Lobak merah, sayuran berwarna jingga yang mudah didapati dan enak dimakan, bukan sahaja membantu meningkatkan penglihatan tetapi juga mempunyai banyak manfaat kesihatan lain.
Kajian juga menunjukkan bahawa lobak merah mampu mencegah beberapa penyakit serius, termasuklah angin ahmar (strok), penyakit jantung, dan juga kanser.
Dalam entri ini MASKULIN bagi anda pencerahan lanjut tentang kebaikannya.
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Memakan 6 biji carrot dapat mengurangkan risiko kolestrol tidak baik dalam tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalamnya juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi yang dapat menggalakkan penyakit jantung.
Ads
Sakit Jantung
2. Mencegah angin ahmar
Jika memakan 6 carrot dalam seminggu mengurangkan risiko anda untuk diserang strok lebih baik daripada hanya memakan satu biji sebulan.
3. Baik untuk kesihatan buah pinggang
Ia mempunyai sifat penyembuhan yang membantu pembersihan buah pinggang. Ia bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang serta baik untuk melancarkan segala proses perkumuhan yang dilakukan oleh buah pinggang.
Ads
4. Menjaga kesihatan mata
Acap kali kita dengar carrot ini bagus untuk kebaikan mata. Memamg benar! Orang tua terutamanya boleh menjaga mata daripada diserang katarak kerana carrot mempunyai kandungan beta-kerotin yang banyak untuk mencegah penularannya.
5. Mengurangkan risiko barah
Sayuran ini mempunyai zat falcarinol dan falcarindiol yang banyak, malahan ia merupakan zat anti-barah yang melindungi manusia daripada terkena penyakit barah seperti barah paru-paru, barah usus besar dan barah payu dara.
Seiring bertambahnya usia, kebanyakan orang mula menghadapi cabaran dalam mengekalkan ketajaman ingatan dan kejelasan minda. Kehilangan ingatan dan kesukaran dalam kognisi adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal, tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk melatih minda agar tetap cergas dan mengurangkan risiko menjadi pelupa.
Membaca buku, artikel, atau bahan bacaan lain merangsang minda dan meningkatkan pengetahuan. Aktiviti ini membantu mengekalkan fungsi kognitif dengan merangsang otak untuk berfikir secara kritis dan analitis. Menulis, sama ada menulis jurnal, cerita pendek, atau artikel, juga boleh membantu melatih minda. Ia memerlukan pemikiran yang mendalam dan kemampuan untuk menyusun idea dengan jelas, sekaligus membantu anda untuk tidak menjadi seorang yang pelupa.
Permainan seperti catur, teka-teki silang kata, Sudoku, dan permainan memori adalah cara yang hebat untuk melatih otak. Permainan ini memerlukan penggunaan logik, strategi, dan pemikiran kritikal, yang semuanya baik untuk kesihatan mental. Dengan kerap bermain permainan minda, otak akan tetap aktif dan tajam.
Mempelajari sesuatu yang baru, seperti bahasa asing, alat muzik, atau kemahiran teknikal, dapat membantu menjaga otak aktif. Proses pembelajaran merangsang neuron dan mencipta sambungan baru dalam otak, yang penting untuk menjaga ketajaman mental. Selain itu, mempelajari kemahiran baru juga dapat memberikan rasa pencapaian dan kepuasan diri.
Latihan fizikal bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk minda. Senaman membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan merangsang pengeluaran bahan kimia yang meningkatkan kesihatan otak. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang, atau yoga dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi kognitif.
Kegiatan sosial dan interaksi dengan orang lain adalah penting untuk kesihatan mental. Berbual dengan rakan, ahli keluarga, atau menyertai kelab atau kumpulan sosial dapat membantu menjaga minda aktif. Interaksi sosial merangsang otak untuk berfikir dan bertindak balas, serta meningkatkan mood dan mengurangkan risiko kemurungan.
Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Makanan yang kaya dengan antioksidan, vitamin, dan asid lemak omega-3, seperti ikan berlemak, beri, kacang, dan sayuran hijau, dapat membantu menjaga kesihatan otak. Minum cukup air dan mengelakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan gula juga penting untuk fungsi otak yang optimum.
Meditasi, yoga, dan teknik bertenang lain dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fokus serta konsentrasi. Dengan mengamalkan meditasi secara konsisten, otak dapat belajar untuk beristirahat dan mengatur emosi dengan lebih baik. Ini penting untuk menjaga keseimbangan mental dan mengurangkan risiko penurunan kognitif.
Menjaga minda tetap cergas dan mengurangkan risiko menjadi pelupa di usia tua memerlukan usaha berterusan. Melalui aktiviti seperti membaca, bermain permainan minda, belajar kemahiran baru, bersenam, berinteraksi sosial, menjaga pemakanan yang sihat, dan mengamalkan meditasi, kita dapat membantu melindungi fungsi kognitif dan menikmati kehidupan yang lebih aktif dan memuaskan. Oleh itu, adalah penting untuk memulakan langkah-langkah ini seawal mungkin dan menjadikannya sebahagian daripada rutin harian.
Rutin atau senaman treadmill mungkin dipandang ringan. Malah ramai beranggapan, senaman treadmill dengan posisi berlari atau berjalan laju di atas lantai yang bergerak membosankan, membuang masa dan tidak berkesan. Namun anda silap!
Senaman treadmill juga sebenarnya sama faedahnya seperti anda mendaki bukit yang tinggi kerana ia mampu membakar kalori dan lemak dengan cepat. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, ada cara tersendiri yang perlu anda ikuti ketika melakukan senaman treadmill.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
1. Sesuaikan diri bila menggunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
2. Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
3. Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
4. Jadikan treadmill sebagai rutin harian
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
5. Tidak perlu masa lama
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Amalkan tabiat dengan mengosongkan perut anda terlebih dahulu sebelum memulakan senaman treadmill ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rokok dan vaping telah lama dikenali sebagai tabiat yang berbahaya kepada kesihatan lelaki. Namun, impak buruk ini tidak terhad kepada penyakit paru-paru atau kanser sahaja.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.