik seperti kain kapas dari Zinmbabwe. Ia juga terkenal dengan proses pewarnaan indigo semula jadi.
2. ONI DENIM
Antara jenama denim Jepun terbaik dan cukup popular. Sehingga kini Oni tidak mendedahkan teknik sulaman denim yang digunakan kepada umum. Lenurut legenda setiap pasang jeans mereka disulam tangan dengan menggunakan mesin tenunan dihasilkan pakar tenun bersama Oishi.
3. JAPAN BLUE JEANS
Mengeluarkan jeans yang seimbang dari segi kualiti dan juga harga. Japan Blue menawarkan denim selvedge pada harga lebih murah daripada pesaingnya.
4. BLUE BLUE JAPAN
Namanya seakan Japan Blue Jeans tetapi ia merupakan jenama yang berbeza. Jenama ini menggunakan teknik tradisional untuk mewarnakan denim mereka. Setiap pasang jenans dihasilan Blue Blue Japan mempunyai karakter tersendiri.
5. EVISU
Antara jenama yang mungkin dikenali di negara kita. Malah terdapat lambakan seluar Evisu tiruan dijual dek kerana popularitinya. Dilancarkan pada era 90-an, Evisu pada mulanya hanya menghasilkan 14 pasang seluar denim dalam masa sehari bagi menjamin kualiti.
6. IRON HEART
Bagi mereka yang ingin sepasang denim yang berkualiti dan tahan lasak, Iron Heart adalah jenama Jepun yang paling sesuai buat anda. Diinspirasikan dari komuniti motosikal ia menggunakan denim tahan lasak atau heavyweight.
7. SAMURAI JEANS
Pernah tular suatu ketika dahulu pengumpul jenama Samurai Jeans berkongsi foto seluar mereka boleh berdiri sendiri. Ia dikenali sebagai raw denim terbaik dihasilkan di Jepun.
8. SUGAR KANE
Dihasilkan menggunakan inspirasi vintaj workwear Amerika, Sugar Kane & Co. telah menghasilkan denim tahan lasak sejak era tahun 1970-an lagi. Ia terkenal sebagai jenama yang sering menggunakan bahan fiber mesra alam ke dalam fabriknya lalu menghasilkan tekstur unik tidak sekata.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.