Tahun 2020 merupakan satu tempoh yang cukup menguji terhadap perkembangan ekonomi negara dan global. Ia gara-gara penularan wabak Covid-19 yang telah merebak ke seluruh dunia. Di antara sektor yang paling terkesan ialah sektor pelancongan. Pelbagai lokasi hotspot kini sepi tanpa pengunjung.
Diharapkan negara kita mampu bangkit semula seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di mana kadar kes harian yang sangat rendah berbanding sekarang. Ramai yang ingin melihat negara kita mampu bangkit dan melandaikan kadar penularan.
Di sebalik segala dugaan ini ia tidaj mematahkan semangat Tourism Selangor untuk terus mempromosikan lokasi-lokasi menarik di negeri Selangor. Mungkin dalam tempoh skarang kita perlu mengurangkan pergerakan di luar. Namun apabila kembali reda anda boleh check out lokasi seni jalanan yang paling menarik di Selangor.
Tahukah anda terdapat kawasan seni jalanan di Lembah Klang dan Shah Alam yang telah menghasilkan karya seni jalanan yang hebat? Ia merupakan lokasi yang amat sesuai untuk anda mengabadikan momen fotografi peribadi menarik. Bila lagi nak ‘ber-OOTD’ dengan latar belakang yang penuh seni kotemporari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi lokasi seni jalanan yang boleh anda kunjungi di Selangor.
LAMAN SENI 7
Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam
Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam. Terletak berdekatan i-City, zon kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif.
Hotspot ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain lain lagi. Laman Seni 7 ini berkonsepkan ciri-ciri “Komuniti Shah Alam”, “Tarikan Pelancong” dan juga “Konsep Hijau”.
Ads
LAMAN SENI 2
Lokasi: Seksyen 2, Shah Alam
Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7. Tema untuk karya seni di tempat ini adalah ‘kembali ke sekolah’.
Bersedia untuk mengimbau suasana nostalgia di mana anda akan melihat bilik gantung, bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain lagi. Bukan hanya itu, terdapat juga medan selera di mana anda boleh berehat setelah bergambar di lokasi lukisan mural.
SAFARI JEJAK WARISAN
Lokasi: Klang
Jika ke Bandar Diraja Klang, adalah wajib untuk singgah ke bandar lama Klang yang mana terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India malah anda juga boleh singgah untuk mengambil gambar lukisan mural yang menarik dan bertemakan “Safari” sepanjang lorong-lorong belakang kedai di bandar lama Klang.
Ads
Kawasan mural ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020 dimana anda akan terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar.
SASARAN ART
Lokasi: Kuala Selangor
Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan “Balai Seni Sasaran Kuala Selangor”.
Ianya berfungsi sebagai pusat seni, festival ataupun pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Ads
MURAL JALAN KENARI
Lokasi: Puchong
Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari.
Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.
KUALA KUBU BHARU MURAL
Lokasi: Hulu Selangor
Kuala Kubu Bharu (KKB) terlelak lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur, Bandar Kuala Kubu Bharu terkenal dengan tarikan aktiviti semula jadi seperti water tubing dan white water rafting.
Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.
Buat anda yang ingin mencari aksesori fotografi telefon pada harga menarik boleh dapatkannya di sini.
Kredit: Tourism Selangor
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya agak tidak logik bagi anda yang sentiasa menggunakan laman media sosial dan Internet jika tidak pernah mendengar tentang drama thriller Korea, ‘Squid Game’. Drama cukup mendebarkan yang ditayangkan di Netflix kini menjadi trending yang sangat popular bukan sahaja di Asia malah di seluruh dunia.
Lihat sahaja platform laman media sosial. Foto, video atau posting parodi berkaitan dengan drama arahan Hwang Dong Hyuk cukup banyak sekali dihasilkan. Ia juga dijangka menjadi antara drama bersiri paling banyak ditonton di platform Netflix dalam masa terdekat.
Menerusi drama tersebut kita dapat menyaksikan penggunaan uniform pelbagai warna. Sebagai contoh para pemain menggunakan set pakaian berwarna hijau dan juga kasut ‘slip-on’ berwarna putih.
Sama ada kebetulan atau tidak jualan kasut slip on dengan colorway triple white terutamanya dari jenama Vans telah meningkat berkali ganda.
Memetik laporan dari thesolesupplier.co.uk, sejak drama tersebut diperkenalkan penjualan Vans slip-on triple white telah meningkat luar biasa pada kadar 7,800%!
Kasut yang kebiasaannya digunakan oleh skaters tersebut kini menjadi rebutan ramai oleh kerana populariti drama tersebut. Ia juga dikatakan ada kaitan dengan ketibaan perayaan Halloween tidak lama lagi di mana ramai yang ingin menggayakan pakaian seperti pelakon ‘Squid Game’.
Vans Slip-On
Vans slip-on merupakan di antara model kasut yang cukup ikonik dan versatail untuk dipadankan dengan gaya berbeza. Walaupun rekaannya nampak ringkas namun ia cukup selesa untuk dipakai terutamanya melakukan aktiviti lasak seperti bermain papan selaju.
Begituah hebatnya penangan drama ‘Squid Game’ yang kini menjadi antara drama bersiri paling tular pada tahun ini. Lebih membanggakan ia merupakan hasil karya dari negara Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak kenal dengan nama Ryan Bakery yang sinonim dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an di laman sosial.
Ryan yang baru dinobatkan sebagai Popular Content Creator Of The Year menerusi anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2023 mengumumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Pempengaruh TikTok berusia 28 tahun itu memberitahu kepada media tempatan yang isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.
SUDAH SEDIA NAMA BAYI
Walaupun masih tidak mengetahui jantinya bayi, Ryan sudah bersedia dengan nama yang indah buat anak sulung yang bakal lahir.
“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insyaAllah,” kongsinya.
Memasuki trimester kedua kehamilan, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut berkongsi pengalaman melihat isterinya mengalami alahan yang teruk.
Seperti wanita hamil lain, isterinya juga mengidam untuk makan atau minum sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Menurut Ryan, Elyia pernah mengidam untuk minum teh hijau.
“Kampung saya di Temerloh itu jauh ke kawasan dalam. Kalau hendak keluar ke pekan, jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” ujarnya.
Terdahulu, Ryan dan Elyia mendirikan rumahtangga pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, bintang filem aksi box office dan atlet gusti WWE yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.
Bintang filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’, ‘Skyscrapper’ dan ‘Fast & Furious’ ini juga dikenali sebagai seorang family man yang sangat baik hati terhadap keluarganya. Di sebalik fizikalnya yang sasa dan kadangkala nampak bengis namun The Rock sebenarnya memiliki hati yang cukup baik.
Pada pertengahan tahun lalu, The Rock telah mengejutkan stuntman yang sentiasa memainkan body double untuk filemnya dengan menghadiahkan sebuah trak pikap. Video tersebut juga telah tular di laman media sosial menyaksikan kedua-dua mereka sama-sama gembira mengalirkan air mata.
Kejutan untuk ibunya juga buanlah satu perkara baru kerana The Rock pernah menghadiahkan sebuah kereta pada tahun 2015 semperna Hari Ibu.
Dan untuk Tahun Baru 2019, The Rock sekali lagi melakukan kejutan istimewa kali ini kepada ibunya tang tercinta. Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, The Rock memuat naik video ibunya membaca kad ucapan tahun baru. Menerusi kad tersebut The Rock memberitahu ibunya bahawa dia akan membelikan rumah baru.
Menerusi video dengan kapsyen panjang lebar itu The Rock berkongsi cerita bagaimana dia sekeluarga hidup di dalam apartmen kecil dan sentiasa berpindah-randah di seluruh Amerika Syarikat. Menurutnya lagi rumah pertama yang didiami oleh kedua ibu bapanya dibeli pada tahun 1999 olehnya.
Jelas The Rock lagi, menggembirakan hati ibunya merupakan misi paling penting dalam hidup
Namun selepas perceraian mereka 5 tahun kemudian banyak perkar menjadi semakin sulit. Sejak dari itu The Rock berazam untuk membuat kedua ibu bapanya mendapat yang terbaik sahaja. Jelasnya lagi, ibunya menjadi cemrin kepada keperibadiannya. Seorang anak yang baik datang daripada ibu bapa yang baik.
Kejutan The Rock ini turut menyentuh hati ramai netizen. Rata-rata memuji The Rock dan ibunya yang dianggap telah membesarkan seorang anak yang hebat. Malah ramai juga yang menjadikan The Rock sebagai inspirasi untuk mereka sama-sama melakukan yang terbaik kepada kedua ibu bapa masing-masing.
The Rock, you’re the man!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.