Topik kurus ini bukanlah perkara baru dalam bualan kita seharian. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, pasti semua mengimpikan berat badan ideal. Bila dah kurus, keyakinan akan lebih tinggi. Yelah dah kacak katakan.

Lelaki Ini Hilang 34Kg dalam 3 Bulan Tanpa Suplemen, Dari Perut Buncit Ke Sixpack & Kacak!

Namun, perkara ini selalu dianggap susah untuk dilakukan. Bukan senang nak kawal selera makan serta amalkan gaya hidup sihat. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tips kurus brader ini. Memang terbaik! Bayangkan berjaya menurunkan 34kg dalam masa 3 bulan mungkin boleh dijadikan rujukan dan inspirasi buat korang di luar sana. Terdapat beberapa tips penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Lelaki Ini Hilang 34Kg dalam 3 Bulan Tanpa Suplemen, Dari Perut Buncit Ke Sixpack & Kacak!

 

HILANG 34KG DALAM 3 BULAN TANPA PIL KURUS

Saya nekad untuk kurangkan berat badan dan mulakan gaya hidup yang sihat selepas mendapati tahap kesihatan mula menurun dan tahap kolestrol yang tinggi.

Lelaki Ini Hilang 34Kg dalam 3 Bulan Tanpa Suplemen, Dari Perut Buncit Ke Sixpack & Kacak!

Pencetus Inspirasi

Berbicara tentang bagaimana dia boleh terinspirasi untuk menguruskan badan, Syahmi berkata mungklin ia bermula dengan anak-anaknya.

Lelaki Ini Hilang 34Kg dalam 3 Bulan Tanpa Suplemen, Dari Perut Buncit Ke Sixpack & Kacak!

Ads

“Saya melihat perubahan anak-anak saya bila waktu saya nak hantar mereka ke sekolah . Time tu mesti dorang akan menolak saya untuk menghantar mereka .Mungkin sebab malu dengan badan saya yang besar. Dan pernah sekali bila beriadah bersama anak di Mall, anak saya bertanya kepada saya’ kenapa ayah tak kurus macam orang tu. Dan bermula dari waktu tu saya cuba menukar cara hidup saya kepada yang lebih sihat. Saya mahu menurunkan berat badannya sekaligus mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.”

10 TiP BERGUNA

1. Kenali keperluan kalori harian

Setiap orang memerlukan keperluan kalori yang berbeza jadi sebelum diet kenali dulu diri.

2. Jaga pemakanan

sebagai contoh ambil pemakanan sempurna yang mempunyai makro dan micro nutrisi.

Ads

3. Banyak minum air kosong

Hal ini kerana air kosong mempunyai kosong kalori dan mengenyangkan perut. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula

4. Jaga waktu makan

Jangan sesekali skip waktu makan dan sebaiknya makan 4 jam sebelum waktu tidur. Selain itu makan secara perlahan juga membantu dalam proses nak kuruskan badan dengan1/3 makanan 1/3 minuman dan 1/3 udara.

5. Jangan hanya fokus pada penimbang

Perlu juga mengambil ukuran lilit badan seminggu sekali  dan jangan hanya fokus pada penanda pada timbang berat.

6. Banyakkan berjalan kaki

Perlu diingatkan jika korang nak turunkan berat badan seharusnya berjalan 1000 langkah atau sekurang-kurangnya 45 minit aktikan diri.

Ads

7. Pelbagaikan senaman

Perlu lakukan senaman yang pelbagai seperi senaman kardio+ senaman yoga atau meditasi.

8. Sediakan diari harian

Diari ini sangat penting untuk mencatit segala apa yang kita makan atau apa yang kita lakukan. Jadi jika berat kita tak turun kita boleh rujuk dengan diari ini apa yang silap dengan aktiviti harian.

9. Paling penting kena positifkan diri

Minda harus sentiasa positif sebabnya jika kita stress susah untuk turunkan berat bada. Atau tukar tabiat korang. Jika selalunya kalau stress kira akan makan kan. Jadi kena tak boleh kalau stress kite workout dan pergi gym.

10. Tukar snack tak sihat kepada snack yang sihat

Lebihkan buah-buahan dan sayuran untuk waktu korang rasa ingin mengunyah.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI