Lokasi Paling Sesuai Untuk Anda Yang Kedekut BerDating, Salah Satunya Pergi Ikea

Share

Dalam dunia serba berbayar sekarang ni, semua orang terpaksa berjimat terutamanya lelaki. Mana tidaknya, sudahlah tanggungjawab terhadap ibu bapa, malah nak memiliki pasangan hidup pun memerlukan seorang lelaki itu untuk menyimpan duit dengan banyak. Ramai lelaki beranggapan bahawa memiliki pasangan akan lebih membebankan kehidupan mereka, dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini. Ayat seperti

 

“lecehlah ada teman wanita ni, nak keluar kita yang kena keluar duit, habis macam tu je”

 

Hakikatnya, wanita tidak begitu memilih tempat-tempat yang mahal untuk meluangkan masa bersama. Janji romantik. Ini antara tempat-tempat yang anda boleh bawa teman wanita anda, ataupun wanita yang anda baru kenal.

 

  • Pantai

Nak cari mana pantai dekat KL ni? Bawak di pe port klang pun sudah memadai. Sebelum sampai tu, belilah jajan dan air tin di 7 Eleven. Berbual dengannya sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Dari situ, banyak perkara yang anda dapat pelajari dari pasangan anda. Dalam pada masa yang sama, apa kata jika anda meriahkan dating tadi dengan permainan seperti True & Dare, Uno, atau mana-mana permainan running man yang bersesuaian dengan situasi.

 

 

  • Memasak

Sesekali ajak si dia datang ke rumah anda, dan nikmati masakan anda di taman bawah rumah. Jika anda duduk di kawasan yang mempunyai taman, atau swimming pool, lagi cun. Habiskan masa dengannya di kasawan tersebut. Masak sesuatu yang anda sendiri tidak pernah cuba, dan beri dia rasa masakan anda. Jangan berniatkan nak tunjuk skills, atau nak mengatakan anda hebat dalam masakan. Tapi, dengan cara ini, anda akan dapat melihat reaksi comel si dia ketika merasa masakan anda. Pasti comel.

 

  • Berjalan

 

Tempat paling menarik untuk berjalan tanpa gangguan trafik yang banyak ialah di Putrajaya. Sebenarnya anda boleh gabungkan tempat 1 dan tempat 2, di kawasan Putrajaya. Berjalan-jalan dengannya sambil berbual. Kalau anda dan pasangan sejenis gemar dengan aksi lasak, kami syorkan anda berdua berjogging atau menaiki basikal dan pusing-pusing kawasan tersebut. Bukan saja dapat berdating, malah dapat juga anda berdua membakar lemak, walaupun sedikit. Jika mereka gemar hiking, itu lebih bagus. Sihat pu sihat.

 

  • Pasaraya

Apa yang ada dengan pasaraya ni? Andai kata anda tinggal bersama keluarga, dan anda di minta untuk ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Apa kata anda ke pasaraya berdekatan dengan rumah si dia (tidak sesuai untuk pasangan jarak jauh). Beli barang dapur bersama si dia boleh dianggap dating. Jika si dia mahu beli barang dapur pun anda boleh teman mereka. Banyak topik dan pengetahuan anda dan si dia boleh bualkan ketika membeli-belah sebenarnya.

 

  • Ikea

Biar benar nak luangkan masa dengan pasangan di Ikea. Untuk pengetahuan anda, Ikea merupakan tempat yang strategik untuk berdating. Ini adalah tempat yang menyeronokkan apabila anda meletakkan imaginasi dan kreativiti anda untuk setiap perabot dalam Ikea. Anda boleh kembali ke zaman kanak-kanak dengannya dengan bermain kahwin-kahwin, dan berbincang soal isu negara di kawasan pameran pejabat! Dan apabila anda berdua sudah kepenatan main permaian kanak-kanak ini, anda berdua boleh ke cafe dan menikmati meatball yang in trend itu. Tapi ingat, kawasan dating ini hanya sesuai untuk mereka yang sudah kenal lama, jangan pula pertemuan pertama anda dah bawa pasangan ke sini. Ini akan menimbulkan awkward.

Published by
Maiya Deen